Berita Terkini

4 jam yang lalu: PDRM terima laporan dakwaan PM sebagai ejen Israel 5 jam yang lalu: PM tuntut ahli parlimen Baling mohon maaf 7 jam yang lalu: Lebih 200 aduan terhadap penilai insurans kemuka tuntuan palsu 7 jam yang lalu: Syarikat penerbangan digesa tawar tambang berpatutan ke Sarawak menjelang sambutan perayaan 8 jam yang lalu: Lagi perutusan tahniah untuk Anwar, termasuk daripada diplomat Arab di Kuala Lumpur

IKUTI KAMI


Pelitup Muka Bukan Sekadar Fesyen, Pilih Yang Berkualiti Demi Keselamatan Diri

Pelitup muka AiruFlo diperbuat daripada getah silikon gred makanan yang membantu melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar sambil menyediakan ruang yang selesa untuk bernafas.

TARA Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2022 4:07PM

Pelitup muka guna semula yang boleh digayakan ke mana-mana saja. - Gambar ihsan AiruFlo

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan bermula 7 September lalu, namun masih ramai di antara kita dilihat lebih selesa mengenakannya apabila mahu ke mana-mana. 

Ini kerana virus COVID-19 masih menular dan kini kes dilaporkan semakin meningkat hari demi hari. 

Memandangkan pemakaian pelitup muka sudah menjadi norma baharu rakyat Malaysia, mungkin ada yang lebih suka memakai pelitup muka guna semula kerana untuk jangka masa panjang ia lebih menjimatkan, malah memberi pengalaman pemakaian yang lebih selesa.

Mencari pelitup muka guna semula di pasaran memang mudah, kerana ada banyak pilihan menanti. Namun, anda harus tahu tidak semua yang dijual itu mampu melindungi diri daripada melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar berbahaya. 

Tidak semua pelitup muka di pasaran mampu melindungi diri daripada bakteria dan bahan pencemar berbahaya. - Gambar ihsan AiruFlo
Tidak semua pelitup muka di pasaran mampu melindungi diri daripada bakteria dan bahan pencemar berbahaya. - Gambar ihsan AiruFlo

Bahkan, jika diperhatikan terdapat lambakan pelitup muka guna semula yang hanya direka untuk tujuan fesyen, bukan untuk jaminan kesihatan.

Jadi, jika anda ingin menggunakan pelitup muka guna semula yang melindungi diri daripada bakteria atau virus berbahaya, pilihlah yang mampu memberi perlindungan yang diharapkan.

Salah satu jenama yang boleh dijadikan pilihan dan terdapat banyak di pasaran ialah AiruFlo, jenama pengeluar pelitup muka modular silikon berkualiti tinggi pertama di Malaysia. 

Pelitup muka AiruFlo diperbuat daripada getah silikon gred makanan yang membantu melindungi daripada bakteria dan bahan pencemar sambil menyediakan ruang yang selesa untuk bernafas dan lembut pada sentuhan. 

Pelitup ini mudah dicuci dan serasi dengan pelbagai penapis N95 AiruFlo yang pelbagai. Penapis tersebut boleh ditukar ganti oleh pemakai apabila perlu. 

Tambahan pula, AiruFlo menyediakan tali yang boleh dilaras mengikut pemakai dan reka bentuk modular yang dapat dilaraskan mengikut keselesaan pengguna.

Selain itu, pelitup muka AiruFlo telah disahkan memenuhi keperluan kebersihan dan perlindungan antarabangsa oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat dan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA). 

Untuk mengekalkan ketelusan buat pengguna, semua pensijilan dan keputusan makmal tersedia secara umum di tapak web AiruFlo.

Edisi pelitup muka terbaharu AiruFlo yang dilancarkan awal tahun ini iaitu versi Stealth Black. - Gambar ihsan AiruFlo
Edisi pelitup muka terbaharu AiruFlo yang dilancarkan awal tahun ini iaitu versi Stealth Black. - Gambar ihsan AiruFlo

“Beberapa juta tan pelitup muka pakai buang, yang mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk hancur, telah mencemarkan alam sekitar kita dengan ketara akibat pandemik global. 

Oleh sebab itu, AiruFlo komited untuk menyediakan pelitup muka yang mesra alam dan berfungsi sebagai tambahan bergaya kepada penampilan harian seseorang.”

“Dengan menyediakan produk kami secara meluas di kedai sudah tentu akan menggalakkan lebih ramai orang untuk membeli pelitup boleh guna semula, dan akhirnya menyumbang kepada inisiatif melindungi kedua-dua diri dan planet ini,” ujar Pengasas Bersama AiruFlo Vince Koay.

Selain usaha AiruFlo yang mementingkan alam sekitar, jenama itu juga menerajui program kitar semula bersama pengeluar pelitup muka mereka. 

 AiruFlo melindungi diri daripada virus atau bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. - Gambar ihsan AiruFlo
AiruFlo melindungi diri daripada virus atau bakteria berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan. - Gambar ihsan AiruFlo

Di bawah program ini, pengguna pelitup muka AiruFlo yang telah menggantikan topeng sedia ada mereka dengan yang baru atau tidak mahu memakainya lagi boleh memulangkan pelitup muka mereka ke fasiliti pengeluar di mana silikon dan plastik akan dicairkan dan digunakan semula untuk tujuan-tujuan lain.

Sejak penubuhannya pada 2020, AiruFlo telah mewujudkan kehadiran pasaran yang semakin berkembang, dengan lebih daripada 40 cawangan keseluruhannya di seluruh rantau ini. 

Semua pelitup muka AiruFlo boleh dibeli melalui laman web mereka dan melalui mana-mana pengedar berdaftar atau rakan kongsi farmasi mereka di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AiruFlo, sila layari www.airuflo.com - Getaran, 19 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

19 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengundi Positif COVID-19 Diasingkan, Proses Mengundi Dilakukan Cepat - SPR

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penumpang Kapal Terbang Tak Wajib Pakai Pelitup Muka - Khairy

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Lagi Saman Individu Tidak Pakai Pelitup Muka

4

TARA 2 bulan yang lalu

Jangan Makan Separuh-Separuh, Habiskan Antibiotik Untuk Hindari Superbugs!

Sorotan

1

Nurul Izzah Positif COVID-19, Mohon Maaf Tidak Dapat Sertai Majlis Kesyukuran

2

Indra, Zii Jia Berpisah

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50