Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2022 7:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hellhole (Netflix)

Sekali-sekala menonton filem seram bukan terbitan Hollywood atau Thailand dan Korea Selatan boleh bukan? Hellhole adalah sebuah filem dari Poland. 

Berlatarbelakangkan sebuah biara di kampung kecil pada tahun 80-an, filem ini tidak ‘serabut’ dan mempunyai jalan cerita yang sangat mudah. 

Seorang anggota polis telah dihantar menjadi seorang paderi ‘undercover’ di sebuah biara misteri selepas pihak polis menerima banyak laporan wanita hilang di kampung lokasi biara itu.

Awalnya kelihatan seperti stereotaip filem seram– suasana suram, biara tiada telefon dan bekalan elektrik, paderi diberi makan ‘bubur’ aneh dan ada lolongan manusia dirasuk. 

Tetapi selepas itu, perlahan-lahan misteri biara ini terungkap dan berhujung dengan satu penutup cerita yang sangat memuaskan hati. Adakah filem ini seperti The Exorcism of Emily Rose dan filem-filem sepertinya?

Sama sekali tidak. Tontonlah sendiri untuk mengetahui kisah sebenar biara misteri ini. - Ili Farhana


The Takeover

Filem ini menemui pelanggan Netflix October lalu dan sehingga kini tidak banyak ulasan atau kritikan yang dikongsi secara dalam talian. Mungkin jalan ceritanya sudah boleh dijangka kerana tidak elemen kejutan atau plot twist. 

Filem berdurasi satu jam 27 minit ini mengisahkan tentang konspirasi pembunuhan selepas seorang penggodam beretika berjaya menghalang cubaan penjenayah untuk mencuri maklumat peribadi yang boleh menggugat keselamatan negara (Belanda).

Saksikan bagaimana penggodam ini berusaha untuk melepaskan diri daripada tuduhan membunuh dan bagaimana dia terpaksa mendapatkan pertolongan daripada ‘mentor’ yang bertanggungjawab membawanya ke dunia penggodam beretika. 

Mungkin ada tertanya-tanya, mengapa Getaran mencadangkan filem yang tidak menjadi bualan ramai ini, jawapannya mudah. Untuk mengisi masa di hujung minggu dengan santai. Lupakan cerita atau kisah yang memerlukan konsentrasi kerana kenyataannya ia agak memenatkan otak. Cukuplah lima hari memeraskan otak dengan lambakan kerja di pejabat. – Rahayu MN 

The Ghost 

‘The Ghost’ adalah  sebuah filem aksi thriller berbahasa Telegu arahan pengarah, Praveen Sattaru dan dibintangi oleh King Nagarjuna, Sonal, Anikha Surendran, Ravi Varma, Gul Panag, Manish Chaudhari, Bilal Hossein.

Ia menceritakan tentang seorang bekas pegawai Interpol Vikram (Nagarjuna) yang mempunyai isu mengawal kemarahan, gagal dalam misi menyelamat terakhirnya yang mengorbankan nyawa seorang kanak-kanak lelaki di Dubai.

Memilih untuk bersara selepas kegagalan misi terakhir itu, Vikram bermula hidup ‘senyap’ beberapa tahun susulan kisah silam yang menghantuinya.

Namun, beberapa tahun kemudian, Vikram menerima satu panggilan daripada adik perempuanya Berta Anu (Gul Panag) yang meminta pertolongannya untuk memastikan dia dan anak perempuannya Aditi (Anikha Surendran) selamat. 

Pelbagai cabaran dan dugaan yang dialami Vikram ketika menyelamatkan keluarganya, dan banyak misteri turut terungkai berkenaan kegagalan misi terakhir yang membunuh seorang kanak-kanak lelaki.

Mampukah Vikram menyelamatkan keluarganya? Siapakah pula membalas dendam terhadap keluarganya? Apakah yang sebenarnya berlaku ketika misi terkahir agen Vikram yang ‘gagal’ di Dubai itu? Sama-sama kita saksikan di Netflix! – Rubini Nagarajah.

Death Race

Sebuah filem aksi thriller dystopian berkisahkan perlumbaan haram yang diwujudkan dan disertai oleh banduan di penjara swasta berikutan kejatuhan ekonomi negara di Amerika Serikat.

Pelumba banduan yang diberi peluang untuk mecipta kereta lumba seperti mana yang dimahukan bagi memastikan perlumbaan menjadi brutal dan ganas sehingga melibatkan kemalangan yang membawa maut.

Seorang lelaki bernama Jensen Ames (lakonan Jason Statham) yang disabitkan bersalah atas kesalahan membunuh bersetuju untuk bersaing dalam perlumbaan yang yang berlangsung selama tiga hari selama menentang banduan lain sebagai pertukaran untuk kebebasannya.

Pelbagai aksi perlumbaan dan kemalangan yang tragis berlaku semasa kejohan tersebut berlangsung.

 Filem ini diarahkan Paul W. S. Anderson dan ditayangkan pada 2008. Kini, ia  boleh ditonton melalui saluran Netflix. -  Izwan Ramlan

Enola Holmes 2 

Jika anda ingin menonton filem misteri ini, anda perlu menonton filem pertamanya, Enola Holmes yang pernah ditayangkan di Netflix pada tahun 2020 sebelum ini. 

Diadaptasi daripada novel karya Nancy Springer dengan judul yang sama, filem yang pertama sebelum ini mengisahkan tentang pengembaraan Enola mencari ibunya, Eudoria. Enola adalah adik bongsu kepada penyiasat terkenal, Sherlock Holmes. 

Dalam pengembaraan tersebut, dia terlibat dalam sebuah misteri. Seorang orang mahu membunuh seorang lelaki muda bernama Viscount Tewkesbury mahu membolot harta keluarganya. Enola perlu menyelamatkannya. 

Kali ini, dalam Enola Holmes 2, Enola cuba membuka agensi penyiasatannya sendiri tetapi ramai beranggapan kes terdahulu telah diselesaikan abangnya, Sherlock. 

Kerana itu, dia gagal mendapat pelanggan untuk mengupahnya untuk menyelesaikan kerja-keja penyiasatan. Sehinggalah, dia didatangi seorang gadis muda bernama Bess yang meminta bantuannya mencari kakaknya, Sarah Chapman (bukan kakak kandung) yang tiba-tiba sahaja hilang. 

Bess percaya Sarah tidak melarikan diri, sebaliknya dia berdepan dengan bahaya. Enola teruja dan terus bersetuju untuk menyiasat kes itu. 

Seperti mana pengembaraan terdahulu, Enola turut berdepan dengan situasi yang tidak dijangka dan menggunakan petunjuk untuk menyelesaikan kes tersebut. 

Filem yang ditayangkan di Netflix ini sekali lagi mengekalkan pengarah yang sama iaitu Harry Bradbeer ini dibintangi Millie Bobby Brown sebagai Enola dan Henry Cavill (Sherlock Holmes). – Ellyna Ali 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi โ€“ Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian โ€“ JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB โ€“ Pegawai Penyiasat