Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

Marcell Siahaan memiliki sejarah muzik yang menarik untuk diteliti. Teruskan membaca untuk mengetahui kisah perjalanan dua dekadnya dalam muzik, dari pemain dram ke penyanyi solo.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 10:05AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tenang menapak masuk ke dalam bilik temu ramah dengan segaris senyuman, persona penyanyi Marcell Siahaan begitu kuat dirasakan.

Dua dekad bukan perjalanan yang singkat, asam garam dan sepak terajang dunia hiburan sudah masak ditempuhnya sepanjang pengalaman. Tapi dia masih di sini, berdiri dengan sebuah oleh-oleh konsert yang juga hadiah buat peminat yang menyokongnya selama ini.

“Apa khabar? Sudah lama tidak bersua dengan teman-teman di Malaysia,” Marcell membuka bicara. Berterus-terang mengaku rindu selepas dua tahun pandemik merampas ruang, menangguhkan peluang dan mencipta batas untuk saling bersembang. 

Malaysia selalu menjadi tempat istimewa yang merakam memori bermakna buat penyanyi kelahiran Bandung, Indonesia ini. Dia terdiam seketika sebelum perlahan-lahan membawa penulis menyusuri kenangan, mengimbau saat pertama lelaki ini menjejakkan kaki ke Malaysia sebagai seorang penyanyi selepas lagu ‘Hanya Memuji’ meledak dan mendapat sambutan luar biasa.

“Waktu itu, saya ingat lagi tahun 2003 semasa Anugerah Planet Muzik. Seorang Marcell yang tidak pernah bercita-cita mahu jadi penyanyi tiba-tiba boleh menerima anugerah di pentas sebesar itu. Sebuah majlis anugerah yang dihadiri ramai penggiat seni yang saya kagumi daripada pelbagai negara. 

“Segala-galanya berjalan begitu cepat dan saya sempat mengalami imposter syndrome kerana tidak percaya apa yang saya terima. “Betulkah nama saya yang disebut?” kata saya pada waktu itu.

“Kemudian, ada seorang kawan menyindir saya. Katanya sekarang ramai yang tahu muzik saya. Tidak hanya di Indonesia. 

“Kalau saya mahu tetap main band selama sepuluh tahun, mereka tidak akan bersungguh-sungguh buat muzik. 

“Lagipun, belum tentu ada yang kenal dengan muzik saya. Dia kemudian meminta saya bersyukur,” katanya dalam satu temubual bersama-sama Getaran di ibu kota baru-baru ini.

 

Pemain drum ke solo, punk ke balada

Marcell memiliki sejarah muzik yang menarik untuk diteliti. Generasi baru mungkin tidak mengetahui bahawa penanyi lagu syahdu ‘Takkan Terganti’, ‘Peri Cintaku’, ‘Semusim’ ini memulakan perjalanan kariernya dengan lagu-lagu hardcore punk. 

Ketika itu, Marcell bukanlah penyanyi utama. Dia adalah seorang pemain drum untuk sebuah band underground Bandung bernama Puppen. 

Marcell sudah pernah melalui fasa meminjam drum sesiapa untuk latihan. Kerana tidak mampu membeli stik dram yang harganya sangat mahal pada waktu itu, Marcel sempat meminjam wang daripada kawan-kawan.

Puppen ternyata makin dikenali tidak hanya di Bandung malah kota-kota lain. Ramai yang memuji kualiti muzik yang ditawarkan band Marcell itu. Namun, begitulah ajaibnya suratan takdir, hari ini Marcell adalah penyanyi solo dengan lagu-lagu hit balada.

“Kehadiran saya ke Malaysia pada waktu itu sempat menjadi cakap-cakap rakan industri yang memuji persembahan saya dan Shanty. Tapi tiada yang tahu, awal-awal saya menjadi seorang penyanyi solo, saya tidak boleh berbual sama sekali dengan penonton jika membuat persembahan. Saya macam patung lilin di atas pentas.

“Bayangkan, saya yang dahulunya pemain drum duduk di belakang. Tiba-tiba jadi penyanyi solo yang perlu berinteraksi dan menghiburkan pendengar. Muzik yang saya bawa dulu berentak keras tiba-tiba menyanyikan lagu balada yang sangat sukar untuk dibawakan.

“Pernah dulu semasa membuat persembahan lagu 'Firasat', tiba-tiba saya lupa. Bukan di bahagian korus, tapi di awal lagunya. Tapi kemudian, muzik saya berkembang. Saya telah menemui format susunan muzik yang sesuai,” katanya sambil ketawa. 

 

Konsert mengenang dua dekad

Konsert kedua Marcell di Kuala Lumpur kali ini lebih istimewa kerana penyanyi itu ingin meraikan perjalanan dua dekadnya dengan peminat di Malaysia. Konsert Marcell Dua Dekade Live In Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di lokasi berprestij Zepp Kuala Lumpur pada 9 Disember nanti bakal membuat pendengar tercampak mengingati kenangan masa lalu.

“Saya ingin melepaskan rasa rindu kepada peminat saya di Malaysia. Sebenarnya peminat saya di Malaysia memberikan sokongan yang sangat besar terhadap perjalanan karier saya. 

“Lagi pula, semasa pandemik kita tidak bersua namun saya sempat menghasilkan sebuah single bertajuk 'Menunggu' semasa dalam tempoh ini.

“Konsert ini juga akan menjadi sangat intim buat saya dan peminat. Kita akan sama-sama meraikan kemenangan selepas melalui ujian dan kesukaran selepas dua tahun belakangan ini,” tambahnya. 

Penyanyi itu berharap penonton akan datang beramai-ramai dan menyanyikan lagu-lagu hit bersama-sama. 

Marcell tahu, lagunya bakal membuat penonton terkenang episode lama kehidupan mereka. Oleh sebab itu, Marcell tidak melakukan gubahan muzik yang terlalu berlebuhan kerana tidak mahu membunuh perasaan dan mood pengunjung.

“Untuk konsert ini nanti, Saya tidak meletakkan ekspektasi yang tinggi kerana itu akan membuatkan saya jadi lebih banyak keraguan dan berfikir tentang penerimaan penonton.

“Saya takut kalau saya berharap terlalu tinggi saya akan menerima komen yang kurang memuaskan dan saya tidak mahu perkara itu terjadi. 

“Apapun saya ingin melihat mereka semua terhibur dengan persembahan saya nanti,” katanya menutup temu ramah.

Beberapa hari lagi sebelum konsert berlangsung, anda masih boleh mendapatkan tiket konsert tersebut dengan harga RM288 hingga RM7,888  yang sudah mula dijual menerusi www.myticketasia.com.

 

DI SEBALIK PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN

Wajah TARA : Marcell Siahaan

Pemangku Editor Gaya Hidup & Hiburan : Ellyna Ali

Teks & Penyelaras : Wafa Awla

Suntingan Teks : Ili Farhana

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari

Foto: Jay Events & Media

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 6 hari yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi