Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kutipan Pembukaan Hujung Minggu 'Cirkus' Dianggap Pencapaian Filem Rohit Shetty Terburuk 

Apa yang tidak kena? Sedangkan, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Pooja Hedge, Jacqueline Fernandez dan Varun Sharma serta Ranveer Singh yang mempunyai pengaruh serta peminat yang besar. 

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 10:03AM

'Cirkus' arahan Rohit Shetty diinspirasikan daripada pementasan Shakespeare, 'The Comedy of Errors - Gambar Internet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah hampir seminggu lebih, filem Cirkus arahan Rohit Shetty yang cukup riuh diperkatakan mula ditayangkan di seluruh pawagam India. 

Namun, apa yang memeranjatkan filem ‘comic caper' yang diinspirasikan daripada pementasan Shakespeare, The Comedy of Errors itu gagal menarik penonton ke pawagam. 

Pada tayangan hari pertama sahaja, filem ini hanya berjaya meraih kutipan sebanyak Rs 6.25 crore (RM3,329,375 juta) dan sehingga pada hari minggu, kutipan yang berjaya diraih adalah sebanyak Rs 20.85 crore (RM11,106,796 juta) untuk tempoh tiga hari. 

Apa yang tidak kena? Sedangkan, filem ini turut dibarisi pelakon hebat seperti Pooja Hedge, Jacqueline Fernandez dan Varun Sharma serta Ranveer Singh yang mempunyai pengaruh serta peminat yang besar. 

Koleksi Cirkus untuk tiga hari tayangan pertama ini cukup hangat diperkatakan di media sosial Twitter dan ia juga turut disebut sebagai koleksi pembukaan hujung minggu filem Rohit Shetty yang terburuk setakat ini. 

Mari kita lihat rekod hari pembukaan filem lakonan Rohit Shetty sejak 2012 di bawah, seperti yang disenaraikan Bollywood Hungama:  

 

Bol Bachchan

Pada tahun 2012, Rohit Shetty muncul dengan filem arahannya, Bol Bachchan yang merupakan pembikinan semula Gol Maal. Filem ini dibintangi oleh Abhishek Bachchan, Ajay Devgn, Asin dan Prachi Desai. Bol Bachchan berjaya meraih kutipan sebanyak Rs 43.10 crore (RM22,950,750 juta) pada hujung minggu pembukaan.

 

Chennai Express

Rohit Shetty memggandingkan semula Deepika Padukone and Shah Rukh Khan selepas mereka tampil dalam Om Shanti Om.  Filem komedi itu menjadi kegemaran ramai. Kutipan yang diraih filem ini pada hari pembukaan adalah sebanyak Rs 100 crore (RM53, 230,000 juta).

 

Singham Returns 

Rohit Shetty membawa semula Ajay Devgn sebagai Singham dalam sekuel filem ini. Kareena Kapoor Khan menggantikan Kajal Aggarwal pada bahagian kedua. Singham Returns berjaya membuat kutipan Rs 77.69 crore (RM41,362,156 juta) pada hujung minggu pembukaan.

 

Dilwale 

Kajol dan ShahRukh Khan menyatu semula dalam filem Dilwale. Filem ini juga menampilkan Kriti Sanon dan Varun Dhawan. Pada hujung minggu pembukaan, ia berjaya meraih kutipan Rs 65.09 crore (RM34,653,916 juta). 

 

Golmaal Again 

Golmaal adalah salah satu francais  Rohit Shetty yang paling terkenal. Dalam Golmaal Again, dia kembali menyatukan semula Ajay Devgn, Arshad Warsi, Shreyas Talpade, Tusshar Kapoor dan Kunal Kemmu bersama Parineeti Chopra dan Tabu. Filem ini  berjaya mencatat kutipan Rs 87.60 crore (RM46,568,160 juta) hujung minggu pembukaan.

 

Simmba 

Rohit Shetty memperkenalkan Ranveer Singh menerusi watak inspektor polis bernama Simmba. Filem ini juga dibintangi Sara Ali Khan sebagai teraju utama. Filem arahan Rohit Shetty itu membuat kutipan sebanyak Rs 75.11 crore  (RM39,928,476 juta) pada hujung minggu pembukaan.

 

Sooryavanshi 

Pada kredit akhir Simmba, Rohit Shetty telah memperkenalkan kita semua kepada Akshay Kumar sebagai inspektor polis seterusnya menerusi watak Sooryavanshi. Katrina Kaif memainkan watak pelakon wanita utama dalam filem ini. Sooryavanshi mengumpul Rs 77.08 crore (RM40,975,728 juta) pada hujung minggu pembukaan. 

Biarpun kutipan Cirkus sedikit gagal pada pembukaan hujung minggu, namun kita masih belum tahu nasib filem Rohit Shetty ini secara keseluruhan. 

Apapun, seperti yang  yang dikatakan oleh Milap Zaveri, Rohit Shetty telah menghiburkan kita semua selama lebih dari satu dekad, dia pasti akan kembali dengan filem-filem hebat yang lain lagi. – Getaran, 31 Disember 2022 


 

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini