web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Grey's Anatomy, Ellen Pompeo Akhirnya Melepaskan Watak Meredith Grey 

Selepas 17 tahun memegang watak sebagai Meredith Grey, Ellen Pompeo akhirnya mengundurkan diri. Dia bakal muncul dalam projek drama yang baru 'Orphan'.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 8:00AM

Ellen Pompeo - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ellen Pompeo, akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada ’Grey’s Anatomy’ selepas 17 tahun memegang watak sebagai Meredith Grey, dalam drama bersiri yang mula disiarkan sejak 2005.

Pompeo, 53, sebelum ini merupakan salah seorang daripada tiga pelakon asal lain yang masih kekal dalam drama berkenaan, yang mengisahkan kehidupan sekumpulan doktor di Seattle. 

Dua lagi pelakon asal yang masih kekal dalam episod ke-19 itu adalah Chandra Wilson dan James Pickens Jr.

Watak Pompeo dimatikan pada episod minggu lepas apabila Grey memutuskan untuk berpindah ke Boston dan keputusan itu dibuat menerusi emel kepada kakitangan hospital berkenaan, yang mana ia turut mengecewakan kekasihnya Nick lakonan Scott Speedman kerana keputusan penghijrahannya dibuat tanpa berunding dengannya.

Pelakon asal Greys' Anatomy, dari kiri Chandra Wilson, T.R Knight, Ellen Pompeo dan James Pickens Jr. - Gambar dari Instagram
Pelakon asal Greys' Anatomy, dari kiri Chandra Wilson, T.R Knight, Ellen Pompeo dan James Pickens Jr. - Gambar dari Instagram

Pada episod minggu lepas, ia juga menyaksikan rumah yang didiami Meredith sejak episod 1 terbakar. Hanya ikrar perkahwinan dengan Dr. Derek "McDreamy" Shepherd yang dilakonkan Patrick Dempsey. Watak Dempsey dimatikan pada musim ke-11 lalu.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Pompeo mengimbas kembali perjalanan bersama ‘Grey's Anatomy’,  yang diterbitkan Shonda Rhimes. Dia turut memuji peminat siri berkenaan yang sentiasa memberikan sokongan sehingga rancangan itu menjadi popular.

"Ini bukan kali pertama anda berdepan dengan rollercoaster… anda tahu bahawa rancangan ini mesti diteruskan dan saya semestinya akan kembali untuk melawat," tambahnya.

Drama 'Grey's Anatomy' ini bermula pada Mac 2005 mengisahkan lima doktor pelatih yang terdiri daripada Dr. Meredith Grey, dilakonkan oEllen Pompeo, Sandra Oh, Katherine Heigl, Justin Chambers dan T. R. Knight.

Para pelakon siri berkenaan melalui perubahan besar sepanjang drama itu disiarkan dan watak-watak mereka dimatikan dengan cara yang mengerikan (maut akibat kemalangan), berpindah hospital, meninggal dunia dan mencari kehidupan baru.

Banyak babak-babak sedih dan kematian dalam drama ini. Bagi mereka yang mengikuti dari awal sejak musim pertama, ketiadaan watak-watak asal tersebut merupakan satu kekosongan meskipun banyak watak baru diwujudkan.

Sejak disiarkan pada 2005, ‘Grey’s Anatomy’ menjadi siri televisyen yang paling lama tayangannya di ABC dan kekal sebagai rancangan yang mempunyai rating tinggi di saluran ABC.

Beberapa anugerah turut dimenangi oleh 'Grey's Anatomy' termasuk anugerah Golden Globe untuk siri televisyen terbaik . Ia turut diterima dengan baik oleh pengkritik dan disifatkan sebagai satu fenomena.

Namun dengan pengunduran Pompeo, tidak diketahui sama ada rancangan ini akan diteruskan ke episod 20. Pada 2017, Pompeo dalam temubual dengan Variety memberitahu:

"Jalan ceritanya adalah mengenai perjalanan kehidupan Meredith Grey dan apabila saya berundur, rancangan ini akan berakhir''.

Meskipun siri ini telah berjaya mencipta namanya sendiri selama ini namun watak Meredith umpama 'gam' yang melekatkan dan mengekalkan keseluruhan siri berkenaan dari episod satu hingga sekarang.

Pompeo dilaporkan telah menandatangani projek untuk berlakon dan menjadi penerbit eksekutif 'Orphan' yang berkisarkan kepada cerita benar.

Ia mengisahkan pasangan suami isteri yang mengambil seorang kanak-kanak perempuan sebagai anak angkat namun mereka kemudian mendapati bahawa kanak-kanak perempuan itu sebenarnya adalah orang dewasa yang kerdil. – Getaran, 19 November 2022

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh