web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menghidupkan Semula Alunan Tapi, Khazanah Lun Bawang Yang Semakin Dilupakan

Terkenal dengan kekuatan mereka sebagai pahlawan, penyerang dan pemburu kepala di zaman lampau, komuniti Lun Bawang pada asalnya mendiami kawasan utara Sarawak seperti Lawas dan Limbang.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 8:04AM

Tapi mirip satu lagi alat muzik Sarawak iaitu sape, tetapi saiznya lebih kecil. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - “Ticu mu do letu, Rimud do tu ayu (Jari jemarimu yang lembut, Senyumanmu yang manis),” demikian sebahagian daripada lirik Busak Baku, lagu rakyat etnik Lun Bawang di Bumi Kenyalang ini.

Lagu yang merujuk kepada sejenis bunga itu, didendangkan bersama alunan alat muzik tradisional dikenali sebagai tapi, lembut berkumandang di Tebingan Kuching yang menjadi pentas sambutan Minggu Perpaduan Negara di sini.

Gabungan dendangan mempesonakan pemuzik tradisional Lun Bawang, Peter Rinung Paris, 50, lirik Busak Baku serta petikan tapi itu menghentikan langkah pejalan kaki di situ yang terpegun dan tertanya-tanya alat muzik apa yang dimainkan kerana ia mirip satu lagi alat muzik tradisional Sarawak iaitu sape, tetapi saiznya lebih kecil. 

“Inilah tapi, khazanah Lun Bawang yang semakin dilupakan masyarakat. Kami mahu ia dipelihara dan ditonjolkan terutamanya kepada orang ramai yang tidak pernah tahu kewujudan alat muzik ini,” kata Pengerusi Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) Cawangan Kuching Dr Mohd Shafiq Abdullah @ Padan Kapong.

Dikenali sebagai Padan dalam kalangan komuniti Lun Bawang, beliau berkata usaha menghidupkan dan memperkenalkan semula tapi giat dilakukan menerusi bengkel pencarian protege atau anak didik bertujuan meneruskan legasi alat muzik tradisional itu. 

“Bengkel diadakan di Lawas serta mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak. Kini kami sudah mendapat lima protege berumur bawah 18 tahun,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di reruai Lun Bawang sempena acara Minggu Perpaduan di sini baru-baru ini. 

Menurutnya peserta bengkel itu bukan sahaja diajar cara memetik tapi, malah mereka turut diberi pendedahan pembuatan tapi yang diperbuat daripada kayu pelaie serta berukuran kira-kira 1.2 meter panjang dan 7.6 sentimeter lebar.

“Jadi mereka sebenarnya bermain tapi milik mereka sepanjang bengkel itu. Bukan mudah untuk mencari protege kerana bermain alat muzik ini memerlukan skil tertentu,” katanya tapi hanya mempunyai dua tali, manakala sape mempunyai empat hingga enam tali. 

Mohd Shafiq berkata tapi sering dimainkan ketika musim menuai, perayaan atau menyambut tetamu dan ia akan diiringi dengan tarian berserta bait lagu seperti pantun. 

Sekilas pandang, ramai mungkin beranggapan masyarakat Lun Bawang ini sebagai orang Cina kerana raut wajah serta tona kulit yang cerah, namun hakikatnya mereka tergolong dalam kelompok Orang Ulu dengan populasi kira-kira 20,000 di Sarawak, manakala di Sabah, Brunei dan Indonesia kaum ini dikenali sebagai Lun Dayeh atau Lun Dayah.

Terkenal dengan kekuatan mereka sebagai pahlawan, penyerang dan pemburu kepala di zaman lampau, komuniti Lun Bawang pada asalnya mendiami kawasan utara Sarawak seperti Lawas dan Limbang. 

Menyentuh mengenai perkembangan muzik tapi, Peter berkata seorang anak Sarawak, Belle Sisoski, 17, yang menggunakan elemen tapi dalam lagunya berjudul Stop Your Game berjaya menjadi finalis mewakili Malaysia bagi Pertandingan Lagu Komanwel (CSC) yang sedang berlangsung secara dalam talian hingga 31 Mei ini. 

Menerusi laman sesawang rasmi pertandingan itu, Belle mendapat undian terbanyak sekali gus menduduki tangga teratas mengalahkan Emmanuel Carlos Saint Omer dari Saint Lucia serta Emma Cutajar dari Malta, masing-masing di tangga kedua dan ketiga setakat semalam. 

“Tapi milik saya ini sudah menjangkau usia 60 tahun dan Belle ada menyatakan hasrat agar saya menghasilkan tapi yang serupa seperti ini untuk dimainkan dalam lagunya. Jadi, dalam dunia ini hanya ada dua tapi yang mempunyai corak sama,” katanya yang turut meminta orang ramai menyokong kreativiti anak muda itu dengan mengundi lagu berkenaan di pautan https://www.commonwealthsongcontest.com . 

Pemuzik berusia 50 tahun itu, berkata usaha anak muda berkenaan memberi peluang kepada dunia mengenali muzik tapi sekali gus menjadikannya tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. 

Selain menampilkan bunyi tapi yang mengasyikkan, reruai Lun Bawang turut mempamerkan pakaian dan barangan hantaran perkahwinan serta makanan tradisional komuniti itu seperti nuba’ laya iaitu nasi yang dibungkus dalam daun nyirik dan kuih pinaram benak yang diperbuat daripada beras.

Kembara Minggu Perpaduan bakal melabuhkan tirai di bandar raya ini pada Jumaat dan diteruskan di beberapa lokasi di negeri lain hingga 28 Mei ini seperti Bertam Square, Pulau Pinang; Dewan Masyarakat Papar, Sabah; Dataran Tasik Kluang, Johor dan Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan, Pahang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

9 Kenderaan Musnah Dalam Kebakaran Bengkel Di Jinjang - Bomba

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengusaha Bengkel Perlu Pamer Senarai Nama Mekanik - Salahuddin

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Penganjuran Minggu Perpaduan Penting Untuk Semarakkan Semangat Rakyat - PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jadikan Nilai Perpaduan Aset Utama Negara- Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.