web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Datuk Syafinaz Selamat Rayu Rakyat Malaysia Sokong Bakat Yang Bagus Agar Tidak Lenyap Daripada Industri

Menurut Datuk Syafinaz, ramai penyanyi yang bagus berputus asa dan akhirnya hilang dari industri seni kerana tiada sokongan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2023 4:00PM

Syafinaz Selamat - Gambar Astro/AzrulRafie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan, Malaysia mempunyai ramai bakat yang bagus dalam bidang nyanyian. Namun tidak semua penyanyi yang bagus mendapat tempat di hati peminat. 

Sebagai contoh salah seorang peserta Big Stage 2023 iaitu Nadeera. Dia sering kali mendapat pujian di atas kebolehannya dalam bidang nyanyian dan telah banyak pertandingan yang disertainya. Namun, nama Nadeera masih belum berada di tempat yang selayaknya dengan bakat yang dimiliki.

Sewaktu konsert Big Stage minggu keempat, Datuk Syafinaz Selamat yang menjadi juri jemputan pada malam itu turut menyuarakan pendapatnya terhadap Nadeera. Kata beliau, pertandingan seperti ini bukan untuk Nadeera. Dia sepatutnya tidak perlukan pertandingan seperti ini lagi kerana dia adalah seorang penyanyi yang bagus. 

Nadeera - Gambar Astro/AzrulRafie
Nadeera - Gambar Astro/AzrulRafie

Datuk Syafinaz sewaktu ditemui ketika sidang media berkata, rakyat Malaysia perlu menyokong penyanyi-penyanyi yang berkualiti agar mereka tidak terus lenyap dari industri.

“Saya merayu kepada orang-orang Malaysia untuk sokong bakat yang bagus. Jangan ‘ignore’ penyanyi yang bagus. Kita kena sokong dan beri mereka semangat untuk meneruskan perjuangan mereka dalam bidang seni.

“Mungkin anda rasa tak mahu sokong sesetengah penyanyi yang bagus kerana merasakan biar orang lain yang sokong kerana anda nak sokong penyanyi yang lebih moden, yang ‘current’ dan sebagainya. 

“Tetapi jika anda tidak sokong penyanyi-penyanyi yang bagus, lama-kelamaan mereka akan hilang daripada industri seni. Sayang! 

“Jika penyanyi seperti Nadeera mungkin dia masih tidak berputus asa dan terus mahu berjuang. Tetapi ramai penyanyi di luar saya yang bagus, namun akhirnya berputus asa kerana tiada sokongan walau sudah berusaha sehabis baik,” katanya. 

Syafinaz ketika bertugas sebagai juri di Big Stage. - Astro/AzrulRafie
Syafinaz ketika bertugas sebagai juri di Big Stage. - Astro/AzrulRafie

Tambah Syafinaz lagi, situasi ini sangat menyedihkan kerana bakat hebat yang ada di Malaysia, dipersiakan begitu sahaja kerana tidak mendapat sokongan yang sewajarnya. 

“Seperti Nadeera, jika dia menang pertandingan ini sekalipun, ia tidak menjanjikan yang dia akan berjaya di luar sana. Perkara ini sangat bahaya. Dia perlu fikir formula macam mana nak berjaya di luar pertandingan selepas ini. 

“Antara contoh terbaik yang kita ada ialah Aina Abdul. Dia telah melalui semua ini sebelum ini. Dia seorang yang sangat bijak dari segi ‘branding’,” ujarnya. – Getaran, 31 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 : COEX Dapat Markah Tercorot, Namun Terselamat Kerana Tiada Penyingkiran, Tok Ram Suruh Berlatih 100 Hari

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Pakaian Dikecam Netizen Kerana Tidak Sesuai Dengan Lagu Memuji Rasulullah, Ini Penjelasan Nadeera Zaini

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel