Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bercuti Ke Chiang Mai Di Musim Tengkujuh, Pilih Hotel Yang Sesuai

Chiang Mai menawarkan penginapan dengan pelbagai gaya dan untuk setiap bajet. Sama ada untuk percutian keluarga, ataupun percutian bulan madu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 8:44PM

Wat Rong Khun, antara tarikan di Chiang Rai - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Oktober lalu, penulis berkesempatan ke Chiang Mai, Thailand setelah lebih lima tahun tidak berpeluang menjejakan kaki ke kota itu. October masih berada di musim tengkujuh, jadi perasaan bimbang itu tetap ada.

Ketika selamat tiba di kota ini, Chiang Mai baru sahaja dilanda banjir besar. Kesan-kesan banjir masih jelas dapat dilihat di sekitar Sungai Ping.

Sekali pandang, tidak banyak perubahan yang berlaku di sini. Semuanya masih nampak seperti sama walaupun hakikatnya banyak perniagaan terjejas akibat pandemik COVID-19. 

Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa penduduk tempatan, kongsi mereka ketika sekatan perjalanan masih dikuatkuasakan, Chiang Mai sunyi sepi tanpa kehadiran pelancong. Ramai peniaga, terutamanya di bazar malam terpaksa menanggung kerugian, malah ada yang terpaksa gulung tikar. 

Pemandangan dari Doi Suthep - Gambar oleh Rahayu MN
Pemandangan dari Doi Suthep - Gambar oleh Rahayu MN

Hotel-hotel juga terpaksa memberhentikan pekerja kerana tidak mampu menggajikan pekerja kerana ketiadaan pelancong. Bermula September lalu, senyuman di wajah warga Chiang Mai terukir kembali, pelancong sudah mula kembali. 

Kini malam-malam di kota yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi ini mula meriah dengan aktiviti malam. Pusat-pusat hiburan juga kembali bercahaya meraikan kehadiran pelancong dari seluruh dunia.

Musim tengkujuh bukan lagi halangan untuk menghidupkan suasana kerana hakikatnya hujan tidaklah turun sepanjang hari. Sepanjang lapan hari, tujuh malam menjelajah Chiang Mai, hanya sehari dua hujan membasahi bumi. Itulah tidaklah berpanjangan sehingga sehari suntuk, yang pasti penulis suka dengan suhunya yang nyaman, terutamanya pada sebelah malam. 

Suka penulis ingatkan, Chiang Mai bukanlah seperti Bangkok mahupun Phuket. Di sini suasananya lebih santai. Sangat ideal untuk pengembara yang gemar mengintai keindahan alam semulajadi dan melihat seni dan budaya. 

Antara tempat yang mesti dilawati di Chiang Mai - Gambar oleh Rahayu MN
Antara tempat yang mesti dilawati di Chiang Mai - Gambar oleh Rahayu MN

Memandangkan Chiang Mai merupakan kota terbesar di Utara Thailand, memilih penginapan mungkin mengelirukan, terutamanya di kalangan pengembara pertama kali.

Fakta mesti tahu, Chiang Mai menawarkan penginapan dengan pelbagai gaya dan untuk setiap bajet. Sama ada untuk percutian keluarga, ataupun percutian bulan madu, memilih hotel yang sesuai di kawasan yang betul adalah sangat penting untuk sebuah pengalaman yang menggembirakan di Chiang Mai.

Pilihan hotel di Chiang Mai memang banyak, dari hotel tiga bintang sehingga hotel lima bintang. Hotel bertaraf tiga bintang menyediakan bilik standard yang selesa tetapi kurang kemudahan. 

Sebaliknya, hotel empat dan 5 bintang menawarkan kemudahan yang lebih bagus seperti pusat kecergasan, kolam renang, restoran dan kafe yang menjadikan penginapan anda lebih santai dan menyeronokkan.

Peniaga banyak terjejas akibat pandemik - Gambar oleh Rahayu MN
Peniaga banyak terjejas akibat pandemik - Gambar oleh Rahayu MN

Seperti yang boleh anda rujuk di ruang maya, ada empat kawasan terbaik untuk menginap di Chiang Mai. Pengusaha hotel kebanyakannya tertumpu di kawasan tepi sungai, bandar lama, bazar malam dan Jalan Nimmanhaemin. 

Setiap kawasan ini menawarkan suasana dan daya tarikan tersendiri. Penulis sendiri berpindah ke beberapa buah hotel kerana idamkan pengalaman berbeza. Berikut adalah dua buah hotel yang penulis rasakan berbaloi untuk dijadikan pilihan.

 

1) Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub

Terletak di kawasan Jalan Nimmanhaemin. Kelebihan menginap di kawasan ini ialah ia berada di bahagian Chiang Mai yang bergaya dan moden. Di sinilah tempatnya  anda akan menemui banyak pusat membeli-belah dan butik berjenama, berbeza daripada bazar malam. 

Kawasan Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub - Gambar oleh Rahayu MN
Kawasan Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub - Gambar oleh Rahayu MN

Bahkan ia juga terletak berhampiran dengan lapangan terbang. Selain itu, mencari lokasi untuk menjamu selera juga tidak menjadi masalah. Jika anda suka berhibur di waktu malam, di sini jugalah tempatnya.

Sebab utama penulis memilih menginap di hotel ini adalah kerana ia memudahkan pergerakan untuk ke beberapa tarikan mesti singgah seperti Zoo Chiang Mai, Tha Pae Gate, Doi Suthep dan Wat Phra Singh. Maklumlah untuk percutian kali ini penulis memilih menyewa kereta untuk bergerak ke sana-sini.

Bilik tidur moden minimalis di Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub - Gambar oleh Rahayu MN
Bilik tidur moden minimalis di Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub - Gambar oleh Rahayu MN

Sebab yang lain adalah kerana hotel ini masih baru iaitu kurang dari tiga tahun. Jadi, semuanya masih baru. Dekorasi bilik yang moden minimalis dengan hiasan dinding refleksi kota Chiang Mai membuatkan penulis tertarik untuk bermalam ke sini. 

Ternyata pilihan itu tidak silap. Penulis puas hati dengan keadaan bilik yang sebenar sebaik mendaftar masuk. Tilam dan bantal cukup empuk dan selesa, menjanjikan tidur malam yang sempurna.

Selain itu penulis juga suka fasiliti yang ada di hotel. Ada pusat kecergasan, kolam renang, restoran dan kafe untuk melepaskan lelah setelah seharian ke sana-sini. Oh ya! Di sinilah penulis menikmati tom yam goong ‘super’ sedap di restoran Food Exchange.

Tom yam goong lazat di Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub
Tom yam goong lazat di Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub

Ketika membuat pesanan, penulis sempat berpesan – “ no pork, no lard’ memandangkan restoran ini tidak berstatus halal. Satu sebab penulis menikmati makan malam di sini adalah kerana pada waktu itu sudah agak lewat dan restoran halal yang selalu dikunjungi sudah tutup.

Satu lagi perkara yang anda harus tahu, jika memilih bersantai di kolam renang yang terletak di tingkat ‘rooftop’, anda boleh melihat satu demi satu pesawat yang melewati ruang langit. 

Bolehlah merakam detik-detik itu kerana kedudukan pesawat agak rendah kerana baru sahaja berlepas. Dua malam menginap di Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub memang berbaloi. Boleh bermalas-malasan dengan selesa sambil merakam memori di sudut-sudut yang ‘Instagramable’.

Kalau melihat ke laman sesawang hotel ini, anda akan dapati bahawa ia sebenarnya mesra keluarga kerana ia menawarkan diskaun sehingga 50 peratus untuk bilik kedua untuk anak-anak anda bermalam dengan selesa.

 

2) Centara Riverside Hotel Chiang Mai

Hotel ini pula terletak di kawasan tepi sungai yang menjanjikan pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan. 

Centara Riverside Hotel Chiang Mai dari luar - Gambar oleh Rahayu MN
Centara Riverside Hotel Chiang Mai dari luar - Gambar oleh Rahayu MN

Penulis bermalam di sini pada hari-hari terakhir kerana mahu menghabiskan masa dengan melepaskan lelah sebelum terbang pulang ke hutan batu, Kuala Lumpur. Bahkan, ia sangat dekat dengan lapangan terbang. Hanya 15 ke 20 minit masa pemanduan. 

Hotel yang terletak di kawasan sungai memang menjanjikan pemandangan yang indah dan persekitaran yang cantik. Paling penting, anda boleh melarikan diri dari pusat tumpuan pelancong yang menyesakkan. Bagaimanapun, bazar malam boleh dikunjungi dengan mudah kerana ia masih dekat.

Pemandangan dari jendela kamar di Centara Riverside Hotel Chiang Mai - Gambar oleh Rahayu MN
Pemandangan dari jendela kamar di Centara Riverside Hotel Chiang Mai - Gambar oleh Rahayu MN

Berbeza dengan Novotel Chiangmai Nimman Journeyhub, ia bukanlah bertaraf empat bintang ini dan bukanlah sebuah hotel baharu, tetapi ia punya kelebihan lain yang boleh buat anda tersenyum. 

Walaupun penulis hanya memilih bilik Superior River View, tetapi ia sangatlah berbaloi. Biliknya luas, boleh pula melihat pemandangan matahari terbenam dan puncak gunung Doi Suthep dari jendela. 

Kamar Superior River View - Gambar oleh Rahayu MN
Kamar Superior River View - Gambar oleh Rahayu MN

Bahkan, kemudahan yang ada di dalam bilik juga lengkap. Boleh minta air minuman (botol) tanpa had, begitu juga dengan minuman kopi dan teh. Hanya perlu dail nombor ‘0’ dan permintaan anda akan segera dipenuhi. 

Seperti yang penulis katakan pada awal tadi, hotel ini ideal untuk tujuan merehatkan diri kerana persekitarannya yang lebih santai. Untuk memanjakan diri, boleh kunjungi spa yang turut tersedia. 

Ada pelbagai jenis rawatan yang boleh anda lakukan. Jika gemar minum kopi bersama sepotong kek, anda boleh ke Lobby Bar yang menyediakan pelbagai hidangan kopi menyelerakan.

Boleh juga singgah ke River Terrace untuk menghilangkan dahaga sambil menikmati hembusan angin petang dan merakam memori berlatarkan belakangkan Sungai Ping. Selamat merancang percutian idaman. - Getaran, 10 Disember 2022

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

 'Hero Stone' Didedikasi Untuk Mereka Yang Terkorban Ketika Pembinaan Keretapi Maut 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Tuah Tahun Naga, Liek Hou Juara Dunia Kali Kali Kelapan

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry