web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Tangan Gelandangan Dijual Di Stesen Petronas Sarawak

Projek yang dimulakan di stesen Petronas di daerah Sibu itu bukan hanya untuk memupuk kesedaran orang ramai tetapi juga membantu Tempat Transit Geladangan (TTG) menjana pendapatan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 8:00AM

Seorang wanita gelandangan Ani Mail, 55, dari Daerah Song Kapit yang ditempatkan serta menjalani latihan kemahiran di Tempat Transit Gelandangan Sibu (TTG Sibu) menunjukkan anyaman bakul hasil kerja tangannya - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Hasil kerja tangan gelandangan yang menjalani latihan di Tempat Transit Geladangan (TTG) Sibu, akan dijual di stesen Petronas di Sarawak.

Ketua (Jualan Wilayah Sarawak) Petronas Dagangan Berhad Abby Sukardy Mohamad berkata melalui inisiatif itu juga tabung kutipan derma buat TTG akan ditempatkan di stesen Petronas bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan.

Katanya projek yang dimulakan di stesen Petronas di daerah Sibu itu bukan hanya untuk memupuk kesedaran orang ramai tetapi juga membantu TTG menjana pendapatan.

“Terdapat 15 stesen Petronas di Sibu dan tabung derma TTG akan ditempatkan di kaunter juruwang. Kita akan mula jual kerja tangan seperti anyaman bakul dari TTG Sibu di tujuh stesen Petronas menjelang Disember tahun ini dan stesen Lanang Barat di sini menjadi premis pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran ‘Project Another Chance for Homeless’ di stesen Petronas Lanang Barat, di Sibu.

Abby berkata Petronas Sarawak dipelawa Pejabat Residen Bahagian Sibu untuk menjadi rakan strategik TTG Sibu sejak sejak awal tahun ini.

Menurutnya kerjasama itu bertujuan menyemai kesedaran orang ramai mengenai komuniti gelandangan di Sibu di samping mewujudkan kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan.

Katanya pada tahun ini sahaja Petronas Sarawak telah mengadakan pelbagai aktiviti bersama TTG Sibu seperti majlis berbuka puasa, kutipan derma melalui program kitar semula serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR). - Bernama

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

4

Politik 2 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa