Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Inginkan Sebuah Percutian Yang Hebat Dan Luar Biasa, 5 Tempat Di Afrika Ini, Wajib Anda Lawati 

Dari pertemuan jarak dekat dengan kucing besar, menunggang kuda tanpa pelana air masin dan menikmati pemandangan matahari terbenam Afrika, senarai ini akan membuatkan anda ingin merancang pengembaraan hebat anda yang seterusnya.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2022 2:13PM

Pelbagai jenis percutian menarik tersedia untuk anda lawati di Afrika. - Gambar ihsan andBeyond

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sektor pelancongan kini kembali rancak! Dengan pembukaan sempadan antarabangsa, rakyat Malaysia yang menggemari aktiviti melancong akhirnya dapat bercuti ke luar negara.

Mungkin ada di antara kita yang tidak mempunyai idea di manakah lokasi paling menarik dan yang terbaik untuk dilawati bersama insan tersayang. Apabila sempadan dibuka semula, pengembara tidak menunggu lagi untuk menandakan destinasi impian mereka! 

Justeru, andBeyond iaitu sebuah syarikat yang memenangi anugerah dalam pelancongan telah memilih beberapa pengalaman luar biasa di destinasi unik untuk percutian pengembaraan.

Bermula dengan pertemuan jarak dekat bersama kucing besar, menunggang kuda tanpa pelana air masin dan menikmati pemandangan matahari terbenam Afrika, senarai ini akan membuatkan anda ingin merancang pengembaraan anda yang seterusnya.

1. Pulau Benguerra, Mozambique

Pulau Benguerra terkenal dengan pasir putih dan pantai yang menarik.
Pulau Benguerra terkenal dengan pasir putih dan pantai yang menarik.

Dikenali sebagai syurga Lautan Hindi, Benguerra adalah sebuah destinasi percutian pulau yang mewah. Ia mempunyai terumbu karang dengan hidupan marin, pantai yang indah, pasir putih, tasik air tawar dan bukit pasir yang menjulang tinggi.

Pulau ini terletak di kawasan lagun yang dilindungi di perairan Mozambique dan merupakan sebahagian daripada kawasan Taman Negara Kepulauan Bazaruto.

Rasai pengalaman mengharungi perairan biru dengan menunggang kuda, menikmati set perkelahan di tebing pasir di salah satu tapak paling terpencil di Kepulauan Bazaruto, menaiki dhow tradisional untuk melihat matahari terbenam ketika dalam pelayaran atau hanya berjemur di bawah sinar matahari di tengah-tengah pasir. Ia pasti suatu pengalaman yang mahal! 

2. Phinda Mountain Lodge, Afrika Selatan

Phinda Mountain Lodge sesuai untuk menikmati percutian safari dan menyaksikan hidupan liar.
Phinda Mountain Lodge sesuai untuk menikmati percutian safari dan menyaksikan hidupan liar.

Salah satu tempat terbaik untuk safari keluarga ialah Phinda Mountain Lodge di KwaZulu-Natal, Afrika Selatan. Anda boleh bertenggek di puncak gunung dan menikmati pemandangan kaki Bukit Lebombo yang menghijau. 

Bersama tiga kotej, Suite Keluarga dan program WILDChild yang menyeronokkan serta aktiviti penuh intetraktif, ia peluang yang sangat menarik, bagi meninggalkan kenangan berharga di belukar Afrika.

Seisi keluarga boleh meneroka pengalaman sekali seumur hidup ini seperti: ‘Sleepout under the Stars’.

3. Grumeti Serengeti River Lodge, Tanzania 

Taman Negara Serengeti
Taman Negara Serengeti

Di Taman Negara Serengeti, Grumeti River Lodge dikelilingi dengan persekitaran menarik, yang sebahagiannya dilatari padang rumput yang sangat luas. 

Dataran megah di kuadran barat berbeza dengan keindahan kawasan subur di lembah Sungai Grumeti. Syurga bagi jurugambar iaitu matahari terbit dan terbenam dapat disaksikan di sini. Ia sangat legendaris. 

Peminat hidupan liar pada dasarnya boleh menginap di Serengeti peribadi mereka sendiri di kawasan taman ini, yang terkenal dengan singa besarnya yang terdiri daripada 20 hingga 60 ekor singa, hyena serta monyet colobus khas hitam-putih. 

4. Lake Manyara Lodge di Tanzania

Taman Tasik Manyara
Taman Tasik Manyara

Bagi peminat alam sekitar yang inginkan suasana kehijauan, anda boleh menghubungkan diri anda dengan alam semula jadi di dalam hutan mahogani yang bersejarah. 

Anda akan menginap di ‘suite rumah pokok’ yang indah iaitu tempat yang sesuai untuk anda mengembara mencari mencari 'singa memanjat pokok' yang terkenal di Taman Negara Tasik Manyara. 

Setiap rumah pokok menawarkan pemandangan persekitaran hutan. Anda boleh mengalami kehangatan cahaya matahari terbenam dengan warna keemasan dan amati flamingo dalam warna merah jambu.

5. Tengile River Lodge, Afrika Selatan

Tengile River Lodge
Tengile River Lodge

Selepas kebanyakan majlis perkahwinan dan bulan madu terpaksa ditangguhkan ketika musim pandemik COVID-19, kini tiba masanya untuk anda menempah percutian romantis dengan pasangan anda.

Kombinasi percintaan dalam pengembaraan kemewahan adalah percutian terbaik untuk pasangan anda yang istimewa.

Untuk tujuan itu, Tengile River Lodge di Afrika Selatan yang mempunyai sembilan suite besar, berhawa dingin, terpencil, dikelilingi belukar dan setiap satunya dilengkapi dengan pemandangan panorama sungai. 

Dilengkapi kolam peribadi, ia lengkap dengan outdoor lounge yang menghadap ke Sand River yang terkenal. 

Susun atur rumah persinggahan ini membolehkan anda menikmati pemandangan sungai yang menakjubkan dari setiap aspek. Dengan menggunakan teropong, anda boleh menyaksikan banyak hidupan liar termasuk sekumpulan gajah berkumpul di dasar sungai. - Getaran, 30 Oktober 2022.

 Rujukan dari andBeyond 

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok