web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022, Bangunan Ikonik Nyalakan Cahaya Jingga

Warna jingga telah dipilih sebagai warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit Sedunia sekali gus menjadi simbol Perlindungan Kesihatan Sejagat

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 7:24AM

Istana Negara disinari dengan cahaya jingga sempena dengan warna tema Hari Keselamatan Pesakit Sedunia bagi menunjukkan solidariti terhadap keselamatan pesakit - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Istana Negara dan beberapa lokasi mercu tanda di ibu negara dilimpahi cahaya berwarna jingga malam ini sebagai tanda solidariti dan sokongan sempena sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2022 semalam.

Sinaran cahaya jingga menerangi tiga lokasi strategik di sekitar Istana Negara bermula 8 hingga 10 malam iaitu Pintu Gerbang Utama, Dataran Kawad dan Kubah Anjung Utama.

Tinjauan Bernama mendapati bangunan ikonik seperti Menara Kuala Lumpur mula disinari cahaya berwarna jingga seawal 7.30 malam dan ia jelas kelihatan dari Istana Negara.

Pada Mei 2020, Istana Negara turut disinari cahaya biru di waktu malam sebagai tanda menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan negara dalam memerangi wabak COVID-19.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Siti Nor Emyliana Su’aif berkata program yang diraikan di serata dunia itu merupakan resolusi serta usaha dalam meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan pesakit.

“Warna jingga telah dipilih sebagai warna rasmi bagi Hari Keselamatan Pesakit Sedunia sekali gus menjadi simbol Perlindungan Kesihatan Sejagat. Fokus bagi sambutan tahun ini adalah ‘Medication Without Harm’,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata warga kota boleh memberikan sokongan kepada program berkenaan dengan menyertai pertandingan fotografi sempena ‘KL in Orange’ malam tadi.

“Sokongan boleh ditunjukkan dengan memuat naik gambar monumen dalam media sosial dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 20 September ini. Sijil penyertaan akan diberikan kepada 10 peserta terbaik,” katanya.

Pada Isnin lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebook beliau berkata tiga lokasi ikonik iaitu KLCC Lake Symphony Fountain, Menara Kuala Lumpur dan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan disinari dengan penyalaan lampu berwarna jingga.

Selain itu, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hospital Rehabilitasi Cheras, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital  Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan Institut Perubatan Respiratori turut menyertai program solidariti tersebut.

Hari Keselamatan Pesakit Sedunia disambut pada 17 September setiap tahun bertujuan menyeru perpaduan global dan tindakan bersepadu oleh semua pihak untuk meningkatkan keselamatan pesakit serta mengiktirafnya sebagai keutamaan kesihatan global. - Bernama

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh