web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan 5 tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 4:00PM

Gambar ihsan Netflix

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

High & Low The Movie (Netflix)

Filem dari Jepun ini mengisahkan mengenai perebutan sebuah kawasan dalam kalangan lima kumpulan iaitu Sannoh Rengokai, White Rascals, Oya Kohkoh, Rude Boys dan Daruma Ikka.

Jika dicantum huruf awal setiap kumpulan maka ia akan menghasilkan SWORD. Sebelum kumpulan ini muncul, kawasan berkenaan didominasikan oleh kumpulan Mugen dan Amamiya Brother.

Meskipun ia adalah sebuah kawasan terbiar dan kotor, namun pihak berkuasa bercadang untuk menjadikan ia sebagai pusat kasino, menyebabkan berlaku peperangan dengan kumpulan yang mahu mempertahankan kawasan mereka.

Ia dibintangi pelakon dan kumpulan rap terkenal dari Jepun. Antaranya ialah Akira yang juga bekas kumpulan J-pop group EXILE, Hiroomi Tosaka (kumpulan pop J Soul Brothers), Takahiro (EXILE), Takanori Iwata, Nobuyuki Suzuki, Yuki Yamada serta Seung-Ri (Big Bang). High & Low The Movie boleh ditonton di Netflix. - Habibah Omar

 

'Little Women' (Netflix)

Korea Selatan selalu menyajikan drama-drama yang menarik di Netflix. Terbaharu, Korea Selatan membawakan sebuah drama rantaian yang membawa wanita sebagai subjek utama. 

Adaptasi dari novel Louisa May Alcott dengan tajuk yang sama, drama ini mengisahkan tiga beradik ‘Oh’ yang hidup dalam kemiskinan dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang porak peranda. 

Sehingga suatu hari, salah satu daripada mereka menerima wang sebanyak 2 juta won sekali gus mengheret mereka ke dalam sebuah konspirasi golongan elitis yang berbahaya. 

Setakat ini, baru empat episod ditayangkan dan menduduki carta kesepuluh paling banyak ditonton di Netflix. Anda boleh menonton episod terkini setiap Sabtu dan Ahad. – Wafa Aula

 

‘Chef’s Table: Pizza’ (Netlifx)

Adakah piza paling ‘original’ hanya boleh didapati di Itali? Adakah ‘berdosa’ jika seseorang meletakkan nanas pada piza yang dibuatnya?

Dokumentari ‘Chef’s Table: Pizza’ merungkai pelbagai soalan tentang perniagaan dan pembuatan piza di beberapa lokasi seluruh dunia. Setiap episod panjangnya 45 minit dan ada enam episod, tentang piza 'paling enak di Amerika Syarikat' hingga ke piza unik di Jepun.

Jika anda seperti penulis, suka piza tanpa diskriminasi jenis ‘topping’ dan suka melihat proses pembuatan makanan, dokumentari ini untuk anda. - Ili Farhana

 

Ghost Stories (Netflix)

‘Ketakutanmu akan memakan diri’ (Your fears will find you) petikan yang sudah cukup untuk buat bulu roma merinding. Empat segmen pendek yang disumbat dalam antologi filem seram/thriller berbahasa Hindi ini sukar untuk dilepaskan.

Diterbitkan pada 2020, kisah 1 arahan Zoya Akhtar menceritakan perihal jururawat muda yang menjaga seorang wanita tua yang bukan saja nyanyuk tetapi menghidap kencing manis.

Kisah 2 arahan Anurag Kashyap menceritakan tentang seorang wanita yang terlalu mahukan anak selepas beberapa kali keguguran.

Kisah 3, sentuhan Dibakar Banerjee menyentuh kisah seorang lelaki yang terperangkap di sebuah bandar kecil yang usang bersama dua kanak-kanak. Manakala kisah 4 menceritakan nasib seorang wanita jelita yang sanggup mengahwini lelaki kaya tanpa menyelidiki latar belakang pelik keluarga suaminya.

Nah, sengaja penulis kongsikan secara umum latar empat segmen terbabit. Mahukan pengalaman sinematografi dan plot yang lebih mengujakan, apa kata ikuti filem Ghost Stories kini, hanya di Netflix. – Suzan Ahmad

 

Mat Kilau (Netflix)

Akhirnya filem Melayu yang dinanti-nantikan menjengah jua ke platform penstriman popular Netflix bermula 16 September lalu.

Filem arahan Syamsul Yusof yang mencipta sejarah sebagai filem paling tinggi kutipan dalam sejarah filem Malaysia ini dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy dan ramai lagi.

Mat Kilau mengisahkan tentang seorang pahlawan yang tekad berjuang melawan penjajah British bersama saudara dan rakan-rakanya. Dalam perjuangan beliau mempertahankan tanah air, dia turut diduga dengan sifat dengki saudara sendiri.

Bagaimana Mat Kilau harus menangani semua masalah ini? Jangan lupa tonton Mat Kilau di Netflix. - Helmi Anuar

Isu Pada

Alena Murang: Ini Identiti Saya

17 Sep 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh