web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Ditahan, Sindiket Jual Barang Kemas Tak Wujud Tumpas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 11:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket jual beli barang kemas melalui dalam talian yang menjadikan promosi di aplikasi Telegram dan Instagram untuk memancing mangsa, tumpas akhirnya.

Sindiket yang mula aktif sejak pertengahan tahun lalu itu tumpas susulan beberapa serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di sekitar ibu negara dan Selangor, Selasa lalu.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, empat individu berusia antara 26 hingga 45 tahun ditahan dalam operasi tersebut.

Menurut beliau, kesemua suspek terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita, termasuk seorang pemastautin tetap.

“Sindiket ini mewujudkan kumpulan (group) melalui aplikasi Telegram dan Instagram bagi mengiklankan barang kemas dan seterusnya mencari mangsa.

“Mangsa yang berminat dengan barang kemas diiklankan akan dihubungi ahli sindiket dan diarahkan membuat pembayaran ke akaun tertentu, namun mereka tidak akan menerima barangan tersebut setelah transaksi dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata, antara kumpulan aplikasi Telegram yang dikenal pasti digunakan suspek adalah Emas Harga Lelong, Kedai Emas Merchant Lelong, Kedai Emas Harga Lelong, Kedai Emas Mira Gold, Kedai Lelong Emas Rozita 916, Kedai Emas Harga Lelong Shah Alam, Emas Murah Taufik dan Kedai Emas Zakaria.

Menurutnya, promosi di Instagram pula dilakukan menerusi akaun Kedai Emas Lelong Maya 916, Emas Lelong Anuar, Kedai Emas Lelong 916, Emas Murah Sangat dan Emas Rozita Ipoh.

“Semua individu ditahan disyaki berperanan sebagai dalang utama dan pemilik keldai akaun yang digunakan dalam kegiatan penipuan tersebut.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dengan penahanan semua suspek tersebut sebanyak enam kes penipuan bernilai RM17,100 berjaya diselesaikan,” katanya.

Difahamkan, semua suspek direman sehingga semalam untuk membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

2

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

3

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Samun, Tendang Wanita Warga Emas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar