web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Perasaan Saya Hari Ini Bercampur Baur', Eizlan Yusof Anggap Penamaan Calon Satu Tanggungjawab Berat

Selesai menjayakan penggambaran filem kira-kira jam 6 pagi tadi, Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam untuk proses penamaan calon.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 1:34PM

Eizlan Yusof ketika hadir di Pusat Penamaan Calon di Dewan Tun Razak, pagi ini. - Gambar ihsan Eizlan Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun baru saja selesai menjayakan penggambaran filem terbaharu kira-kira jam 6 pagi tadi, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof terus bergegas ke Sabak Bernam untuk proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Tun Razak, di Sabak Bernama.

Eizlan yang juga calon Parlimen Sabak Bernam bagi Gerakan Tanah Air (GTA) dan bertanding atas tiket PEJUANG, mengakui walaupun perlu melunaskan tanggung jawab sebagai pelakon, namun proses penamaan calon tidak boleh dianggap ringan.

“Kebetulan babak semalam adalah terakhir, jadi bolehlah saya fokus pada peristiwa hari ini yang juga penting kerana membabitkan amanah rakyat demi bangsa dan negara.

“Perasaan saya hari ini bercampur baur, ada rasa berdebar namun masa sama teruja.Tetapi saya tidak mahulah terlalu teruja. 

“Saya melihat langkah pertama ini (penamaan calon) sebagai satu tanggung jawab untuk saya membawa amanah rakyat ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Eizlan Yusof akan berdepan dengan saingan empat penjuru pada PRU-15 ini.
Eizlan Yusof akan berdepan dengan saingan empat penjuru pada PRU-15 ini.

Beliau berharap masyarakat di Parlimen Sabak Bernam dapat memberi peluang kepada beliau menjalankan tugas.

Eizlan tiba di Pusat Penamaan Calon untuk Parlimen Sabak Bernam tepat jam 8.30 pagi, dilihat ceria diiringi isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville, rakan-rakan dan penyokong.

Kertas pencalonan beliau diserahkan pada jam 9.05 pagi.

Eizlan menghadapi saingan empat penjuru dari Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH). – Getaran, 5 November 2022 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Saya Tak Kata Siasatan Dihentikan, Digugur, SPRM Berhak… ‘ - Azalina

2

Politik 3 tahun yang lalu

Maklumat Terlalu Umum, SPRM Dapati Tiada Bukti PN Terima Dana Syarikat Judi

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cukup Bermain Politik, Utamakan Hal Rakyat Berbanding Kepentingan Peribadi

4

Politik 3 tahun yang lalu

Saya Amat Yakin Kerajaan Perpaduan Akan Kekal Hingga Penggal Berakhir – PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari