web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampai Mati Pun Saya Takkan Tinggalkan Kerjaya Lakonan Ini - Nabila Huda Mahu Berlakon Sampai Akhir Hayat 

Nabila Huda mengakui teruja apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dalam malam pertama Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya, malam semalam. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 6:09PM

Nabila Huda - Gambar dari Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon berkaliber, Nabila Huda mengakui teruja apabila dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada malam pertama Anugerah Seri Angkasa 2022 yang diadakan di Pusat Konvesyen Putrajaya, malam semalam. 

Namun, pada masa yang sama, anak kepada rocker lagenda Amy Search ini tidak dapat naik ke pentas untuk menerima tersebut kerana sedang bercuti panjang di Indonesia. 

Nabila telah lama merancang percutian tersebut selepas bekerja tidak henti-henti dalam bidang pengacaraan mahu pun lakonan. 

“Alhamdulillah, saya terlalu happy. Sebab ini adalah trofi pertama yang saya terima daripada Anugerah Seri Angkasa. Pertama kali dapat trofi ini dan juga duit belanja. 

“Rezeki bulan ini memang luar biasa. Konsert yang dianjurkan, habis dijual (tiket). Kemudian dinobatkan pula Pelakon Pembantu Wanita Terbaik,” katanya dalam sebuah reels yang dimuat naik di Instagramnya. 

Nabila meraih kemenangan tersebut menerusi telefilem berjudul Jeti arahan Janna Nick yang turut menggandingkannya dengan seniwati Fauziah Nawi. 

Jelas Nabila lagi, dia bagaimanapun tidak menyangka akan meraih kemenangan tersebut. 

“Sebab saya dicalonkan dengan mereka yang lain yang saya sayang dan hormati. Mereka adalah pelakon-pelakon yang lebih senior dan saya telah bekerja dengan mereka sejak kecil lagi. 

“Anugerah ini bukan untuk diri saya seorang sahaja tetapi untuk mereka. Saya sayangkan anda semua. Saya memang idolakan mereka daripada kecil lagi. 

“Daripada anda semua saya belajar jadi pelakon yang baik dan berdisiplin, di sinilah saya kerana anda semua,” katanya. 

Nabila turut mengucapkan terima kasih Janna Nick di atas kepercayaan yang diberikan, tenaga produksi dan kru-kru, Fauziah Nawi dan juga peminat. 

“Terima kasih kepada anda semua yang tak pernah putus-putus sokong saya dari awal. Yang melihat kerja keras saya dan merasai kejujuran saya berada di dalam industri ini. 

“Anda faham isi hati saya dan masih tetap bersama saya walau bermacam drama yang berlaku dalam diri dan kehidupan saya ini. 

“Terima kasih. Saya mahu anda tahu saya sangat mencintai profesion saya ini. Saya sayang kerjaya saya ini.  Takkan sampai saya mati pun saya akan tinggalkan kerja ini. 

“Takkan saya berhenti jadi seorang pelakon sampai bila-bila. Ia tidak akan berlaku. Saya akan terus jadi seorang pelakon dan akan sentiasa improvisasi skil lakonan saya sampai akhir hayat saya,” katanya. – Getaran, 30 Oktober 2022 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa