Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kiddocare Bantu Ibu Bapa Lebih Fokus Di Tempat Kerja

Platform pengasuhan anak berdasarkan permintaan yang pertama di Malaysia ini melancarkan siri wacana untuk merancakkan dialog yang produktif mengenai sektor ekonomi pengasuhan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 6:00PM

Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kiddocare, sebuah platform yang menghubungkan ibu bapa dengan pengasuh wanita Malaysia yang berpengalaman dan dipercayai berdasarkan permintaan baru-baru ini menganjurkan satu sesi perbincangan panel sempena pelancaran ‘Care for Empowerment Series’ buat julung kalinya. 

‘Care for Empowerment Series’ merupakan satu usaha untuk membina sebuah komuniti yang menyokong ibu bapa secara berterusan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, positif dan membina bagi berkongsi isu dan mencari penyelesaian menerusi sesi libat urus kumpulan fokus dan perbincangan dari hati ke hati.

Program pertama dalam siri tersebut menampilkan barisan usahawan wanita yang berkongsi cabaran dalam membahagikan masa antara tanggungjawab profesional dan peribadi mereka. Anggota panel perbincangan turut bertukar-tukar nasihat dan petua berguna berkaitan topik ‘Care for Women Entrepreneurs: What Makes or Breaks Us’.

Nadira Yusoff ketika melancarkan Care For Empowerment Series dan Kiddocare Community Hub. - Gambar Kiddocare
Nadira Yusoff ketika melancarkan Care For Empowerment Series dan Kiddocare Community Hub. - Gambar Kiddocare

Sesi yang membawakan tiga usahawan wanita berjaya iaitu Penny Choo (Pengasas Bersama & Pengarah Urusan BloomThis), Ranukka Singham (Pengasas & Jurulatih Utama Image Revamp), dan Yan Lim (Ketua Pegawai Eksekutif iOli Communications) itu memberi peluang peserta yang hadir berinteraksi dengan ahli panel tentang cabaran yang perlu dihadapi dalam mengejar cita-cita mereka, dan dalam masa yang sama perlu menggalas peranan sebagai seorang ibu. 

Sesi ini adalah yang pertama daripada pelbagai program lain dalam kerangka ‘Care for Empowerment Series’ anjuran Kiddocare.

Kiddocare percaya bahawa teknologi terkini mampu memperkasakan golongan wanita terutamanya kaum ibu berkerjaya untuk bekerja secara tenang dengan adanya sebuah platform pengasuh profesional yang mampu memastikan anak-anak berada dalam keadaan selamat, gembira dan terjaga, semasa mereka berada di tempat kerja.

Sesi perkongsian berkenaan Care For Women Entrepreneurs: What Makes or Break Us. - Gambar Kiddocare
Sesi perkongsian berkenaan Care For Women Entrepreneurs: What Makes or Break Us. - Gambar Kiddocare

“Dengan pelancaran siri ini, kita akan dapat menyingkap rahsia di sebalik tabir mengenai keupayaan golongan wanita ini yang berjaya membahagikan masa antara tanggungjawab profesional dan peribadi mereka.”

Mudah-mudahan, acara ini akan dapat memberi sedikit pencerahan tentang sumbangan khidmat pengasuhan yang berkualiti kepada kecekapan di tempat kerja sekali gus menyerlahkan agenda kami untuk mewujudkan kesedaran tentang peranan sektor ekonomi pengasuhan kepada pembangunan ekonomi negara,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Kiddocare, Nadira Yusoff.

Di Malaysia, konsep pengasuhan masih dianggap sebagai satu bentuk cabaran sosial. Nadira percaya bahawa persepsi itu perlu diubah supaya lebih ramai orang akan mula menyedari potensi besar sumbangan ekonomi sektor pengasuhan dan keupayaan sektor ini bagi membantu menangani isu sosial.

Wanita dan kanak-kanak perempuan di seluruh dunia, tanpa mengira status sosioekonomi, melakukan kerja-kerja pengasuhan tanpa gaji. Bagi kebanyakan wanita, tugas ini adalah tambahan kepada pekerjaan bergaji mereka, dan situasi ini mewujudkan 'beban berganda' kerja.

Nadira juga menjelaskan, pandemik yang melanda dunia menyebabkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada peringkat global mengalami kerugian sebanyak RM28 trilion kerana ia menjejaskan penyertaan wanita dalam sektor tenaga kerja, hanya kerana golongan wanita merasakan mereka terpaksa melepaskan satu perkara bagi memberi tumpuan kepada satu perkara yang lain. 

Walaupun begitu, sektor pengasuhan masih tidak dipandang serius dari segi sumbangannya kepada sektor ekonomi negara, dan ia menjadi punca kepada kekurangan pelaburan ke dalam sektor ini.

“Kami berharap siri dialog ini akan mendapat sambutan dari wanita-wanita lain dan membuka peluang untuk kita berwacana, membolehkan golongan wanita untuk menyokong satu sama lain dalam apa jua bentuk,” katanya.

(Dari kiri) Pengasas Bersama Kiddocare, Muhaini Mahmood, Pengasas Argania and Joielle, Farhana Abdullah, Ranukka Singham, Yan Lim, Nadira Yusoff, dan Penny Choo, semasa acara ‘Care For Empowerment’ anjuran Kiddocare yang diadakan di Ruang Temu, TTDI. - Gambar Kiddocare
(Dari kiri) Pengasas Bersama Kiddocare, Muhaini Mahmood, Pengasas Argania and Joielle, Farhana Abdullah, Ranukka Singham, Yan Lim, Nadira Yusoff, dan Penny Choo, semasa acara ‘Care For Empowerment’ anjuran Kiddocare yang diadakan di Ruang Temu, TTDI. - Gambar Kiddocare

Kiddocare percaya bahawa kualiti penjagaan kanak-kanak bergantung pada kualiti tenaga kerja yang bertanggungjawab mengasuh mereka. Pada umumnya, tenaga kerja pengasuhan kebanyakannya adalah wanita dan sebagai wanita, mereka juga mempunyai keperluan untuk mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan peribadi mereka.

Pengasas bersama BloomThis, Penny Choo yang merupakan seorang ahli panel perbincangan berpendapat, sokongan pengasuhan yang boleh dipercayai yang tersedia menerusi sebuah platform pengasuhan merupakan satu keistimewaan yang tiada bandingannya bagi individu seperti beliau.

“Sebagai seorang yang bermula dari bawah, saya memahami tekanan apabila terpaksa berkejar ke pejabat untuk menangani kecemasan yang mengejut walaupun saya pada masa sama perlu berada di rumah kerana tiada orang lain menjaga anak saya.”

“Kewujudan platform seperti Kiddocare membantu menenangkan saya supaya saya boleh fokus pada tuntutan kerja tanpa diselubungi rasa bersalah kerana terpaksa mengabaikan mereka yang  saya sayangi. Inilah sebabnya saya benar-benar percaya bahawa inisiatif seperti ‘Care for Empowerment Series’ akan sangat membantu ibu bapa dan komuniti yang bekerja secara amnya,” kata Penny.

Empat ciri Kiddocare Community Hub

Dalam usaha menyokong dan melibatkan komuniti ibu bapa, Kiddocare turut melancarkan Kiddocare Community Hub bagi memberi peluang kepada jenama wanita atau berorientasikan keluarga dan juga mereka yang berada dalam industri pelancongan & riadah, untuk menjalinkan kerjasama dengan Kiddocare dan mendapat akses eksklusif kepada empat ciri program tersebut iaitu:

1) Kiddocare Influencers - Di bawah program ini, Kiddocare akan menghubungkan rakan kongsi dengan kumpulan pempengaruh (pempengaruh pada peringkat seeder, nano, mikro, makro dan juga ibu bapa selebriti) untuk membantu rakan kongsi Kiddocare Community Hub meningkatkan kebolehlihatan (visibility) produk atau perkhidmatan mereka.

2) #MamaCareMamaShare - Ciri ini akan membolehkan golongan ibu yang merupakan pengguna Kiddocare untuk mencuba produk-produk baharu daripada jenama-jenama yang menjadi rakan kongsi Kiddocare. Sebagai penguji produk, mereka akan berpeluang untuk memberikan perakuan yang jujur dan ikhlas tentang produk atau perkhidmatan rakan-rakan kongsi Kiddocare.

3) Lead Generation - Program ini membuka peluang kepada rakan-rakan kongsi untuk bekerjasama dengan komuniti ibu Kiddocare yang berperanan sebagai ‘Ketua Pegawai Eksekutif’ bagi setiap isi rumah. Dengan program ini, rakan-rakan kongsi dapat mengembangkan jangkauan perniagaan mereka kepada kumpulan sasaran yang lebih luas melalui pelbagai usaha untuk mencari peluang perniagaan baharu (lead generation) oleh Kiddocare seperti Mums Club & Kids Club. 

4) Kiddocare Marketplace - Kiddocare membuka platform kedai dalam taliannya kepada perniagaan yang diterajui wanita & jenama berorientasikan keluarga untuk mempamerkan produk & perkhidmatan mereka di laman web Kiddocare. Langkah ini akan memberikan pengguna Kiddocare lebih banyak pilihan pembelian dan tawaran produk dan mentransformasi Kiddocare sebagai sebuah platform berorientasikan keluarga. 

Pada masa hadapan, Kiddocare akan terus memudah cara sesi dialog yang lebih terbuka dengan pelbagai pihak yang berkongsi visi yang sama melalui ‘Care for Empowerment Series’ bagi memulakan lebih banyak perbincangan mengenai sektor ekonomi pengasuhan di samping membangunkan lebih banyak program untuk menyokong komuniti keibubapaan.  - 

Untuk maklumat lanjut mengenai Kiddocare atau inisiatif-inisiatif anjurannya yang lain, sila layari www.kiddocare.my . - Getaran, 18 Disember 2022 

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Ayuh Meriahkan Hari Terakhir Program Setahun Kerajaan Madani

3

TARA 6 bulan yang lalu

6 Program Korea Terhebat Terbaharu Di Astro Oktober Ini

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Inisiatif 'Program MADANI Afiat' Bawa Khidmat KKM Kepada Komuniti - Dr Zaliha

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa