web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sarapan Bagaikan Raja Dengan Hidangan Memikat Selera di Burnin Pit

Burnin’ Pit memperkenalkan hidangan sarapan pagi terbaru mereka, yang boleh didapati dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap hujung minggu.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 6:00PM

Pilihan hidangan sarapan pagi di Burnin' Pit - Gambar Burnin' Pit

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nasi lemak, mi goreng, roti canai, teh tarik dan kopi ‘o’ merupakan sarapan pagi yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Namun, sesekali ingin juga mengubah selera kepada menu berbeza bagi menggembirakan hati. Jika punya masa, apa kata singgah ke lokasi selera yang terletak di Desa Sri Hartamas ini.

Jika anda pernah singgah ke sini, pasti anda tahu bagaimana enak dan berjus daging salai yang dipersembahkan di atas meja. Mengetengahkan konsep barbeku gaya Texas, Burnin’ Pit  mempunyai resipi perapan yang sempurna.

Dagingnya empuk sehingga mencair di dalam mulut. Pencinta daging pasti tidak boleh melupakan brisket daging lembu atau rusuk daging lembu mereka.

Set platter dengan tortilla. - Gambar Burnin' Pit
Set platter dengan tortilla. - Gambar Burnin' Pit

Baru-baru ini, Burnin’ Pit memperkenalkan hidangan sarapan pagi terbaru mereka, yang boleh didapati dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari pada setiap hujung minggu yang terdiri daripada set platter, tacos dan sandwic. Setiap satunya merupakan kombinasi daging dan sayur-sayuran yang lazat. 

Untuk set platter, terdapat dua pilihan yang boleh dipesan. Jika ingin bersarapan bagaikan raja, pilihlah set besar. Jika anda bukan yang bernafsu besar, boleh pilih set kecil yang ‘perfect’ untuk seorang. 

Set platter sarapan pagi. - Gambar Burnin' Pit
Set platter sarapan pagi. - Gambar Burnin' Pit

Set platter adalah sarapan pagi ala Amerika yang memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan telur hancur atau telur mata kerbau bersama-sama dengan daging pilihan. Ada ayam, brisket daging lembu dan juga kambing yang menjanjikan letusan rasa mempesona. 

Untuk melengkapkan hidangan, boleh roti bakar sandwic atau tortilla sebagai sumber karbohidrat. Tidak ketinggalan, beberapa pilihan sos turut dihidangkan bersama meningkatkan rasa dan pengalaman kulinari yang menggembirakan. 

Set tacos grilled chicken. - Gambar Burnin' Pit
Set tacos grilled chicken. - Gambar Burnin' Pit

Jika anda peminat tacos, ada empat pilihan yang tersedia iaitu smoked lamb, cured salmon, smoked chicken dan Birria. Sementara untuk pilihan sandwic, hanya ada dua pilihan iaitu grilled cheese yang boleh ditambah dengan brisket daging atau kambing dan satu lagi pilihan sandwic ialah untuk mereka yang tidak makan daging iaitu mushroom avokado.

Menu sarapan ini mungkin kedengaran sangat terhad, tetapi percayalah ia tidak menghampakan. Lebih-lebih lagi jika anda datang bersama rakan-rakan dan ahli keluarga yang ramai. Boleh berkongsi serba-sedikit dengan memesan hidangan yang berbeza. Boleh makan sepuas-puasnya sambil menghirup secawan minuman panas atau segelas minuman sejuk menyegarkan.

Untuk maklumat lanjut tentang Burnin’ Pit, anda boleh melayari laman web mereka di burninpit.wixsite.com/burninpit . - Getaran, 29 Oktober 2022 

Menu sarapan pagi di Burnin' Pit - Gambar Burnin' Pit
Menu sarapan pagi di Burnin' Pit - Gambar Burnin' Pit

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

6 Cara Kurangkan Gula Dalam Diet 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Rumah Asap, Lebih 850,000 Ekar Kawasan Musnah

3

TARA 3 tahun yang lalu

Raikan Hari Gawai Dengan Hidangan Ikonik Dari Sarawak

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bazar Ramadan Rahmah Tawar Pelbagai Juadah Bawah RM5

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh