web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Koleksi Barang Kemas Seed (PODS), Cetusan Inspirasi Daripada Bunga Liar Putaran Musim

Koleksi kontemporari dan ultra-moden 12 jenis barang kemas ini merangkumi cincin, anting-anting serta kerongsang yang diperbuat dengan tangan lalu disalut dengan emas 24 karat.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2022 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Barang kemas dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Namun, memilih barang kemas yang berkenan di hati bukanlah suatu pilihan yang mudah kerana setiap wanita punya citarasa dan ekspektasi yang berbeza.

Tapi, bagaimana pula kalau barangan kemas itu adalah cetusan inspirasi daripada putaran musim?

Percayalah, ia memang mampu direalisasikan! Buktinya, Nelissa Hilman dan WASIS Studio telah pun meraikan pelancaran koleksi barang kemas dinamakan SEED(PODS).

Dipengaruhi dengan perubahan musim, inspirasi koleksi ini diambil dari biji-biji tumbuhan seperti ros, labu dan bunga-bunga liar.

Selain itu, koleksi ini juga mengeksplorasi idea proses pembaharuan, terutamanya buat jenama Nelissa Hilman yang tatkala ini sedang menjalani proses pengembaraan kreatif yang baharu.

Koleksi kontemporari dan ultra-moden 12 jenis barang kemas ini merangkumi cincin, anting-anting serta kerongsang yang diperbuat dengan tangan lalu disalut dengan emas 24 karat.

Seiring dengan komitmen terhadap usaha ‘sustainability’ atau kelestarian, koleksi ini direka menggunakan kepingan tembaga yang dahulunya merupakan papan tanda pertama buat cawangan Nelissa Hilman sebelum penjenamaan semula sempena ulang tahun ke-10 jenama tersebut pada tahun ini.

Untuk melengkapkan lagi pengalaman visual para pelanggan Nelissa Hilman, koleksi ini juga dipersembahkan bersama sebuah instalasi visual yang direka khas oleh Flé Kuala Lumpur, selain pertunjukan secara langsung mengenai proses-proses pembuatan barang kemas tersebut oleh pereka dan pengasas WASIS Studio, Sakinah Hassan.

Dipersembahkan buat kali pertama pada acara Kuala Lumpur Fashion Week bulan Ogos lepas, koleksi barang kemas ini berharga diantara RM380 sehingga RM600.

Setiap item barang kemas hanya akan dibuat mengikut tempahan dan dihantar dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu.

Keseluruhan koleksi SEED(PODS) ini boleh dilihat melalui laman sesawang Nelissa Hilman dan cawangan fizikal sulung Nelissa Hilman di Bangsar Village II, Kuala Lumpur. - Getaran, 16 Oktober 2022

Isu Pada

I’m Ready To Romance - Theebaan G

15 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Tahan Seorang Suspek Samun Barang Kemas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

4 Ditahan, Sindiket Jual Barang Kemas Tak Wujud Tumpas

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh