Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menjelajahi New Delhi

Banyak yang boleh diterokai di New Delhi, India. Ada pelbagai tarikan baru dan lama serta pengalaman membeli-belah di sana memang berbeza!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 9:38AM

Gambar: Annie Spratt, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu negara India memang dikenali sebagai New Delhi yang membawa maksud ‘Delhi Baru’ jika diterjemahkan langsung dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Namun bukan kawasan baharunya yang sering menjadi tarikan tapi kawasannya yang lama.

Dengan masih banyak unsur-unsur sejarah di daerah-daerah terdahulu bandaraya ini, para pengunjung dari serata dunia pasti tertarik dengan peninggalan dulu kala yang ada. Seperti kebanyakan negara bekas jajahan British, India kaya dengan sejarah Inggeris serta bangunan prajajahan dan juga ajnas seni bina.

Sekitar kawasan Masjid Jama di New Delhi. Gambar: Aquib Akhter, Unsplash
Sekitar kawasan Masjid Jama di New Delhi. Gambar: Aquib Akhter, Unsplash

Ketibaan melalui pesawat akan membawa para pengunjung ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, yang serba moden. Namun untuk menuju ke pusat bandar para pengunjung boleh menaiki teksi atau menggunakan sistem keretapi di sana yang dikenali sebagai Airport Express Link seperti KLIA Ekspres di Malaysia.

Yang pasti India memang terkenal dengan sistem lalu lintas yang kurang teratur berbanding negara-negara lain. Bayangkan hampir sepanjang jalan, bunyi hon kereta-kereta tidak berhenti.

Namun berkat bunyi-bunyi hon kereta yang tidak putus inilah, para pemandu New Delhi dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan selamat tika berada di jalan raya.

Kadangkala ada kereta yang terlalu dekat dengan kereta sebelah dan lebih mengejutkan lagi, terdapat juga kereta yang memandu dari arah bertentangan menggunakan jalur jalan yang sama! 

Namun New Delhi mempunyai sistem MRTnya sendiri seperti kita di Malaysia. Jadi para pengunjung boleh bergerak dengan mudah menggunakan MRT New Delhi.

Jika memulakan penjelajahan di daerah Gurgaon para pengunjung boleh mengalami persembahan muzikal hebat ‘Kingdom of Dreams’, sebuah taman persembahan hiburan ikonik yang mementaskan acara teater muzikal bertaraf Bollywood secara langsung.

Gambar: Laman web thrillophilia.com
Gambar: Laman web thrillophilia.com

Sekali imbas konsep seni reka lanskap dan dalamannya sangat mirip dengan dua buah tempat popular iaitu Sunway Lagoon dan pusat membeli-belah The Venitian di Macau.

Bahagian luar bangunan kawasannya terdapat ukiran-ukiran serta patung-patung menarik seperti di Sunway Lagoon manakala bahagian dalam bangunan terdapat tempat makan serta siling ‘langit’ persis siling langit di The Venitian Macau.

Ia kelihatan seakan-akan langit sebenar dengan hiasan awan putih, namun sebenarnya ia hanyalah bumbung bangunan yang dihias.

Namun yang paling penting adalah kualiti pementasan teater muzikal tersebut. Ia sangat disyorkan buat semua yang meminati teater muzikal. Malah pementasan yang dianjurkan benar-benar bertaraf antarabangsa seperti di Broadway dan West End dengan menggunakan teknologi terkini untuk menghiburkan para penonton.

Gambar: Laman web thrillophilia.com
Gambar: Laman web thrillophilia.com

Untuk menjamu selera pula India mempunyai ajnas pilihan makanan. Apatah lagi penduduknya sangat menitikberatkan soal penyediaan makanan kerana jumlah penduduk beragama Islam dan Hindu yang ramai.

Jadi buat yang Muslim, tidak perlu risau. Terdapat banyak restoran halal serta pilihan alternatif lain dalam bentuk makanan berteraskan sayuran atau vegetarian

Ini kerana sejumlah besar penganut agama Hindu, Sikh serta Buddha dan beberapa agama lain di India yang sama sekali tidak makan daging.

Oleh itu, kebanyakan restoran mereka menyediakan tempat masak khas untuk makanan berteraskan sayuran supaya tidak bercampur dengan apa-apa unsur daging. Sebab itu juga, kesemua restoran makanan segera di India mempunyai pilihan menu unik berteraskan sayuran yang tidak terdapat di negara lain!

New Delhi juga merupakan kota terbesar dan terdekat dengan salah satu keajaiban dunia iaitu makam Taj Mahal. Untuk ke sana, pengunjung harus keluar dari daerah New Delhi dan menuju ke kota Agra. 

Dari New Delhi para pelawat boleh menyewa perkhidmatan kereta dan pemandu pelancong buat ke Agra, perjalanan menaiki kereta dari awal pagi biasanya memakan masa sekitar dua jam dan diselangi kabus pagi gara-gara cuaca yang masih sejuk.

Gambar: Sanin SN, Unsplash
Gambar: Sanin SN, Unsplash

Namun penantian itu benar-benar berbaloi kerana kala berada di hadapan Taj Mahal, anda akan sedar betapa gahnya lambang cinta Shah Jahan yang membina makam itu untuk isteri ketiganya Mumtaz Mahal.

Ia benar-benar satu gedung yang agung dan sukar untuk dibayangkan bagaimana sesuatu sehebat itu dapat dibangunkan pada zaman sebelum wujudnya teknologi pembangunan yang canggih seperti sekarang.

Untuk memasuki Taj Mahal anda akan diberikan kantung kecil untuk memasukkan kasut yang anda pakai. Ini kerana pelawat tidak boleh memakai kasut di dalam bangunan tersebut demi menjaga kebersihannya.

Untuk meneruskan penjelajahan di New Delhi terdapat banyak pengangkutan alternatif yang mudah seperti Tuk Tuk di Thailand dan negara Asia Selatan yang lain. 

Kenderaan alternatif di New Delhi. Mirip bajai Indonesia dan tuk tuk Thailand
Kenderaan alternatif di New Delhi. Mirip bajai Indonesia dan tuk tuk Thailand

Ini sesuai untuk membeli-belah di kawasan pusat perniagaan dan perdagangan utama New Delhi yang dikenali dengan singkatan CP atau Connaught Place. Ia dahulunya merupakan ibu pejabat kerajaan British yang dibina pada tahun 1929 dalam bentuk bulatan.

Kawasan Connaught Place
Kawasan Connaught Place

Kawasan bulatan dalam dinamakan semula sebagai Rajiv Chowk (mengikut nama Perdana Menteri India yang lama Rajiv Gandhi yang juga nama stesen MRT di situ) manakala kawasan bulatan dalaman dinamakan Indira Chowk.

Ia merupakan kawasan membeli-belah popular golongan kelas pertengahan di New Delhi. Terdapat aneka butik berjenama tempatan dan antarabangsa di situ untuk pilihan para pengunjung selain aneka restoran, bar dan kafe untuk menjamu selera dan bersantai. Kaki limanya dipenuhi penjaja jalanan yang menjual majalah, kraftangan serta makanan ringan.  

Setelah puas berbelanja di situ anda turut disarankan ke Chandni Chowk, empat stesen dari Rajiv Chowk buat membeli kain dan pakaian tradisional India. Ini kerana kain-kainnya sangat cantik dan dijual dengan murah sekali. Malah anda juga boleh tawar-menawar untuk mendapatkan harga terbaik.

Sekitar Chandni Chowk
Sekitar Chandni Chowk

Chandni Chowk penuh dengan seribu satu warna dengan adanya lorong-lorong kecil, lopak-lopak becak serta ratusan kedai dan pejabat kecil. Pelbagai cenderahati dapat dibeli di situ namun pengunjung dinasihatkan untuk berhati-hati kala berada di sini kerana tahap kebersihannya kurang memuaskan serta berbeza dengan Malaysia.

Jadi kami nasihatkan anda untuk melihat tempat dan tujuan. Selain kereta dan tuk tuk ada juga kereta lembu yang digunakan di tengah jalan!

Di samping membeli-belah, satu lagi tempat menarik untuk dilawati adalah kawasan Central Secretariat, di mana terletaknya pusat administrasi India.

Seperti Putrajaya, kawasannya besar dan menarik. Dengan seni bina kolonial dan taman-taman yang indah nan rimbun, bangunan di situ mirip bangunan-bangunan Eropah. Bisa jadi anda akan berasa seperti berada di Eropah waktu mengambil gambar di situ.

Di sini jugalah tersergamnya India Gate. Ia merupakan sebuah tugu peringatan yang direka oleh Sir Edwin Lutyens untuk mengenang 70 ribu askar India yang terkorban kala berjuang untuk tentera British pada Perang Dunia Pertama.

Hari ini, ia merupakan sebuah tumpuan pelancong yang sangat popular dan dikunjungi oleh pelawat dari setiap pelosok dunia!

Dengan jumlah populasi ketiga terbanyak di dunia, India adalah satu negara yang padat dan New Delhi benar-benar merupakan jendela kecil untuk orang luar mengenalinya dengan lebih baik. Biarpun ibu negara India ini masih banyak ruang untuk kemajuan, ia kaya dengan budaya dan pelbagai tempat-tempat menarik. - Getaran, 18 April 2021

Semua gambar: Shah Shamshiri, kecuali tertera

Isu Pada

Hamparan Doa Kilafairy

17 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Semasa 2 minggu yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Pelancong Sepanyol Diperkosa 7 Lelaki, Suami Turut Dibelasah

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera