web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Ya Allah Jagakan Wali Keramat Saya” - Usai Konsert, Siti Nurhaliza Terima Berita Ibu Dijangkiti COVID-19

Siti hanya mendapat tahu berita mengenai ibunya yang dijangkiti COVID-19 sejurus selepas melihat telefon bimbit ketika pulang ke biliknya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2022 4:08PM

Selepas tamat konsert semalam, Siti Nurhaliza telah memuat naik status di Instastory memberitahu bahawa ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, dijangkiti virus COVID-19 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam telah berlangsung konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza yang bertempat di Dewan Plenary KLCC.

Namun selepas tamat konsert berkenaan, Siti telah memuat naik status di Instastory memberitahu bahawa ibunya iaitu Siti Salmah Bachik, 70, dijangkiti virus COVID-19.

Mak Salmah dan Siti Nurhaliza - Gambar Instagram Siti Nurhaliza
Mak Salmah dan Siti Nurhaliza - Gambar Instagram Siti Nurhaliza

“Balik bilik tengok telefon bimbit, dapat berita mak kena COVID-19. Dapat cakap dengan mak baru lega. Mak cuma sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah. 

“Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat,” tulisnya. 

Siti akan sekali lagi beraksi di tempat yang sama hari ini demi melunaskan tanggungjawabnya untuk menghiburkan para peminat sempena konsert yang diberi nama Music Of Soul yang berlangsung selama dua hari. 

Ketika ini negara sedang berhadapan dengan peningkatan semula kes COVID-19 di mana hampir 4,000 kes dilaporkan setiap hari sejak seminggu lalu. 

Anda dinasihati supaya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan menjaga penjarakan serta melindungi diri dari terdedah dengan virus COVID-19. – Getaran, 6 November 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa