web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aiskrim Karamel Kicap, Mungkin Pelik Didengar, Tapi Perisa Terbaru Ini Mesti Cuba!  

Sempena Hari Kicap yang diraikan pada 1 Oktober, 2022 lalu, Hamadaya bekerjasama dengan jenama aiskrim artisan tempatan, Inside Scoop untuk menghidangkan aiskrim berperisa kicap edisi terhad.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2022 2:07PM

Aiskrim Karamel Kicap, edisi terhad yang dikeluarkan sempena meraikan Hari Kicap pada 1 Oktober lalu. - Gambar oleh IOLI Communications

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aiskrim dan kicap, kombinasi yang mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita bukan? Kedengaran pelik dan tidak sedap. Tetapi jenama kicap premium Jepun halal, Hamadaya membuktikan tanggapan ini salah. Mereka membuktikan hidup ini perlu berimaginasi untuk menghasilkan sesuatu yang hebat.

Sempena Hari Kicap yang diraikan pada 1 Oktober, 2022 lalu, Hamadaya bekerjasama dengan jenama aiskrim artisan tempatan, Inside Scoop untuk menghidangkan aiskrim berperisa kicap edisi terhad yang unik buat pelanggan mereka, khususnya peminat aiskrim.

Aiskrim Karamel Kicap hanya boleh didapati selama sebulan iaitu bermula dari 1 hingga 31 Oktober ini. Tentang rasa, percayalah ia tidak mengecewakan. Sejujurnya kami di Getaran pada mulanya agak ragu-ragu dengan kombinasi ini.

Namun, setelah diberi peluang menikmati aiskrim ini, ternyata jangkaan kami meleset. Manis, lemak, berkrim itu tiga perkataan yang sesuai untuk perisa karamel kicap ini. Ada sedikit persamaan dengan perisa ‘salted caramel’. Jadi, tidak rugi mencuba sesuatu yang di luar norma. 

Untuk rekod, Hamadaya memikat hati pengguna-pengguna pasaran tempatan menerusi rangkaian kicap dan sos tiram premium Halal yang boleh didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara serta platform beli-belah dalam talian selepas menembusi pasaran Malaysia pada pertengahan 2021.

Dalam kerjasama edisi terhad ini, Inside Scoop berjaya menghasilkan formula sempurna perisa kicap yang unik ini tanpa sebarang perisa atau pengawet tiruan selepas melakukan kaji selidik dan pelbagai sesi uji kaji dalam tempoh enam bulan.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan selama kami berada dalam industri, kami percaya kerjasama begini akan menarik perhatian kumpulan pelanggan Hamadaya dan Inside Scoop. 

“Memandangkan elemen kebudayaan Jepun diterima dan disambut dengan amat baik di kalangan rakyat Malaysia selama ini, maka tibalah masanya untuk kami menghidangkan inovasi sebegini kepada pasaran,” ujar Naib Presiden Pemasaran Hamadaya/Heritage Foods, Lili Ho.

“Sebagai sebuah jenama Malaysia yang berbangga kerana berjaya menghasilkan pelbagai perisa lain secara kecil-kecilan sebelum ini, kami sentiasa terbuka untuk mencuba perisa-perisa baharu yang mampu memikat pelanggan-pelanggan kami. 

“Kami tidak pernah berhenti untuk berinovasi bagi mempersembahkan perisa yang luar biasa untuk memenuhi selera dan rasa ingin tahu pelanggan-pelanggan kami,” ulas Pengasas Bersama Inside Scoop, Edmund Tan pula.

Aiskrim Karamel Kicap hanya boleh didapati selama sebulan, mulai 1 hingga 31 Oktober ini.
Aiskrim Karamel Kicap hanya boleh didapati selama sebulan, mulai 1 hingga 31 Oktober ini.

Hamadaya dan Inside Scoop berharap agar kerjasama ini menginspirasikan jenama-jenama tempatan lain untuk memanfaatkan antara satu sama lain bagi memartabatkan sektor ekonomi tempatan ketika negara sekali lagi beralih kepada norma baharu.  

“Hamadaya merancang untuk melancarkan lebih banyak produk baharu yang mengujakan menjelang penghujung tahun ini. Justeru itu, kami amat bersyukur dan pada masa sama teruja dengan peluang untuk meneroka produk yang sedikit berbeza seperti kerjasama ini berbanding perkara yang kami biasa lakukan,” tambah Lili Ho.

Kunjungi kedai aiskrim Inside Scoop yang berdekatan untuk merasai sendiri kelazatan aiskrim berperisa kicap yang unik ini sementara stok masih ada! - Getaran, 9 Oktober 2022 

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh