Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenali Jenis Bakteria Penyebab Keracunan Makanan, Ketahui Cara Mengelaknya

Anda juga perlu tahu makanan yang patut dielakkan serta diet yang diharuskan jika diserang keracunan makanan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 6:35PM

Gambar ihsan Hospital Columbia Asia, Setapak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makan itu satu nikmat yang tidak terkata, tetapi cara penyediaan yang tidak bersih boleh menyebabkan kemudaratan. Tiada yang nikmat bila perut mula sakit, mulut terasa loya, muntah-muntah dan badan terasa lemah lesu. 

Ini bukan sahaja boleh berlaku di gerai atau restoran. Malahan, di dapur rumah juga ia boleh berlaku sekiranya tatatertib kebersihan tidak diberatkan. 

Mungkin ada di antara anda yang tidak sedar bahawa terdapat beberapa jenis bakteria yang menjadi penyebab kepada keracunan makanan. Bakteria-bakteria ini tercetus daripada jenis makanan-makanan tertentu. 

Pakar Pemakanan, Siti Sarah Juzup dari Hospital Columbia Asia, Setapak akan membawa anda mengenali bakteria-bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan. 

Siti Sarah Juzup - Gambar ihsan Hospital Columbia Asia, Setapak
Siti Sarah Juzup - Gambar ihsan Hospital Columbia Asia, Setapak

Bahkan, Siti Sarah juga turut membantu untuk memberikan tip mengenai bagaimana kita mahu mengelak daripada diserang keracunan makanan dan diet yang diharuskan seandainya kita mengalami keracunan makanan. 

Diet yang diharuskan ini termasuk mengelakkan beberapa jenis makanan atau minuman yang tertentu jika kita ingin pastikan kondisi kita sewaktu mengalami keracunan makanan itu tidak menjadi semakin teruk. 

 

Kenali bakteria penyebab keracunan makanan

Salmonella

Selalunya salmonella berkaitan dengan produk haiwan seperti telur, ayam, ikan dan susu. Sayur mentah dan air juga boleh mengandungi salmonella. Salmonella boleh terdapat semasa mengendalikan makanan atau semasa kilang pemprosesan.

E.coli

E.coli selalu berkaitan dengan daging yang kurang masak. E.coli juga terdapat dalam pelbagai jenis makanan termasuk produk segar, daging, kekacang dan air. Simptom sekiranya termakan makanan yang tercemar dengan E.coli adalah loya, muntah, cirit-birit bergantung kepada jenis E.coli.

Terdapat beberapa jenis bakteria yang menjadi penyebab kepada keracunan makanan - Gambar ihsan Hospital Columbia Asia, Setapak
Terdapat beberapa jenis bakteria yang menjadi penyebab kepada keracunan makanan - Gambar ihsan Hospital Columbia Asia, Setapak

Shigella 

Shigella boleh dipindahkan melalui pengendali makanan yang dijangkiti, dan seterusnya menjangkiti orang lain dan ianya disebabkan oleh amalan kebersihan yang kurang baik. Selain daripada manusia, serangga perosak seperti lalat juga boleh memindahkan bakteria ini. Simptomnya adalah kejang perut dan najis berdarah. 

Botulism

Ini ialah salah satu bakteria yang menjadi penyebab keracunan makanan yang teruk. Botulism terdapat di dalam makanan bertin atau khinzir dan ham. Bakteria ini boleh menghasilkan neurotoksin yang boleh menyebabkan lumpuh. Simptom yang lain termasuk sakit badan, loya, muntah, lemah dan hilang kebolehan untuk menelan.

Listeria

Jangkitan bakteria ini berlaku dengan mengambil makanan yang tercemar dan tidak diproses dengan betul seperti makanan mentah atau diproses seperti sayur-sayuran,buah-buahan, daging, susu atau produk tenusu yg tidak dipasturkan. 

Jangkitan listeria boleh menyebabkan cirit-birit dan demam. Jangkitan ini sangat berbahaya kepada wanita hamil dan boleh menyebabkan gugur, kelahiran pra-matang dan kematian kepada bayi yang baru lahir. 

 

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan

Penyebab keracunan makanan adalah berbeza dan ini adalah sebahagian cadangan untuk mengelakkan keracunan makanan:

- Basuh tangan anda dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas menyediakan makanan. Selain itu, anda juga perlu basuh tangan selepas mengendalikan pelbagai jenis makanan.

- Pastikan makanan masak dengan betul dan tidak lagi mentah atau kemerah-merahan. Makanan mentah pula harus disimpan berasingan. Contohnya, jangan letak sebekas ayam mentah sebelah buahan-buahan. 

Jangan letak sebekas ayam mentah sebelah buahan-buahan - Gambar hiasan
Jangan letak sebekas ayam mentah sebelah buahan-buahan - Gambar hiasan

- Gunakan papan pemotong dan pisau yang berlainan untuk mengendalikan sayuran-sayuran dan makanan/daging mentah. Sekiranya memotong salad atas papan yang dipotong daging mentah, dikhuatiri bekas daging akan melekat ke salad yang bakal dimakan tanpa dimasak. 

- Suhu makanan panas hendaklah dikekalkan pada 60 darjah celcius ke atas dan makanan beku dalam -18 darjah celcius. Sentiasa pastikan peti sejuk anda berfungsi dengan baik supaya makanan di dalamnya selamat dimakan. 

- Pastikan semua makanan yang terdedah ditutup kemas. Jangan biarkan sebarang makanan pada suhu bilik selama lebih dari dua jam. 

 

Diet yang harus sewaktu keracunan makanan

Semasa anda mengalami keracunan makanan, anda perlu minum banyak air untuk menggantikan elektrolit dan air yang hilang, contohnya minuman sukan. Selepas episod keracunan makanan, disyorkan pesakit untuk mengambil makanan yang mudah dihadam seperti nasi, pisang, sup kosong, ubi dan ayam panggang tanpa kulit. 

Selepas episod keracunan makanan, disyorkan pesakit untuk mengambil makanan yang mudah dihadam seperti nasi, pisang, sup kosong, ubi dan ayam panggang tanpa kulit - Gambar Hiasan
Selepas episod keracunan makanan, disyorkan pesakit untuk mengambil makanan yang mudah dihadam seperti nasi, pisang, sup kosong, ubi dan ayam panggang tanpa kulit - Gambar Hiasan

Nasi dan pisang memberi faedah terutamanya kepada kanak-kanak yang mengalami cirit birit. Kandungan nutrien dan kanji amat sesuai bagi individu yang baru pulih dari keracunan makanan. Selepas satu atau dua hari, bolehlah mengambil makanan yang normal.

 

Diet yang harus dielakkan sewaktu keracunan makanan

Makanan yang perlu dielakkan semasa mengalami simptom keracunan makanan adalah:

- Minuman berkafein seperti teh dan kopi serta minuman berkarbonat.

- Makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng, dan makanan berproses, contohnya makanan segera.

Jika mengalami simptom keracunan makanan, elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng, dan makanan berproses, contohnya makanan segera - Gambar Hiasan
Jika mengalami simptom keracunan makanan, elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng, dan makanan berproses, contohnya makanan segera - Gambar Hiasan

- Makanan dan minuman yang mengandungi gula yang tinggi seperti kek, donut atau air manis.

- Susu dan produk tenusu yang mengandungi laktosa seperti keju dan yogurt.

- Makanan yang pedas, dan mengandungi cili atau herba yang berasa pedas. - Getaran, 24 September 2022 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA