Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 6:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kil (Netflix) 

Akil (Redza Minhat) sudah letih dan tidak mahu hidup lagi. Dia telah cuba pelbagai cara untuk menutup usianya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, dia berjumpa dengan Life Action Bureau (LAB), agensi yang menawarkan perkhidmatan menamatkan hidup orang seperti Akil.

Pada masa yang sama, takdir membawa Zara (Cristina Suzanne)  ke dalam hidupnya. Merasakan suatu perubahan, Akil berubah fikiran dan mahu terus hidup. Berjayakah dia mengubah kontrak yang telah ditandatanganinya dengan LAB? 

Filem yang tampak sederhana ini adalah filem pertama arahan Nik Amir Mustapha.

Walaupun tidak dibanjiri nama-nama besar industri, Kil telah berjaya membawa pulang pelbagai anugerah, termasuk Filem Terbaik di Anugerah Skrin 2013 dan Festival Filem Malaysia ke-26. Tontonan cukup berbaloi. - Ili Farhana

 

‘Business Proposal’ (Netflix)

Sekali lagi drama adaptasi dari siri webtoon terkenal Korea mendapat perhatian ramai apabila ia menduduki tangga 10 paling banyak ditonton sejak ia mula ditayangkan.

'Business Proposal' diambil dari komik 'The Office Blind Date' menceritakan Shin Ha-Ri lakonan Kim Se-jeong yang menyamar sebagai kawannya untuk sebuah temu janji bersama Kang Tae-mu lakonan Ahn Hyo-seop. 

Tanpa disangka-sangka, lelaki yang ditemuinya merupakan majikan di syarikat Ha-Ri bekerja. Taemu-mu dipaksa berkahwin oleh datuknya. Maka mereka berdua membuat kata sepakat untuk bercinta secara kontrak bagi menyelamatkan keadaan kedua-dua pihak. 

Menerusi data yang dikongsikan Nielsen Korea, sejak episod pertama ditayangkan, 'Business Proposal' mencatatkan jumlah tontonan yang menggalakkan iaitu 6.5 peratus mengalahkan tayangan 'Our Beloved Summer' sebelum dengan jumlah tontonan 5.3 peratus.

Jika anda ingin mencari sebuah cerita yang kelakar dan tidak berat, drama ini sangat sesuai.

 

‘Twenty Five Twenty One’ (Netflix)

‘Twenty Five Twenty One’ merupakan drama Korea terbaharu yang kini ditayangkan di platform penstriman Netflix. Drama yang dibintangi oleh Nam Joo-hyuk dan Kim Tae-ri melatarkan kejadian saat terjadinya krisis ekonomi pada tahun 1998 di Korea Selatan.

Menurut sutradara Jung Ji-hyun, "Saya ingin drama ini menggambarkan keadaan era tersebut dengan teliti, mulai dari gaya pakaian hingga ke arahan seni penggambaran."

Bertema romantik, ‘Twenty Five Twenty One’ mengikuti kehidupan dua anak muda yang sedang mengejar cita-cita walau berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan.

Na Hee Do (Kim Tae-ri) adalah atlet sekolah yang bercita-cita untuk mewakili negara dalam sukan antarabangsa. Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) pula seorang pelajar sekolah menengah yang bertekad untuk mengubah nasib keluarganya.

Setelah perniagaan bapanya gulung tikar dan menyebabkan keluarganya bankrap, Baek Yi-jin terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung kehidupannya. - Sara Mack Lubis

 

‘The Fame Game’ (Netflix)

Buat pertama kalinya bintang terkenal Bollywood, Madhuri Dixit berlakon dalam drama bersiri yang disiarkan di platform digital Netflix.

'The Fame Game' mengisahkan tentang bintang terkenal Bollywood bernama Anamika Anand lakonan Madhuri. Anamika memiliki suami dan dua orang anak remaja.

Namun Anamika sebenarnya tidak bahagia dengan mahligai yang dibina. Anak lelakinya juga pernah mencuba untuk membunuh diri.

Menyedari usianya semakin menginjak dan harus bersaing dengan bakat-bakat yang jauh lebih muda, Anamika mahu bergandingan semula dengan pasangan filem box office satu ketika dulu iaitu Manish Khanna.

Anamika dan Manish pernah mempunyai sejarah mereka bersama satu ketika dahulu. Pada satu hari, Anamika tiba-tiba hilang. Kehilangannya menjadi berita tergempar di seluruh negara. Dari sinilah satu persatu rahsia akan terbongkar. -  Helmi Anuar

 

‘Juvenile Justice’ (Netflix)

Jika sebelum ini kita disuap dengan paparan cabaran barisan petugas mahkamah mengendalikan perbicaraan kes jenayah membabitkan golongan dewasa, kali ini 'Juvenile Justice' membawakan kisah-kisah menarik dalam kamar perbicaraan pesalah juvana.

Diarahkan Hong Jong Chan dan skrip oleh Kim Min Seok, drama gelap 10 episod ini membuka mata ramai terhadap realiti kepincangan institusi keluarga dan masyarakat seluruhnya dalam membentuk jiwa serta melindungi kanak-kanak serta remaja.

Kegagalan ini yang pada akhirnya ‘melahirkan’ individu yang terdesak malah ada antaranya yang melakukan jenayah tanpa rasa bersalah pada usia muda dan kian berani apabila meningkat remaja.

Drama ini tidak berat sebelah apabila turut memaparkan kesakitan dan kekecewaan mangsa dan keluarga apabila pesalah terlepas hukuman setimpal atas sebab faktor usia. 

Menerusi perspektif hakim Sim Eun Seok lakonan Kim Hye Soo, penonton dibawa melihat isu-isu ini dari dekat dan cuba memahaminya. Dengan personaliti yang sukar didekati, tegas dan bencikan pesalah juvana, dia keluar daripada kebiasaan dan menghukum pesalah dengan cara tersendiri.

Sekali lagi Kim Hye Soo tampil dengan persembahan hebat dengan dibantu barisan pelakon berkaliber, Kim Moo-Yul, Lee Sung-Min dan Lee Jung-Eun. 

Drama ini boleh ditonton di saluran penstriman Netflix. - Shakilawati Abd. Rahman


 

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi