Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Bagaimana ‘Berurusan’ Dengan 'Fake People' ?

Berinteraksi dengan golongan ini boleh membuatkan kita tertekan, jadi perlu tahu cara yang betul untuk berurusan dengan fake people ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 4:01PM

'Fake People' ada di mana-mana, justeru anda perlu mempunyai cara yang betul untuk berdepan dengan mereka. - Gambar hiasan Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin meningkat usia, semakin kita mengenali kerenah manusia yang adakalanya tidak tercapai dek akal dan fikiran. Ada sahaja drama yang perlu dihadapi. Baik di dalam kehidupan peribadi, mahu pun dalam bidang pekerjaan. Sebab itulah, adakalanya kita berasa lelah dengan tindak-tanduk ‘makhluk’ bumi yang bernama manusia.

Cuba anda lihat rakan-rakan atau kenalan yang hadir dalam hidup anda ketika ini. Adakah semuanya okay, atau sudah terbukti yang dia sebenarnya fake atau dalam bahasa Malaysianya berpura-pura atau plastik? Jika masih belum pasti, cuba anda perhatikan sama ada mereka berkelakuan seperti ini. 

Pertama, mereka adalah seseorang yang sentiasa membuat anda rasa kurang selesa kerana tindak-tanduknya yang terlalu banyak mengumpat atau bersungguh-sungguh mencari perhatian dalam apa jua keadaan. 

Selain itu, tindakan dan kata-katanya mereka juga tidak seiringan. Suka bercakap buruk tentang seseorang yang dikenali, tetapi apabila di hadapan individu terbabit dia berlagak seperti tiada apa yang berlaku. 

Selain itu, fake people juga tidak boleh diharapkan apabila anda memerlukan sebarang pertolongan. Selalunya mereka akan menjauh terutamanya jika anda berhadapan dengan krisis terbesar dalam hidup. Bahkan, bertepuk gembira apabila mengetahui anda sedang ditimpa kesusahan. 

Berinteraksi dengan golongan ini boleh membuatkan kita tertekan. Ini kerana kehadiran mereka mengundang aura negatif dan tidak mustahil boleh menjejaskan kesihatan mental. Jadi, bagaimana cara untuk berurusan dengan fake people ini? Berikut 5 cara yang boleh anda guna pakai.

1. Tetap hormat

Walaupun mereka menjengkelkan, adalah lebih baik anda berpegang kepada idea untuk saling-menghormati. Jadilah individu yang lebih baik, walaupun orang yang anda berurusan itu  menjengkelkan.

Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang baik untuk dikatakan kepada mereka, lebih baik anda berdiam diri atau katakan tidak kepada perkara yang tidak anda sukai. Cubalah untuk kekalkan ketenangan anda sebanyak mungkin.

Bagaimanapun, jika anda mendapati dia melampaui batas, marah masih boleh menjadi pilihan jika itu yang anda benar-benar rasa tentang mereka. Beritahu mereka bahawa tindakan atau kata-kata mereka menyinggung perasaan tanpa melafazkan kata-kata yang bersifat peribadi.

2. Jaga jarak 

Biasanya ini adalah pilihan pertama apabila anda bertemu seseorang yang anda lebih suka tidak meluangkan masa dengannya. Sekiranya anda bekerja dengan mereka, cuba kekalkan jarak antara anda berdua. Mungkin boleh elakkan keluar makan tengahari bersama atau menonton wayang selepas waktu pejabat.

Atau jika anda kebetulan menghadiri parti di mana mereka juga telah dijemput, anda tidak diwajibkan untuk berinteraksi dengan mereka. Jauhkan diri dan jangan terlibat dengan mereka.

Anda juga boleh mengehadkan interaksi sosial dengan meredamkan profil mereka di media sosial supaya dia tidak boleh mengintai sisi kehidupan peribadi anda. Atau lebih tepat lagi, anda tidak ingin mengetahui tentang kehidupan palsu mereka di media sosial.

Jika anda benar-benar tidak mahu punya hubungan dengan mereka, sekat sahaja mereka. Tiada salahnya. 

3. Kurangkan bercerita tentang kehidupan anda

Jangan bercerita mengenai perkara peribadi kepada orang lain. - Gambar hiasan Pexels
Jangan bercerita mengenai perkara peribadi kepada orang lain. - Gambar hiasan Pexels

Memandangkan anda mempunyai rangkaian rakan-rakan yang sama, besar kemungkinan anda tidak boleh melarikan diri daripada fake people ini 100%. Jadi bagaimana cara untuk menghadapi situasi ini? Cuba hadkan apa yang anda katakan.

Anda tidak perlu berkongsi semua butiran tentang bagaimana hujung minggu anda jika mereka bertanya mengenainya; ulasan umum sudah memadai. Tapis atau tahan maklumat kehidupan peribadi anda adalah cara lain untuk menjarakkan diri antara anda dan mereka.

4. Bertemu orang / rakan baru

Kata-kata daripada rakan rapat, keluarga, malah saudara mungkin memberi anda beberapa perspektif tentang rakan anda dan perkara yang betul untuk dilakukan. - Gambar hiasan Pexels
Kata-kata daripada rakan rapat, keluarga, malah saudara mungkin memberi anda beberapa perspektif tentang rakan anda dan perkara yang betul untuk dilakukan. - Gambar hiasan Pexels

Dunia ini cukup besar, jadi mengapa biarkan diri anda dikelilingi oleh fake people? Mungkin kelihatan menakutkan untuk membina persahabatan dan hubungan baharu tetapi ia jauh lebih baik daripada punya hubungan dengan individu yang toksik dan negatif dalam hidup anda. 

Tetap optimis dan dan sematkan dalam fikiran yang hidup anda akan berubah lebih baik dan boleh melupakan kawan palsu itu. Bahkan, anda akan mempunyai lebih ramai lagi kawan baharu yang lebih baik dan boleh dipercayai.

5. Minta nasihat

Jika anda tidak pasti cara untuk berurusan dengan golongan ini, anda boleh minta nasihat. Kata-kata daripada rakan rapat, keluarga, malah saudara mungkin memberi anda beberapa perspektif tentang rakan anda dan perkara yang betul untuk dilakukan.

Jika ia menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan mental, jangan malu mendapatkan nasihat profesional untuk menangani emosi anda yang terjejas. Ingat, kesihatan mental adalah sama penting dengan kesihatan fizikal. 

Moga perkongsian ini boleh membantu anda berhadapan dengan individu menjengkelkan ini dengan jaya dan akhirnya punya kekuatan untuk terus melupakan mereka. - Getaran, 30 Oktober 2022

Rujukan : https://inspiringtips.com/

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok