web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Dengan Lawak Kreatif Dan Luar Biasa, Ubi  Muncul Juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-3 

Kumpulan Ubi yang dianggotai  pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 2:06PM

Kumpulan Ubi yang dianggotai Sharif Zero (kiri), Namie dan Fad Bocey menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar dari Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Ubi menepati ramalan ramai apabila diumumkan juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga (MLS3) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini malam tadi.

Kumpulan Ubi  yang dianggotai pelawak Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang bagi edisi kali ini.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada juri-juri kerana memberikan input setiap minggu supaya kami mampu memberi yang terbaik, bukan untuk kami, tetapi untuk semua terhibur,” kata mereka selepas menerima trofi kemenangan itu.

Kemenangan kumpulan itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 beserta trofi sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu Kumpulan CILI, Kumpulan BAHROY dan Kumpulan OOD.

Persembahan final, UBI mendapat pujian hebat daripada juri tetap iaitu Najip Ali yang menyifatkan lawak mereka sebagai kreatif dan sungguh luar biasa.

“Persembahan kreatif, anda beri tanpa batasan. Idea sangat luar biasa. Anda sudah berikan seni lawak yang berkesan,” ujarnya dengan memberi lima bintang bagi persembahan mereka di pentas akhir itu.

Ubi  berjaya memberikan persembahan mantap dalam dua pusingan di pentas akhir itu. Pusingan pertama bertemakan benua Australia, manakala pusingan kedua bertemakan bebas dan mereka meraih lima bintang bagi kedua-dua persembahan.

Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Cili.
Tempat kedua dimenangi oleh Kumpulan Cili.

Sementara itu, kumpulan Cili yang dianggotai Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir diumumkan sebagai naib juara dan menggondol wang tunai sebanyak RM75,000.

Tempat ketiga pula menjadi milik Kumpulan Bahroy yang dianggotai Nizam Jentik Jentik, Shashic Eiwan dan Roy Azman wang membawa pulang wang tunai RM50,000.

Manakala kumpulan finalis terakhir OOD yang dianggotai Man RL, Chiwan dan Zahid diumumkan menduduki tempat keempat. Kemenangan tersebut melayakkan mereka memenangi wang tunai dan membawa pulang RM25,000 beserta trofi.

Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein menjadi hos Muzikal Lawak Superstar musim ke-3.
Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein menjadi hos Muzikal Lawak Superstar musim ke-3.

Dalam pada itu Shiha Zikir dari kumpulan CILI berjaya mengalas gelaran Superstar Paling Gempak secara keseluruhan musim ketiga ini.

Finalis MLS3 diadili 75 peratus oleh juri tetap iaitu Datuk Awie, Siti Saleha dan Najip, manakala 25 peratus lagi undian daripada penonton awam.

Pentas akhir yang dihoskan Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein siaran secara langsung di saluran Astro Warna HD (107) itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Khir Rahman dan Luqman Hafidz. – Getaran, 24 September 2022,




 

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

24 Sep 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel