web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


6 Aktiviti Ini Mampu Lengkapkan Percutian Anda Ke Taman Negara Pahang Eko-Pelancongan 

Taman Negara ialah destinasi hebat untuk sesiapa yang mencari pengembaraan dengan alam semula jadi tanpa perlu pergi jauh!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2022 5:07PM

Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di Taman Negara sambil merokai keindahan alam semula jadi. - Gambar ihsan Xiaomi Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berusia 130 juta tahun, Taman Negara Pahang menjadi khazanah alam semula jadi yang terbaik untuk menerokai keindahan alam semula jadi yang tertua di negara ini.

Taman Negara Pahang yang mempunyai keluasan 2,477 km (diikuti Taman Negara Kelantan dan Taman Negara Terengganu) adalah hutan hujan tropika yang eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana kepelbagaian daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal. 

Dengan kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat lebih daripada 200 spesies mamalia, dianggarkan 479 spesies burung, 150,000 spesies serangga dan sekurang-kurangnya 280 spesies tumbuhan sehektar mengalu-alukan pelawat ke Taman Negara ini.

Antara tarikan paling popular Taman Negara Pahang ini adalah Titian Kanopi. Titian Kanopi ini merupakan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhannya menjangkau 500 meter dan tergantung lebih kurang dalam 45 meter dari permukaan tanah.

Selain itu, bagi penggemar aktiviti lasak, menaiki tunggangan ‘Rapid Shooting’ yang mendebarkan pastinya menjadi pilihan wajid mencuba.

Salah satu aktiviti menarik ialah menyusuri Sungai Tembeling.
Salah satu aktiviti menarik ialah menyusuri Sungai Tembeling.

Ini merupakan antara aktiviti paling menarik di Taman Negara iaitu menyusuri Sungai Tembeling yang deras dengan menaiki bot kayu. Ia bermula dari Kuala Tahan sampai ke Kuala Terengganu dan kembali ke Kuala Tahan.

Salah satu perhentian kalau menaiki ‘Rapid Shooting’ adalah di sebuah perkampungan orang asli yang terletak tidak jauh dari tebing sungai. 

Di sini pengunjung boleh melihat sendiri satu komuniti orang asli yang masih mengekalkan cara hidup orang purba. Kaum orang asli di sini dipanggil kaum ‘Bateq’ dan ‘Semokberi’.

Selain itu, ‘Night Jungle Walk’ menjadi aktiviti terbaik untuk memerhati dan menemui pelbagai spesis flora dan fauna menjelang malam.

Perjalanan dari Pejabat Perhutanan sehingga ke Bumbun Tahan akan menemukan pelbagai spesis haiwan yang aktif menjelang malam. Jika bernasib baik, anda dapat melihat haiwan-haiwan yang sedang mencari makan seperti tapir dan babi hutan.

Abadikan momen-momen indah dengan sempurna tidak kira persekitaran dengan telefon pintar terbaharu Xiaomi, dengan teknologi termaju dan ciri AI kamera termaju.

Xiaomi baru-baru ini bekerjasama dengan Tourism Malaysia untuk membawakan anda pengalaman seumur hidup, menampilkan denai berjalan kaki, mendaki, aktiviti air dan juga lawatan kebudayaan ke perkampungan Orang Asli berdekatan. 

Taman Negara ialah destinasi hebat untuk sesiapa yang mencari pengembaraan dengan alam semula jadi tanpa perlu pergi jauh! – Getaran, 8  Oktober 2022.

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

08 Oct 2022

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa