web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan 4 tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 8:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aníkúlápó

Filem ini mengisahkan tentang penenun tekstil bernama Saro lakonan Kunle Remi yang baru sahaja tiba di sebuah tempat bernama Oyo. Saro menjalinkan hubungan cinta dengan Ratu Arolake (Bimbo Ademove) iaitu isteri yang muda kepada raja. 

Ratu Arolake tidak bahagia dengan hubungan rumahtangganya dengan raja dan tidak berminat dengan perhatian yang diberikan raja kepadanya. Sifat pilih kasih raja terhadapnya juga menyebabkan dia sering dibuli dan dianiaya oleh ratu-ratu lain yang lebih tua daripadanya. 

Perasan cinta Saro dengan Ratu Arolake terlalu mendalam dan mereka akhirnya merancang untuk berkahwin lari tetapi akhirnya perkara itu diketahui oleh raja dan terus menjatuhkan hukuman mati terhadap Saro. 

Namun, seekor burung mitos bernama Akala telah membangkitkan Saro daripada kematiannya dan perkara itu meraih perhatian ramai. Bukan setakat itu sahaja, Saro juga memperolehi kuasa untuk menghidupkan orang yang sudah mati. 

Apa yang berlaku seterusnya terhadap Saro dan bagaimana pula hubungannya dengan Ratu Arolake. Filem ini dianggap sebagai Game Of Thrones versi Nigeria tetapi menyuntik lebih banyak budaya masyarakat Yoruba. Jangan lupa tonton filem ini di Netflix.  – Ellyna Ali 

Thai Cave Rescue

Diinspirasikan daripada kisah benar yang menimpa pasukan bola sepak kampung ‘Wild Boar’ yang terperangkap di Gua Tham Luang, Chiang Rai. Insiden yang berlaku pada 2018 ini mendapat perhatian dunia dek kesukaran untuk mengeluarkan 12 orang mangsa yang berumur di antara 11 hingga 16 tahun dan jurulatih yang berusia 25 tahun itu.

Jika anda punya masa hujung minggu ini, tontonlah drama enam episod ini di Netflix.  Saksikan bagaimana misi menyelamat luar biasa ini dijayakan. Penuh dramatik, menjentik emosi serta sarat dengan mesej yang bukan kepalang. 

Betapa hebatnya semangat juang yang dimiliki oleh kanak-kanak dan remaja ini demi sebuah kehidupan. Biarpun berhadapan dengan ketakutan, pasukan bola sepak ini dapat mengatasi kekusutan hati dengan bantuan jurulatih mereka, Coach Ek yang sentiasa terlihat tenang biarpun hatinya sebenarnya gundah.

Dua minggu terperangkap di dalam gua sehelai sepinggang, memang tak tercapai dek akal. Ketika ramai yang berada di luar gua hampir berputus asa, lain pula cerita dengan kanak-kanak ini. Mereka bersemangat untuk keluar. Dialog yang dituturkan oleh salah seorang kanak-kanak, Mark cukup meruntun hati. “Lebih baik aku mati mencuba daripada mati kerana tidak mencuba” – berjurai air mata dibuatnya. 

Kisahnya yang dikongsi kesemua mangsa ini boleh dijadikan inspirasi untuk kita semua terus berjuang menghadapi cabaran hidup mendatang. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Pasti ada jalannya. Lima bintang untuk drama yang diarahkan oleh Kevin Tancharoen, Baz Poonpiriya dan Jon M.Chu ini. – Rahayu MN 

Day Shift

Sebuah filem pontianak Amerika mengisahkan tentang  seorang legenda pemburu pontianak bernama Bud Jablonski (lakonan Jamie Foxx)  yang menjalan operasi diwaktu malam dengan membunuh dan mencabut taring pontianak untuk dijual.

Konflik berlaku apabila dia terpaksa bekerja pada waktu malam bersama rakan setugas baharunya yang telah digigit pontianak dan bertukar menjadi makhluk tersebut. 

Bud terpaksa meneruskan perburuan tersebut sambil mengawal rakan setugasnya itu daripada hilang kawalan bagi mendapatkan ganjaran wang yang besar untuk membayar sewa rumahnya dan menyelamatkan keluarganya daripada berpindah ke tempat lain. Ia menjadikan situasi tersebut sebagai perburuan yang paling mencabar sepanjang kariernya.

Pada masa yang sama, misinya pada malam itu ialah untuk membunuh permaisuri pontianak yang memiliki taring paling mahal di bandar tersebut. Filem arahan  J. J. Perry Mike Rohl dan ditayangkan pada 2022 kini boleh ditonton menerusi saluran Netflix.  – Izwan Ramlan 

The Yin-Yang Master: Dream of Eternity 

Aktor Deng Lun, telah diharamkan daripada industri hiburan China susulan kes cuba lari daripada membayar cukai dan didenda sebanyak 106 juta yuan (RM69 juta) pada tahun ini. Keadaan ini menyebabkan semua filem dan drama lakonannya tidak dibenarkan ditayangkan di negara republik berkenaan.

Namun bagi peminat Deng Lun, mereka masih boleh menyaksikan lakonannya menerusi Netflix. Filem The Yin-Yang Master: Dream of Eternity yang diterbitkan pada 2020 boleh disaksikan di platform tersebut.

Ia adalah kisah dongeng mengenai ular yang masuk ke dalam seorang wanita dan menjadikan dia mampu hidup dengan abadi. Bagi membunuh ular itu, empat orang telah berkumpul di sebuah bandar diraja untuk menangkap ular jahat itu dan sejak itu pelbagai kejadian pelik berlaku.

Selepas cubaan membunuh maharani gagal, empat individu yang mempunyai kemahiran luar biasa mula mengesyaki antara satu sama lain.  Rupanya wanita yang diresapi oleh ular itu adalah maharani sendiri dan dia akhirnya membunuh diri bagi menamatkan hayat ular jahat tersebut, yang cuba menguasai dunia.

Filem ini turut dilakonkan oleh Mark Chao, Olivia Wang dan Jessie Li. – Habibah Omar. - Getaran, 8 Oktober 2022

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh