web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Beri Laluan Kepada PRU-15, Konsert Kumpulan Ungu Ditunda Sehingga Disember 2022

Pihak penganjur, Star Planet memaklumkan bahawa konsert Ungu akan dijadualkan semula kepada tarikh baharu iaitu 26 dan 27 Disember 2022.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 11:54AM

Konsert Ungu di Kuala Lumpur terpaksa ditunda bagi memberi laluan kepada PRU-15. - Gambar ihsan Star Planet

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert kumpulan Ungu yang sepatutnya berlangsung di Menara PGRM, Kuala Lumpur pada 18 dan 19 November di Kuala Lumpur telah ditunda. 

Pihak penganjur, Star Planet memaklumkan bahawa konsert Ungu akan dijadulkan berlangsung semula kepada tarikh baharu iaitu 26 dan 27 Disember 2022. Tempat dan masa kekal tanpa sebarang perubahan.

Menurut Star Planet, perubahan tarikh ini adalah suatu keputusan selaras perintah daripada PUSPAL agar semua persembahan konsert yang dijadualkan berlangsung pada 19 November di Kuala Lumpur dibatalkan memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Dengan ini, semua tiket yang telah dikeluarkan akan dibatalkan secara automatik dan tiket baru akan dikeluarkan buat para pembeli. 

Pembeli tiket dinasihati untuk menyemak semula emel pengesahan pembelian tiket untuk mendapatkan tiket yang telah dikemaskini dengan tarikh baru selepas 25 November 2022.

Wang akan dikembalikan kepada pembeli tiket yang tidak dapat menghadiri konsert pada tarikh yang terkini. 

Permohonan pemulangan wang boleh dilakukan secara pengisian borang melalui pautan ini: 

https://starplanet.com.my/2022-2/ungu-refund/ sebelum atau pada 16 November 2022 untuk proses pulangan semula dilakukan.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami juga ingin berterima kasih kepada pengamal

media dan para peminat UNGU atas sokongan dan dorongan mereka.” tambah Star Planet.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Star Planet di talian +603 92233667 atau layari laman web www.starplanet.com.my.

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh