web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saya Akan Bawa Pendekatan Sedikit Berbeza Di ATNM2 Sebagai Kapten Juri - Syafinaz Selamat

Syafinaz ingin jadikan program ini lebih serius dan bukan hanya untuk berseronok atau bersuka-suka sahaja kepada peserta.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 10:00AM

Syafinaz dia mahu menyuntik elemen kepentingan nyanyian sebagai satu bidang yang dipandang tinggi sama dengan kerjaya lain. - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbeza dengan tahun lalu, akan ada  pendekatan yang berbeza sedikit dalam program All Together Now Malaysia musim kedua (ATNM2) kali ini.

Ketua jurinya, Datuk Syafinaz Selamat berkata, dia mahu menyuntik elemen kepentingan nyanyian sebagai satu bidang yang dipandang tinggi sama dengan kerjaya lain.

“Sebenarnya, program ATNM2 ini, dilihat sebagai satu program yang lebih santai dan tidak berat berbanding pertandingan nyanyian yang lain tetapi saya tetap mahu suntik elemen kepentingan nyanyian ini. la bukan bidang untuk kita bersuka-suka atau  nak gembira sahaja.

“Kalau boleh saya ingin jadikan program ini lebih serius dan bukan hanya untuk berseronok  atau bersuka-suka sahaja kepada peserta,” katanya kepada Getaran.

Penyanyi serta guru vokal terkenal ini menambah, dirinya bersedia andai dirinya akan dibandingkan dengan kapten juri musim terdahulu iaitu Datuk AC Mizal yang sememangnya terkenal dengan cara menjuri yang santai.

“Secara jujurnya, ini kali pertama saya sertai program ini. Terus terang  saya tidak pernah menonton program ini terdahulu sama ada yang dari luar negara atau tempatan, jadi terserah pada diri masing-masing terhadap pandangan mereka bagaimana ingin melihat program ini.

“Tapi apa yang pasti untuk memilih peserta ke peringkat akhir saya memang serius kerana bidang ini adalah bidang cari makan saya, jadi saya tak nak orang ingat jadi penyanyi ini mudah dan hanya untuk berseronok,” ujarnya.

Dalam ATMN2, Syafinaz dilantik sebagai  ketua juri dan Ajai selaku penasihat utamanya dalam ATNM2 bersama-sama 49 juri yang lain.

Syafinaz turut diberi kuasa untuk memilih peserta yang layak mara ke pusingan seterusnya sekiranya ada dua peserta yang mendapat markah seri.

Saksikan ‘All Together Now Malaysia 2’ yang bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai hari ini di saluran Astro Ria. - Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

All Together Now Malaysia Musim Kedua Kembali, 250 Peserta Bakal Rebut Gelaran Juara 

3

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kru 'All Together Now Malaysia' Akan Dipanggil Ke IPD Putrajaya

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi