web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Petrol Percuma RM10,000 Bikin KL Sesak, Tapi Caprice Nak Belanja Rakyat Lagi Untuk Pusingan Kedua

Bagi penduduk sekitar pula, keadaan yang trafik yang terlalu sesak itu mengundang kemarahan mereka dan berpendapat lokasi, waktu dan hari untuk pemberian minyak percuma itu sebagai tidak bersesuaian.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:06PM

Gambar Instagram Caprice

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semalam, kira-kira jam 2.30 petang, seluruh kawasan Titiwangsa, Setiawangsa, KLCC, Keramat sehinggalah ke Ampang menjadi sesak. 

Semuanya gara-gara kerana pengumuman Caprice yang mahu memberikan minyak petrol percuma di stesen Petronas Jalan Jelatek 2. 

Akibatnya, ramai yang berpusu-pusu datang ke stesen Petronas Jalan Jelatek 2 dan beratur panjang untuk mendapatkan minyak petrol percuma pemberian Caprice tersebut. 

Keadaan memang sesak dan tidak terkawal. Ada yang beratur selama tiga jam, tetapi gagal mendapatkan minyak yang telah pun habis diberikan kepada pengunjung yang lebih dulu awal datang. 

Bagi penduduk sekitar pula, keadaan yang trafik yang terlalu sesak itu mengundang kemarahan mereka dan berpendapat lokasi, waktu dan hari untuk pemberian minyak percuma itu sebagai tidak bersesuaian. 

Menyedari hakikat ini, Caprice telah memuat naik posting terkini.

“Cap nak minta maaf kepada Titiwangsa, Setiawangsa, Keramat sampai ke Ampang. Kita tidak sangka keadaan jadi kecoh, havoc dan jem. 

“Walaupun ada Rela dan polis di tempat ini, tetap kami tak dapat nak kawal trafik. Sebagai penganjur, Cap minta maaf. 

“Lepas habis minyak, kita terpaksa tutup stesen minyak sementara. Cap perasaan ada ramai kakitangan kerajaan daripada askar dan jururawat yang beratur panjang-panjang tapi tak dapat minyak. 

“Cap rasa sangat-sangat bersalah sebab keluarga Cap pun adalah kakitangan kerajaan. Ibu cap adalah seorang jururawat dan bapa pula bertugas di Wisma Putra. 

“Cap rasa sangat teruk. Jadi, Cap nak buat sekali lagi free minyak khas untuk kakitangan kerajaan dan penghantar makanan di KL. 

“Minggu depan, inshaAllah, hari Jumaat di Penang. Doakan Cap dan pasukan Cap supaya dapat pecahkan sales dan buat duit banyak-banyak supaya kita boleh belanja rakyat,” katanya. 

Tindakan Caprice membelanjakan wang sebanyak RM10,000 untuk memberikan minyak petrol percuma kepada rakyat Malaysia itu telah mendapat pujian ramai. Bahkan ada yang memintanya untuk menyertai politik dan bertanding di dalam pilihanraya. 

Tidak kurang juga yang menyarankan Caprice supaya memberikan minyak percuma di beberapa negeri lain misalnya di Melaka, Perlis termasuk Putrajaya. 

Apapun, siapa yang tidak mahu minyak petrol percuma, kan? Yang penting, Caprice telah pun menunaikan kata-tanya dan bukan cakap tidak serupa bikin macam segelintir ahli politik! – Getaran, 24 September 2022

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh