web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kangana Ranaut Gembira Elon Musk Ambil Alih Twitter, Mungkin Berharap Dapat Semula Akaunnya Yang Digantung? 

Menurut laporan Bollylife.com, Kangana Ranaut telah mengulas tajuk utama Vanity Fair yang berbunyi:'Bersiap sedia untuk Elon Musk mengubah Twitter”. 

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 5:00PM

Kangana Ranaut - Gambar Instagram Kangana Ranaut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktres Bollywood, Kangana Ranaut adalah orang yang paling gembira apabila usahawan kaya raya, Elon Musk telah mengambil-alih Twitter. 

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu telah mengambil alih platform media sosial Twitter sebanyak AS$44 bilion (RM207,608,000,000 bilion). 

Elon mempunyai perancangannya sendiri untuk mengambil alih Twitter iaitu untuk membantu demi kemanusiaan. 

Elon Musk - Gambar AFP
Elon Musk - Gambar AFP

Sejurus selepas penyertaannya, dia telah memecat Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Parag Agrawal, Ketua Pegawai Kewangan, Ned Segal dan Ketia Hal Ehwal Undang-Undang dan Dasar, Vijaya Gadde. 

Elon mendakwa bahawa mereka telah mengelirukan pelabur tentang jumlah akaun palsu di platform media sosial tersebut. Elon memang dikenali dengan pendapat yang penuh kontroversi tentang banyak perkara. Terbarhau adalah pendapat beliau mengenai kelancangan Kanye West.

Menurut laporan Bollylife.com, Kangana Ranaut telah mengulas tajuk utama Vanity Fair yang berbunyi: 'Bersiap sedia untuk Elon Musk mengubah Twitter”. 

Kangana Ranaut - Gambar Instagram Kangana Ranaut
Kangana Ranaut - Gambar Instagram Kangana Ranaut

Kangana juga berpendapat akan ada yang tidak berpuas hati dengan Elon Musk dan mereka ini telah pun memulakan 'kempen benci' terhadap usahawan yang berpengaruh tersebut. 

Elon sendiri telah berkongsi beberapa video termasuk saat dia memasuki ibu pejabat Twitter. Dia memberitahu bahawa dia akan mengehadkan penapisan tetapi menyebarkan kebencian tidak dibenarkan. 

Salah seorang peminat Kangana telah meminta Elon untuk untuk mengembalikan akaun Twitter milik aktres tersebut. 

Seperti yang kita tahu, akaun Twitter Kangana sebelum ini telah digantung secara kekal. Beberapa kenyataan kontroversi yang dibuat Kangana di media sosial tersebut sebelum ini adalah antara penyebabnya. 

Kangana khabarnya gembira dengan usaha yang dilakukan peminatnya itu dan tentunya berharap akan mendapat semula akaun Twitternya itu. – Getaran, 29 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Berita Elon Musk Cipta Robot Wife Satu Penipuan, Namun Adakah Ia Mustahil

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Sahkan Bertemu Elon Musk Esok

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Saingan Baharu Twitter, Threads Melepasi 10 Juta Pengguna, Kata Zuckerberg

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Twitter Kehilangan 80 Peratus Tenaga Kerja

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa