Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kris Wu Dijatuhkan Hukuman Penjara 13 Tahun Kerana Rogol Oleh Mahkamah China

Selepas dipenjarakan 13 tahun, Kris Wu akan segera dihantar pulang dari China ke Kanada, tempat di mana dia dibesarkan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 4:05PM

Kris Wu dihukum penjara selama 13 tahun. - Gambar dari zoomtventertainment.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pelakon dan model, Kris Wu, juga dikenali sebagai Wu Yifan, secara rasmi telah dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun oleh mahkamah Beijing, lapor Soompi. 

Pada Ogos lalu, Wu ditangkap selepas atas dakwaan merogol dan pada Jumaat, mahkamah Beijing menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun ke atas Kris atas dua tuduhan. 

Keputusan dibuat susulan siasatan yang dijalankan sebelum ini dan akhirnya, Mahkamah Chaoyang memutuskan bahawa Wu bersalah atas tuduhan merogol tiga wanita antara November dan Disember 2020.

Dia menerima hukuman penjara 11 tahun dan enam bulan bagi tuduhan pertama.

Dalam penghakimannya, mahkamah memutuskan:

"Wu Yifan mengambil kesempatan ke atas tiga wanita mabuk ... di rumahnya."

Bagi tuduhan kedua, Wu dijatuhkan hukuman tambahan selama setahun dan 10 bulan atas "jenayah mengumpulkan ramai orang untuk terlibat dalam pergaulan seksual," satu kejadian yang berlaku dari Julai 2018 di mana dia dan lain-lain, menyerang dua wanita yang juga mabuk.

Meskipun Wu menafikan tuduhan itu, namun sekurang-kurangnya 24 lagi mangsa mendedahkan perbuatan kejinya itu.

Selepas menjalani hukuman penjara 13 tahun, Wu akan dihantar pulang ke Kanada iaitu negara di mana dia dibesarkan. 

Mahkamah menyatakan, "Keputusan ini dibuat mengikut fakta, serta sifat, keadaan dan akibat bahaya dari jenayah itu."

Dalam pada itu, Biro Cukai China juga memerintahkan Wu membayar 600 juta yuan (RM374.66 juta) untuk kesalahan berkaitan cukai, termasuk menyembunyikan pendapatan peribadinya. 

Pihak berkuasa menyatakan bahawa antara 2019 dan 2020, Wu mengelak cukai sebanyak 95 juta yuan (RM59.32 juta) dan cukai yang terkurang bayar sebanyak 84 juta yuan (RM52.45 juta).

Wu membuat penampilan sulungnya menerusi EXO pada 2012, tetapi dia meninggalkan kumpulan itu pada 2014, berikutan isu melibatkan kontraknya dengan SM Entertainment. 

Selepas timbang tara di mahkamah, SM Entertainment dan Wu mencapai penyelesaian di mana kontraknya dengan SM Entertainment akan kekal sah sehingga 2022, mengikut kontrak asalnya.

Susulan penahanannya sebelum ini, jenama terkenal seperti Louis Vuitton, Bulgari, L'Oreal Men dan Porsche telah menamatkan kerjasama dengannya. - Getaran, 26 November 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi