web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


“Selera Muzik Orang Malaysia Luar Biasa,” Padi Rai Konsert 25 Tahun Sebagai Hadiah

Sewaktu mengadakan konsert di Malaysia sebelum ini, mereka pernah diminta menyanyikan lagu ‘Hitam’ yang dianggap rare.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2022 2:00PM

Kali terakhir Padi Reborn beraksi di Malaysia ialah pada 2018. - Gambar fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan popular Indonesia, Padi Reborn bakal mengadakan konsert istimewa bagi meraikan usia 25 tahun kumpulan itu di dalam dunia seni suara.

Bertempat di Zepp Kuala Lumpur pada 3 Disember hadapan, Padi menganggap konsert yang bakal berlangsung itu nanti merupakan antara konsert yang paling istimewa bagi memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia yang menyokong perjalanan karier seni mereka selama ini. 

“Sepanjang 25 tahun berkarier, Sobat Padi di Malaysia selalu menyokong kami. Kita pernah berehat sekejap kemudian kembali semula. 

“Di setiap detik itu kami masih dapat sokongan peminat di Malaysia. Jadi konsertnya akan jadi istimewa dalam karier kami,” kata vokalis, Fadly mewakili Padi semasa ditemui di majlis sidang media dalam talian bersama kumpulan itu baru-baru ini.

Selain Fadly, Padi turut menampilkan ahlinya yang lain Ari (gitar), Rindra (bass) dan Yoyo (dram). Mereka bakal bersatu kembali di atas pentas bagi mengulang kehangatan konsert Padi di Malaysia pada tahun 2018 yang lalu.

“Di konsert yang lepas ketika kami telah  menyanyikan semua lagu-lagu kami. Peminat Malaysia sempat meminta kami menyanyikan lagu 'Hitam'. Selalunya orang akan minta kami nyanyikan lagu hit seperti 'Menanti Sebuah Jawaban'. 

“Jadi bila disuruh nyanyi lagu Hitam, kami terkejut. Jadi kami ingin mengulang semula semangat penonton yang ditunjukkan Sobat Padi,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Padi sempat berehat daripada karier nyanyian selama tujuh tahun kerana berlaku perselisihan faham antara ahli. Namun begitu, mereka kembali bersatu dan ‘reborn’ setelah menyedari mereka saling memerlukan antara satu sama lain.

Sebelum menggunakan nama Padi Reborn, lima karyawan seni ini memulakan langkah awal dalam dunia hiburan dengan nama Padi pada sekitar tahun 1997.

Dengan pelbagai anugerah yang telah dimenangi, perjalanan panjang 25 tahun yang direntasi, Konsert 25 Tahun Padi adalah sesuatu yang tidak wajar ditunda atau ditinggalkan.

Tiket-tiket dengan harga RM199 (CAT 1), RM169 (CAT 2), RM339 (CAT 3), RM269 (CAT 4) dan RM6,000 (VIP) akan mulai dijual mulai jam 11 pagi, 28 September 2022 di www.ticket2u.com.my. - Getaran, 29 Oktober 2022

Isu Pada

Azira Shafinaz: Kenapa 2022 Adalah Tahunnya

29 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa