web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Artis Tempatan Dipilih Ke Program Residensi Khazanah Di Acme, London

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 8:00AM

Amirul Feisal Wan Zahir (tengah) bersama Mark Tan (kiri) dan Joshua Kane Gomes (kanan) - Gambar Instagram Khazanah Residency

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua artis tempatan yang kian meningkat naik terpilih untuk mengikuti Program Residensi Artis Bersekutu Khazanah Nasional (KAAR) selama tiga bulan di Acme Studios (Acme), London bermula 9 Januari 2023.

Mereka yang dipilih sebagai peserta kohort 2023 bagi program pembangunan diri dan peningkatan kemahiran seni di bawah inisiatif Program Residensi Khazanah (KRP) itu ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera Dalam Lukisan dan Seni Gunaan University of the West of England Mark Tan, dan lulusan Akademi Seni Halus Nanyang, Singapura Joshua Kane Gomes.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Khazanah Nasional Berhad hari ini, Pengarah Urusannya Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata program pembangunan seperti itu diperlukan untuk menggalakkan pertumbuhan intelek dalam kalangan penggiat seni melalui pembangunan kreatif, pendedahan kepada idea baharu dan aktiviti wacana.

“KAAR menyediakan bakat tempatan dengan pendedahan antarabangsa bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai kecemerlangan dalam kerjaya, seterusnya berkembang menjadi peneraju pemikiran dalam bidang mereka.

“Sekembalinya ke tanah air, mereka diamanahkan untuk menyumbang kembali kepada masyarakat melalui penyampaian ilmu praktikal yang dikumpul sepanjang residensi mereka kepada generasi artis seterusnya, memperkayakan persada seni tempatan dengan kreativiti dan kualiti lebih tinggi serta menjana kepelbagaian intelek,” katanya.

Sementara itu, Mark berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepadanya kerana terpilih sebagai penerima KAAR kerana beliau dapat mengembangkan amalan seninya terutama dalam bidang seni cetakan.

Joshua pula berharap dapat menyemarakkan serta menyumbang kepada persada seni tempatan melalui perkongsian ilmu yang akan diperolehnya pada program itu nanti.

Penyertaan Mark dan Joshua menandakan tahun kelima residensi seni itu diadakan dengan sejumlah 10 artis Malaysia yang kian meningkat naik menerima sokongan sehingga kini.

KAAR yang dilancarkan pada 2017 menyediakan penginapan studio sebagai tempat kerja atau tempat tinggal yang selamat, praktikal dan program sokongan artis serta pembangunan profesional kepada peserta terpilih.

Program itu adalah antara inisiatif di bawah KRP yang menyokong anak muda Malaysia yang cemerlang dalam disiplin terpilih melalui perkembangan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian dalam bidang masing-masing.

Menurut Khazanah, Acme telah diasaskan oleh artis untuk menyokong artis lain pada 1972 dan setiap residensi disesuaikan dengan keperluan individu artis, memberikan mereka masa untuk menyelidik, membina jaringan dan menumpukan kepada penghasilan karya seni baharu dalam persekitaran yang disokong sepenuhnya. - Bernama

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

17 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Jemputan Sertai Program Di Sekolah Harus Patuhi Garis Panduan - Fadhlina

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sarimah Ibrahim Kini Mengorak Langkah Bersama Agensi Berpengkalan Di London

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Demi Palestin, Ratusan Ribu Penuhi Jalan Raya Di London 

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh