Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


10 Promosi Makanan Dan Minuman Untuk ‘Inai Biru’ Di Jari

Rebut pelbagai tawaran makanan dan minuman untuk meraikan hari pengundian dan sebagai tanda penghargaan buat diri sendiri kerana telah melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 12:00PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) menyaksikan banyak pihak turut sama mengambil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia keluar mengundi. Kerajaan Malaysia sendiri mengumumkan tarikh 17 dan 18 November sebagai hari kelepasan am bagi membolehkan rakyat pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab kepada negara.

Kesempatan yang diperolehi ini pasti menyeronokkan lebih-lebih lagi kita semua mendapat peluang untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga. Lebih menggembirakan, setiap pengundi yang mempunyai 'inai biru' di jari boleh menikmati pelbagai promosi makanan dan minuman yang jimat dan menarik sepanjang hari pengundian. 

Jom semak promosi berikut untuk anda rebut bersama ahli keluarga dan teman-teman yang lain.

 

1) Aiskrim percuma dari IKEA Malaysia

IKEA yang akan menawarkan Aiskrim Soya kegemaran ramai secara percuma kepada semua yang mengundi. Untuk menebus hadiah percuma ini, anda hanya perlu menunjukkan jari berdakwat anda di Swedish Bistro, di semua cawangan IKEA di seluruh negara. Penebusan boleh dilakukan seawal jam 10 pagi.

Bagaimanapun, tawaran ini hanya tersedia untuk satu hari sahaja semasa hari pilihan raya dan ia juga terhad kepada 500 pelanggan untuk setiap cawangan. Jadi rakan-rakan penggemar pemanis mulut ini, cepat-cepat keluar mengundi dan tebus aiskrim di IKEA!  

 

2) Beli 1, percuma 1 dari MyLaksa 

Jenama makanan yang menghidangkan menu kegemaran ini menawarkan tawaran beli 1, percuma 1 di mana setiap pembelian laksa akan mendapat segelas minuman percuma. Tawaran sah di seluruh cawangan MyLaksa bermula 19 hingga 20 November 2022. 

 

3) Diskaun 15 peratus untuk semua burger di TGI Fridays

Penggemar burger TGI Fridays, tawaran yang satu ini mesti anda rebut. Kelazatan patti ayam dan daging lembunya yang berjus sudah pasti membuatkan hujung minggu ini lebih menyeronokkan. 

Lebih-lebih lagi jika dapat berkongsi saat-saat indah bersama keluarga. Ultimate Hangover Burger dan Ultimate Loaded Cheese Fry Burger yang menjadi kegemaran ramai boleh dipesan pada harga RM57.72 sahaja. 

 

4) Diskaun 15 peratus selama dua hari di Street Churros

Hidangan manis yang boleh dinikmati pada bila-bila masa ini menawarkan potongan 15 peratus untuk setiap satu resit. Lebih banyak anda membeli, lebih banyak wang yang dapat dijimatkan. Promosi sah selama dua hari, iaitu dari 19 hingga 20 November 2022.

Paling menarik, pilihan menu tidak terhad, belilah sebarang perisa yang anda mahukan atau gemari.

 

5) Nikmati kelazatan kopi di Starbucks dengan diskaun hebat

Jenama kopi kegemaran ramai ini juga tidak ketinggalan membawakan tawaran menarik. Kunjungi Starbucks bersama orang tersayang pada Sabtu ini untuk menikmati diskaun 50% untuk minuman kedua dengan sebarang pembelian minuman terpilih. 

Antara menu minuman yang boleh dijadikan pilihan ialah Brown Sugar Cocoa Oatmilk Latte, Brown Sugar Cocoa Oatmilk Frappuccino®, Pumpkin Spice Latte, dan Mocha Frappuccino®. Diskaun ini tersedia untuk sepanjang hari pada 19 November 2022.

 

6) Minuman Percuma dari Oh Cha Matcha

Penggemar minuman teh hijau jangan lepaskan peluang untuk menyegarkan tekak anda dengan minuman teh hijau memikat dari Oh Cha Matcha Kuala Lumpur yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail. 

Kafe yang terkenal dengan pelbagai hidangan berasaskan teh hijau ini berbesar hati untuk menghadiahkan satu hidangan Matcha Latte Oat Milk untuk setiap pengundi yang mempamerkan inai biru di jari. 

 

7) Parti piza dengan Pizza Hut Malaysia

Alang-alang sudah berkumpul satu keluarga, apa salahnya buat parti piza untuk menjamu selera sambil berkongsi kisah masing-masing. 

Panjangkan langkah ke mana-mana cawangan Pizza Hut Malaysia untuk menikmati tawaran hebat sepanjang hari pengundian. 

Tunjukkan inai biru di jari dan anda boleh mendapat tawaran beli 1, percuma 1. Sah untuk makan di kedai mahupun untuk dibawa pulang.

 

8) Sepinggan sushi percuma dari Sushi King

Peminat sushi boleh ambil kesempatan dengan merebut sepinggan sushi percuma di semua cawangan Sushi King Malaysia. Tawaran tersedia hanya pada 19 November sahaja dan ia tertakluk kepada terma dan syarat-syarat tertentu. 

 

9) Dua minuman untuk RM15 di Tealive

Tawaran daripada Tealive Malaysia ini sudah boleh dinikmati sehingga 20 November ini. Anda boleh beli dua minuman terpilih pada harga RM15 sahaja.

Berbeza dengan jenama makanan dan minuman lain, di Tealive anda tidak perlu tunjukkan dakwat di jari. Rebut sahaja tawaran ini seandainya minuman kegemaran anda tersenarai sebagai minuman pilihan. 

 

10) Hokkaido Baked Cheese Tart bagi diskaun 15%

Tunjukkan jari anda yang berdakwat sebelum membuat pembayaran untuk menikmati Diskaun 15% Tart Keju Klasik Bersaiz Biasa (perisa original atau coklat). 

Tawaran hanya sah pada 19 November 2022 di semua cawangan di seluruh negara. Bagaimanapun, setiap pelanggan hanya layak membuat pembelian maksimum enam biji tat. - Getaran, 19 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Kaunter Diskaun Saman Trafik Dapat Sambutan

3

TARA 5 bulan yang lalu

Rayakan Deepavali Dengan Pelbagai Promosi Makanan, Minuman

4

Politik 5 bulan yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu