Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Selebriti Paling Menyerlah Pada Tahun 2022

Ramai selebriti dilihat sangat menyerlah pada tahun 2022 tidak kira sama ada artis baru mahupun yang senior. Yang penting kesemua mereka dijulang kerana bakat dan bukannya kontroversi semata-mata.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 8:15PM

Antara 10 selebriti yang paling menyerlah sepanjang tahun 2022 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2022 menyaksikan ramai bakat seni tempatan yang menyerlah sama ada dari bidang lakonan, nyanyian mahupun pengacaraan.  

Tidak kira sama ada bakat baharu mahupun senior, kesemua mereka yang menyerlah ini dijulang kerana bakat sendiri dan bukannya kontroversi semata-mata. Getaran senaraikan 10 selebriti yang paling menyerlah sepanjang tahun 2022.

 

Anna Jobling

Anna Jobling - Gambar Fail
Anna Jobling - Gambar Fail

Meledak hebat gara-gara drama 'Melur Untuk Firdaus' yang menjadi fenomena sehingga ke negara seberang. Nama Anna Jobling turut tersenarai di tangga ketujuh sebagai individu paling dicari di carian Google Malaysia untuk tahun 2022. 

Selain 'Melur Untuk Firdaus', Anna juga muncul dengan drama 'Terima Kasih Cinta' dan 'Dia Yang Ku Jadikan Suami'. Dia turut terlibat dengan teater Maduku Terpaling Kalut

 

Meerqeen

Meerqeen - Gambar Fail
Meerqeen - Gambar Fail

Sama seperti pasangannya dalam drama 'Melur Untuk Firdaus', Meerqeen juga berkongsi tuah yang sama apabila namanya turut menjadi bualan ramai sehingga ke negara seberang. 

Malah dia sudah membintangi karya terbitan Indonesia gara-gara popularitinya yang naik mendadak. Wajah kacak Meerqeen juga sering menghiasi kempen jenama mewah antarabangsa  antaranya Dior, Tiffany & Co, Louis Vuitton dan banyak  lagi. 

 

Nuha Bahrin & Naufal

Nuha dan Naufal
Nuha dan Naufal

Pasangan duet ini semakin dikenali ramai selepas mereka melancarkan lagu yang berjudul 'Casablanca'.  Lagu ini telah menjadi viral di aplikasi media sosial Tik Tok dan juga berjaya mendapat tempat di tangga atas carta muzik radio tempatan. Mereka berdua turut merakamkan semula lagu 'Jika' yang pernah dipopularkan oleh Melly Goeslaw dan Ari Lasso.

 

Shila Amzah

Shila Amzah - Gambar Fail
Shila Amzah - Gambar Fail

Tidak dapat dinafikan tahun 2022 merupakan tahun 'comeback' yang menjadi buat Shila Amzah. Bermula dengan penyertaannya di dalam rancangan The Masked Singer Malaysia musim kedua di mana dia menjadi juara, disusuli dengan kemenangannya di Anugerah Juara Lagu bersama kumpulan SOG sehinggalah penyertaannya di dalam Gegar Vaganza musim kesembilan. 

Nama Shila Amzah terus menjadi bualan dari awal hingga ke hujung tahun. Dia juga sempat muncul dengan dua buah lagu iaitu 'Khilaf Asmara' dan 'Bahagiakan Dia' duet bersama Liza Hanim. Lebih manis mereka berdua telah menang di Anugerah Industri Muzik ke-23 menerusi lagu ini. 

 

Elly Mazlein

Elly Mazlein - Gambar Fail
Elly Mazlein - Gambar Fail

Wajah Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina ini sememangnya menjadi pilihan kebanyakan rancangan TV di Malaysia pada tahun 2022. Tahun ini dia terpilih sebagai hos untuk rancangan Gegar Vaganza musim kesembilan menggantikan Jihan Muse. 

Elly juga merupakan juri terbaru The Masked Singer Malaysia musim ketiga dan All Together Now Malaysia musim kedua. Tahun ini juga dia dilamar menjadi penyampai radio Era. 

 

Datuk Adi Putra 

Adi Putra - Gambar Fail
Adi Putra - Gambar Fail

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ibarat kebangkitan semula buat pelakon kacak Datuk Adi Putra. Nama Adi menjadi fenomena seiring kejayaan filem lakonannya.  

Tahun 2022 menyaksikan tiga filem Adi ditayangkan dalam waktu terdekat termasuklah filem Air Force The Movie dan Jerangkung Dalam Almari. Adi juga mencipta kejayaan di Festival Filem Malaysia ke-32 apabila telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Mat Kilau

 

Ummi Nazeera 

Ummi Nazeera - Gambar Fail
Ummi Nazeera - Gambar Fail

Dua drama lakonan Ummi Nazeera yang ditayangkan pada tahun 2022 iaitu 'Risik Pada Hati' dan 'Rindu Kasih' berjaya menambat hati peminat drama Melayu dek keberkesanan lakonannya yang mantap.

Video-video sedutan babak lakonannya menjadi tular di media sosial. Ramai yang memuji bakat lakonannya yang kelihatan sungguh 'natural' tatkala beraksi di hadapan lensa kamera sehingga ramai yang mahu dia dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik untuk acara anugerah yang akan datang. 

 

Azira Shafinaz 

Azira Shafinaz - Gambar Fail
Azira Shafinaz - Gambar Fail

Azira punya profile yang sangat cemerlang bagi tahun 2022. Mana tidaknya, untuk tahun 2022 di punya deretan  produk seni termasuk lagu baru bersama kumpulan De Fam, drama televisyen 'One Cent Thief',  drama digital Viu Originals  'Ijab Kabut' dan filem Talbis Iblis

Azira juga telah membuat persembahan bersama  kumpulan De Fam di acara-acara penting seperti Anugerah Meletop Era, Anugerah Industri Muzik dan Festival Filem Malaysia.

 

Aina Abdul

Aina Abdul - Gambar Fail
Aina Abdul - Gambar Fail

Kejayaan demi kejayaan mengiringi perjalan seni Aina Abdul pada tahun 2022. Bermula dengan kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-36 bagi kategori Vokal Terbaik. 

Kemudian Aina berjaya menganjurkan konsert sulungnya yang berlangsung di Istana Budaya selama dua hari berturut-turut dan kesemua tiket habis dijual. 

Fesyen Aina juga mula mendapat pujian ramai selepas dia kini dilihat mula tampil dengan gaya yang lebih elegan cuma sesekali dia 'belanja' fesyen ekstravaganza yang sinonim dengannya. 

Siapa pula selebriti yang bakal menyerlah untuk tahun 2023? Sama-sama kita nantikan. - Getaran, 31 Disember 2022

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM