web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tomok Guna Duit Poket Sendiri Anjur Konsert New Boyz, Tak Sangka Tiket Habis Dijual Dalam Tempoh 24 Jam

Menurut Tomok, dia telah mengeluarkan duit poket sebanyak RM150,000 untuk menganjurkan sendiri konsert New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang itu. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2022 2:00PM

Tomok tidak menyangka tiket konsert Sejarah Mungkin Berulang habis dijual dalam tempoh 24 jam saja. - Gambar Instagram Tomok

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Tomok sama sekali tidak menyangka bahawa konsert New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang yang dianjurkan dengan duit poketnya sendiri itu akan mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat sehingga tiketnya habis dijual dalam tempoh 24 jam.  

Sewaktu ditemui Getaran, Tomok berkata, dia tidak menggunakan sebarang bentuk promosi untuk menjual tiket konsert tersebut. 

“Kalau ada pun, hanyalah menerusi media sosial. Itu sahaja. Yang lain memang tidak ada. Tapi, tidak sangka pula tiket konsert habis dijual untuk kedua-dua hari persembahan.

“Saya sendiri pun macam tidak percaya. Ia memang di luar jangkaan. Tapi mungkin penyertaan saya dalam Gegar Vaganza juga banyak membantu. Atau mungkin peminat sendiri memang sudah lama menantikan konsert solo kami ini. 

“Tapi, venue konsert ini pun tidaklah besar mana pun. Ia hanya boleh memuatkan 700 penonton pada suatu masa. Untuk dua hari konsert, kita dapat kumpul 1,400 penonton,” katanya dengan nada gembira. 

Mengikut jadual, Tomok bersama kumpulannya, New Boyz bakal menjayakan konsert tersebut di Stage Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) selama dua hari berturut-turut iaitu 11 Februari dan 12 Februari 2023. 

Namun, dalam tempoh 24 jam, tiket jualan untuk kedua-dua hari tersebut telah habis dijual hingga membuatkan segelintir peminat berasa kecewa kerana mereka tidak sempat untuk membelinya. 

Bahkan, ada yang berharap bahawa Tomok dan New Boyz akan mengadakan konsert di venue yang lebih besar pada masa akan datang. 

Menurut Tomok lagi, dia telah mengeluarkan duit poket sebanyak RM150,000 untuk menganjurkan sendiri konsert New Boyz, Sejarah Mungkin Berulang itu. 

“Saya buat sendiri konsert New Boyz ini kerana saya rasa saya perlu buat. Kalau hendak tunggu, tak tahu bila. 

“Tapi, pada waktu yang sama, saya juga masih mencari dana atau pihak penaja yang boleh menaja konsert ini. 

“Setidak-tidaknya, dengan wang dana atau tajaan tersebut, saya boleh gunakan untuk tambahkan apa-apa yang patut untuk kegunaan aspek teknikal konsert ini nanti.

“Sebab untuk anjurkan sebuah konsert, wang sebanyak RM150,000 itu sebenarnya tidaklah cukup mana,” katanya. 

Memandangkan konsert New Boyz bakal diadakan pada bulan Februari tahun hadapan nanti, Tomok memberitahu, fokusnya kini lebih tertumpu kepada persembahannya dalam program Gegar Vaganza Musim Kesembilan (GV9).

“Setiap minggu saya berusaha untuk memberikan yang terbaik serta mencabar diri saya untuk memberikan kelainan di dalam persembahan saya. 

“Tak sangka pula, ramai yang suka dengan kelainan yang cuba saya bawakan. Untuk konsert mingguan pada Ahad ini, saya akan membawakan lagu Awas daripada KRU. Lagu itu adalah antara pilihan saya sendiri. 

“Nak tahu apa kelainan yang bakal saya bawakan dalam lagu Awas ini, anda harus saksikan persembahan saya dalam konsert GV9 minggu ini,” katanya. – Getaran, 13 November 2022 

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi