web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2022 7:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Satria Dewa Gatotkaca 

Akhirnya filem adiwira terbitan negara jiran, Indonesia disiarkan di laman penstriman terkenal, Netflix. 

Filem yang dibintangi oleh Rizky Nazar sebagai watak utama ini menceritakan tentang Yuda, seorang pemuda yang tinggal bersama ibunya yang hilang ingatan tetapi seringkali disangka gila oleh jiran tetangga. 

Pada satu hari, Yuda telah menjadi jurufoto kepada sahabatya untuk acara konvokesyen. Namun telah berlaku satu tragedi dasyat yang telah mengorbankan nyawa sahabatnya sewaktu berada di atas pentas gara-gara Korawa. 

Lalu Yuda bersama teman-temannya cuba mencari punca kenapa sahabatnya dibunuh. Ketika dalam misinya, dia tersedar bahawa dia sebenarnya memiliki kuasa luar biasa kerana dia adalah Satria Dewa Gatotkaca. Yuda juga memiliki sesuatu yang sangat diinginkan oleh Korawa. – Helmi Anuar 

Enola Holmes 

Bercakap tentang dunia penyiasatan, kebanyakannya akan teringat Sherlock Holmes. Tapi ini ada satu cerita di Netflix menceritakan bagaimana adiknya iaitu Enola Holmes tidak kalah hebat menyelesaikan kes berbentuk penyiasatan. 

Menarik melihat bagaimana Enola melawan stereotaip perempuan pada zamannya dan keluar daripada bayang-bayang abangnya yang cukup terkenal.

Enola Holmes lakonan cemerlang Millie Bobby Brown telah menemui penonton pada tahun 2020 di Netflix dan kini  filem keduanya, Enola Holmes 2 baharu sahaja ditayangkan menerusi platform tersebut. 

Untuk menyaksikan filem keduanya, anda terlebih dahulu perlu menonton filem pertamanya, Enola Holmes. 

Pengembaraan dan skil penyiasatan Enola mula terserlah pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-16 tahun. 

Ibunya, tiba-tiba menghilang dan meninggalkan sejumlah hadiah kepadanya. Enola dihantar ke sekolah kelolaan Harrison. Di situlah bermulanya kerja penyiasatan yang membuatkan Enola sedar akan keistimewaannya sebagai detektif. – Wafa Aula 

Last Holiday

Apakah yang akan anda lakukan jika mengetahui anda punya masa beberapa minggu saja lagi untuk hidup. Kejutan itulah yang perlu dihadapi Georgia Byrd (Queen Latifah), selepas dimaklumkan pakar onkologi bahawa umurnya tidak panjang. Seorang kerani pentadbiran yang jujur, pemalu dan sering dibuli, Giorgia mengambil keputusan menjual segala aset dan mengeluarkan simpanan miliknya untuk menikmati percutian terakhir di Eropah.

Georgia bertekad membetulkan keadaan dan menikmati kehidupan pun begitu perkara paling berat untuk dilakukan adalah meluahkan perasaan terhadap rakan sekerjanya, Sean Williams lakonan LL Cool J. Berjayakah Georgia dalam misi terakhir itu sebelum pergi buat selama-lamanya.

Saksikan kisah komedi romantik cukup mencuit hati ini hanya di Netflix. - Suzan Ahmad

Juvenile Justice

Tragedi hitam yang menyaksikan anaknya terkorban selepas terkena bata yang dicampak dari atas bangunan oleh dua remaja, telah mengubah hidup hakim Sim Eun Seok.

Kejadian itu juga menyebabkan rumah tangganya musnah. Susulan tragedi itu, Hakim Sim membenci pesalah juvana.

Sikap dingin dan tegas Hakim Sim itu kadang-kadang menyebabkan berlaku perbalahan dengan rakan sekerja serta ketuanya.

Ketika mengadili kes-kes juvana ini, Hakim Sim lebih mengambil kira keadaan keluarga mangsa dan penderitaan yang dialami.

''Mahkamah perlu mengajar mereka kerana itulah tugas kita (hakim). Siapa yang akan bertanggungjawab kepada mangsa?,'' itu prinsip yang dipegang Hakim Sim ketika mengadili perbicaraan juvana ini.

Watak Hakim Sim, yang tidak mempunyai perasaan itu dilakonkan aktres Kim Hye Soo. Bagilah apa jua watak kepadanya, pasti dia dapat menjiwainya.

Juvenile Justice boleh disaksikan di Netflix. - Habibah Omar

Isu Pada

Alyph: Hip Hop Tanpa Sempadan

12 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 tahun yang lalu

5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh