web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Efek CGI Memukau, Filem Seram Fantasi ‘Jagat Arwah’ Kini Di Pawagam

Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2022 8:07PM

Jagat Arwah menjengah pawagam sejak 27 Oktober lalu. - Gambar Visinema Pictures

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah filem seram ‘KKN Di Desa Penari’ naik takhta menjadi filem terlaris sepanjang masa di negara jiran Indonesia, kini sebuah lagi filem dalam genre sama Jagat Arwah menjengah ke pawagam hasil tangan pengarah Ruben Adrian.

Jagat Arwah mengangkat tema yang sangat berbeza daripada filem seram fantasi yang lain dengan menggambarkan ‘hantu’ dalam filem ini sebagai seorang superhero.

Gambar ihsan Visinema Pictures
Gambar ihsan Visinema Pictures

Inilah yang cuba dilakukan syarikat produksi, Visinema Pictures yang cuba lari daripada konsep dan penceritaan filem seram ‘stereotype’ di mana kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis. 

Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga lakonan Ari Irham didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. 

Gambar ihsan Visinema Pictures
Gambar ihsan Visinema Pictures

Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.   

Filem dengan aliran seram fantasi ini banyak mengangkat budaya jawa yang begitu dekat dengan latar belakang pengarahnya sendiri, iaitu Ruben Adrian

Gambar ihsan Visinema Pictures
Gambar ihsan Visinema Pictures

Skripnya pula mendapat sentuhan M. Rino Sarjono bersama Ruben Adrian sendiri. 

Bukan itu sahaja, malah kekuatan naskhah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan sangat meyakinkan serta rangkaian adegan penuh mendebarkan.

Gambar ihsan Visinema Pictures
Gambar ihsan Visinema Pictures

Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan. 

Ini mampu membuat para penonton tidak hanya menikmati tayangan penuh efek yang mengujakan, tetapi turut membawa penonton seolah-olah berada di dalam filem ini. 

Kolaborasi Astro Shaw bersama penerbit Visinema Pictures membawakan naskah Jagat Arwah kepada penonton Malaysia dan telah mula ditayangkan di seluruh negara sejak 27 Oktober lalu.

Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif dan Muhammad Khan. – Getaran, 5 November 2022

Gambar ihsan Visinema Pictures
Gambar ihsan Visinema Pictures

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

05 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ