Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Bawa Anak-Anak Sertai 6 Bengkel Do-It-Yourself (DIY) Sempena Cuti Sekolah 

Sempena cuti sekolah kali ini, pelbagaikan aktiviti anak-anak anda dengan peluang untuk menyertai enam bengkel menarik dan menyeronokkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuti sekolah kini sudah pun bermula. Sebagai ibu bapa mungkin anda masih memikirkan tentang aktiviti yang boleh anak-anak anda lakukan untuk mengisi masa yang terluang. Maklumlah, bukannya seminggu dua, tetapi hampir sebulan.

Jangan gusar, sebenarnya ada banyak aktiviti yang boleh anak-anak lakukan, terutamanya jika tinggal di kawasan Lembah Klang. Sempena cuti sekolah kali ini, pelbagaikan aktiviti anak-anak anda dengan peluang untuk menyertai enam bengkel menarik dan menyeronokkan.

Anak-anak anda mungkin akan berminat dengan aktiviti yang ditawarkan melalui bengkel Do-It-Yourself (DIY) berikut:

 

1) Chocolate Lab, Chocolate Museum, Kota Damansara 

Terletak di Petaling Jaya, bengkel ini menawarkan penyediaan coklat menggunakan kemudahan yang berkualiti serta diajar oleh pakar pembuat coklat. Anda boleh memilih antara dua kursus iaitu Junior Chocolatier (RM39) atau Advance Chocolatier (RM54) yang memberi peluang kepada anak-anak untuk mempelajari cara-cara membuat coklat daripada biji koko. 

Bagaimanapun, untuk membolehkan anak-anak turut serta, anda perlu buat tempahan bersama rakan-rakan mereka kerana setiap tempahan memerlukan peserta sekurang-kurangnya 20 orang untuk satu sesi. 

Mungkin anda boleh berbincang dengan kenalan dan ibu bapa yang lain untuk tujuan ini. Setiap peserta yang mengikuti bengkel ini juga berpeluang melakukan lawatan ke Chocolate Museum secara percuma. Tempahan dan pertanyaan lanjut boleh dibuat di sini, https://chocolatemuseum.my/chocolate-lab/ .

 

2) Clay Expression, Subang Jaya

Terletak di Subang Jaya, Selangor Clay Expression ialah bengkel yang khusus dalam seni tembikar dan tanah liat. Bengkel yang mengambil masa kira-kira dua jam ini sesuai untuk anak remaja mempelajari cara membuat pinggan atau cawan teh melalui teknik pembuatan tembikar secara tradisional, dan juga menggunakan roda tembikar dalam bengkel wheel-throwing

Bengkel yang hanya diadakan mengikut tempahan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bengkel membina dengan menggunakan tangan selama sejam dan wheel-throwing selama satu jam. Pada jam pertama, peserta akan mempelajari teknik binaan tangan tradisional untuk menghasilkan karya seni mereka sendiri. Kemudian pada jam kedua, peserta akan dipasangkan untuk cabaran wheel-throwing.

Setiap peserta dikenakan caj RM250 dan tempahan perlu dibuat untuk sekurang-kurangnya lapan orang. Layari https://clayexpression.com/ untuk maklumat lanjut.

 

3) Splatter Art Factory, Subang Jaya

Dibuka kepada orang ramai ketika pandemik COVID-19, studio seni ini sesuai untuk pelbagai lapisan umur mengekpresikan bakat bakat seni. Jadi anda boleh berseronok seisi keluarga. Terletak di Subang Jaya, Splatter Art Factory menawarkan seni mewarna dengan percikan cat, termasuk melukis dan mewarna dalam gelap menggunakan cat neon yang glow in the dark. 

Bawa pulang hasil seni yang unik dan abstrak yang menggunakan medium mewarna yang berlainan seperti percikan berus, straw dan juga memecahkan belon yang diisi cat. Biarpun beroperasi dari Selasa hingga Ahad, dari jam 10 pagi hingga 4 petang, tempahan awal perlu dilakukan. Kunjungan tanpa tempahan tidak akan dilayan. Boleh ke akaun Facebook mereka, https://www.facebook.com/splatterartfactory/ untuk info lanjut.

 

4) ADIAIDA, Petaling Jaya

Pupuk minat pertukangan dalam diri anak-anak anda pada cuti persekolahan ini di ADIAIDA yang bertempat di Petaling Jaya. Melalui program mini, junior dan teen maker, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran menukang kayu menjadi perabot mengikut saiz dan tahap kesukaran yang bersesuaian. 

Kemahiran asas pertukangan seperti mengukur, memaku dan sanding akan turut diajar dalam bengkel ini. Membawa anak anda ke bengkel ini bukan sahaja menyeronokkan bagi mereka, malah mereka juga mungkin dapat memperoleh kemahiran baru dan menjadikan pertukangan sebagai hobi. 

Untuk tempahan dan pertanyaan anda boleh hubungi mereka di https://www.instagram.com/adiandaida/ .

 

5) The Artsy Craftsy By Shia Lynn, Shah Alam 

Bengkel yang terletak di Shah Alam ini merupakan satu tempat yang bagus untuk belajar melukis. Peserta bengkel ini akan dapat mempelajari sama ada lukisan gaya bebas atau dengan tunjuk ajar kumpulan pelukis yang mahir. 

Kanak-kanak juga boleh mempelajari cara-cara menggunakan medium lukisan yang berlainan, di mana mereka kemudian dapat menggunakan teknik yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Inilah masanya untuk anak-anak anda mendapat peluang untuk meneroka kemahiran mereka yang tersembunyi. Boleh hubungi pusat seni ini melalui https://www.facebook.com/theartsycraftsy/ .

 

6) MTMT Studios, Petaling Jaya

MTMT Studios menawarkan pelbagai bengkel untuk anda dan anak-anak untuk mencuba. Terdapat pelbagai pilihan yang tidak terhad kepada melukis sahaja, malah ada juga bengkel penghasilan crochet, lukisan 3D, penghasilan barang kemas, seni tembikar dan juga kasut DIY. 

Pilih daripada mana-mana bengkel ini atau sertai kesemuanya dan tanamkan kemahiran baru pada anak-anak anda. Bengkel-bengkel ini juga berjalan pada waktu yang berlainan, jadi ibu bapa mempunyai masa yang fleksibel untuk menyertainya bersama anak-anak mereka. Untuk rujukan bengkel atau kelas kanak-kanak boleh lihat di sini, https://www.mtmtstudios.com/collections/kids-classes.

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, anda juga boleh melayari  laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel  - Getaran, 10 Disember 2022 

Gambar dari media sosial

Isu Pada

Dedikasi Jasmine Suraya

10 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

9 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Di Jinjang - Bomba

2

Semasa 8 bulan yang lalu

KTMB Sedia Tren Tambahan Sempena PRN, Cuti Sekolah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Pengusaha Bengkel Perlu Pamer Senarai Nama Mekanik - Salahuddin

4

Budaya 10 bulan yang lalu

Menghidupkan Semula Alunan Tapi, Khazanah Lun Bawang Yang Semakin Dilupakan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA