web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Percutian Akhir Tahun 2022, Elak Bercuti Di Kawasan Berisiko Tinggi

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan, musim tengkujuh timur laut diramalkan akan bermula pada pertengahan November sehingga Mac 2023. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2022 12:00PM

Aktiviti seperti White Water Rafting antara yang menjadi pilihan orang ramai ketika cuti persekolahan hujung tahun. - Gambar Tourism Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pastinya di akhir 2022 ini, anda sekeluarga telah merancang percutian menarik untuk anak-anak pada cuti persekolahan hujung tahun ini.

Namun, kepada mereka yang merancang percutian di kawasan berbukit, hutan, atau tempat rekreasi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri dari melawati kawasan berisiko tinggi tersebut.

Ini kerana, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor telah mengenal pasti 87 tempat berpotensi banjir di seluruh Selangor dan musim tengkujuh yang melanda negara masih belum menunjukkan tanda-tanda ia reda dalam masa terdekat.

Sungai Chilling - Gambar Tourism Selangor
Sungai Chilling - Gambar Tourism Selangor

Ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula mengeluarkan laporan tempoh tengkujuh timur laut negara telah diramalkan akan bermula pada pertengahan November sehingga Mac 2023. Cuaca buruk dijangka membawa hujan lebat yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, termasuk sungai dan air terjun. 

Hal ini berpotensi untuk berlakunya musibah yang tidak dijangka, antaranya fenomena kepala air dan apa-apa sahaja di laluannya yang boleh menghanyutkan anda ketika bermandi-manda tanpa sedar. 

Tentunya peringatan diberikan kepada semua pihak terutamanya penggemar aktiviti outdoor yang dinasihatkan untuk menunda aktiviti seperti mendaki atau perkelahan.

Selain itu, ia bagi mengurangkan risiko tersesat di dalam hutan, terperangkap dalam tanah runtuh atau banjir. Tanah runtuh dan banjir merupakan bencana yang kebiasaannya terjadi di kawasan yang berisiko tinggi.

Sungai Tekala - Gambar Tourism Selangor
Sungai Tekala - Gambar Tourism Selangor

Tambahan pula jika anda tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi yang ingin dituju dan kurang mendapat maklumat semasa tentang keadaan cuaca, pengunjung boleh terdedah kepada risiko yang berbahaya.

Kawasan-kawasan hutan gunung, bukit dan tapak khemah atau trek akan menjadi licin berikutan musim hujan. Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mereka bagi menjauhi lokasi seperti ini.

Berikutan kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor yang masih hangat diperkatakan, rakyat Malaysia dinasihati untuk terus berwaspada semasa musim tengkujuh dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila merancang percutian mereka. - Getaran 25 Disember 2022

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

24 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh