Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Buka Puasa Di Mana? Ini 6 Pilihan Buka Puasa Berbaloi Dicuba

Selepas kekecewaan tahun lalu, Ramadan ini menyaksikan banyak hotel dan restoran kembali menawarkan bufet atau set berbuka puasa. Berikut adalah antara cadangan kami.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 10:30AM

Gambar: Wyndham Acmar Klang

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dikecewakan dengan pandemik COVID-19 tahun lalu, 2021 menyaksikan banyak hotel dan lokasi selera lain menawarkan pakej bufet buka puasa atau set istimewa bagi meraikan Ramadan kali ini. 

Jadi, jika anda di antara mereka yang rindu dengan suasana berbuka puasa di hotel, kafe atau restoran, berikut merupakan enam pilihan bufet atau set buka puasa yang menjadi pilihan GETARAN.  

1) Santapan Mubarak dan Santapan Barokah, Dorsett Grand Subang

Dari 16 April hingga 12 Mei, Dorsett Grand Subang menyediakan Santapan Mubarak dan Santapan Barokah di restoran The Emperor.  Kedua-dua set hidangan ini boleh dinikmati bersama teman dan juga keluarga dengan harga yang cukup berbaloi. 

Santapan Mubarak yang berharga RM98 bersih untuk dewasa dan RM88 bersih untuk warga emas, anda boleh menikmati kesemua hidangan ini yang terdiri daripada kerabu manga dengan kacang, pilihan sup ekor lembu atau sup ayam herba Cina, nasi briyani atau nasi putih disajikan dengan ayam goreng berempah, dalca tetel, rendang daging, siakap ala Thai dan sambal udang serta pemanis mulut yang tidak dapat ditolak seperti bubur cha-cha dan kuih-muih Melayu.

Jika anda lebih suka memilih sesuatu yang sederhana, boleh pilih Santapan Barokah yang berharga RM78 bersih untuk dewasa dan RM68 untuk warga emas. Set ini menawarkan lima set menu yang berbeza, jadi anda boleh pilih menu yang paling digemari.  

Set berbuka puasa Santapan Mubarak dan Santapan Barokah hanya disediakan dengan tempahan awal bagi setiap meja untuk 6 orang.

Selain itu, anda juga boleh menempah untuk pengambilan dan penghantaran, setiap pesanan tertakluk kepada minimum dua orang. Hubungi talian 03-5031 6060 atau e-mel ke: [email protected]

2) Jelajah Selera – The Saujana Kuala Lumpur

The Saujana Hotel Kuala Lumpur menyambut Ramadan 2021 dengan gabungan pelbagai hidangan tradisional yang disajikan pada musim Hari Raya serta makanan kegemaran Malaysia dan antarabangsa dari seluruh dunia.

Nyalakan semangat Ramadan dengan keluarga, rakan dan rakan sekerja anda dengan mengenang dan menikmati makanan kampung Malaysia yang asli.

Charcoal Restaurant membawakan stesen memasak secara langsung yang mempersembahkan barisan chef elit bagi memastikan setiap pengunjung dapat menikmati hidangan yang cukup sempurna. 

Antara menu istimewa yang mesti anda cuba ialah kambing golek, bubur lambuk, kerabu mangga muda tradisional, kerabu udang, nasi beriani, dan gado-gado. Pencinta makanan laut, jangan lepaskan peluang menikmati 'Seafood on Ice' yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut, termasuklah tiram segar.

Akhiri hidangan bufet anda dengan menikmati hidangan pencuci mulut yang lazat seperti kuih melayu beraneka, ais kacang dengan durian, bubur durut pulut, tau fu fah, serta pelbagai jenis kek. 

Bufet Ramadan yang disediakan oleh restoran yang disahkan halal oleh JAKIM ini berharga RM160 bersih untuk dewasa dan RM80 bersih untuk kanak-kanak. Untuk tempahan boleh hubungi 03-78431234, sambungan 6122, atau emelkan ke [email protected]

3) Set Nasi Campur Aseana – DÔME

Jika anda bukan penggemar bufet, boleh ajak teman-teman anda ke Café DÔME untuk berbuka puasa secara sederhana tetapi mewah dengan rasa. Kafe kesayangan ramai ini melancarkan set Nasi Campur Aseana sempena kedatangan Ramadan kali ini.

Hidangan lazat dan menyelerakan ini tersedia dari jam 6.30 petang, setiap hari dari 13 April hingga 12 Mei 2021.

Nasi Campur Aseana merupakan sepinggan nasi putih beras wangi yang dilengkapi dengan menu lauk-pauk kegemaran Malaysia iaitu rendang daging lembu, kari ayam, telur masin, sambal ikan bilis, sayur tumis dan keropok. 

Untuk melengkapkan hidangan, set ini datang bersama buah kurma dan segelas sirap selasih yang juga merupakan minuman popular di sepanjang bulan puasa. Nasi Campur Aseana berharga RM38++ dan ia boleh dinikmati di DÔME Café di seluruh negara.

4) ‘Nostalgic Kampungku’ – Wyndham Acmar Klang

Wyndham Acmar Klang menghidupkan kemeriahan Ramadan dengan membawakan bufet Ramadan Nostalgic Kampungku. Menyediakan 150 hidangan yang membangkitkan nostalgia dan diilhamkan dari hidangan dan resipi yang diwarisi turun temurun, pengalaman berbuka puasa di sini pasti menggembirakan. 

Antara menu popular yang boleh anda cuba di sini ialah kambing golek, nasi beriani berempah, ikan keli masak tempoyak atau kari ikan nyonya, rendang ayam rendang minang, sambal udang petai dan tidak ketinggalan bubur lambuk dan juga roti sarang burung. 

Satu fakta yang anda perlu tahu, pengalaman berbuka puasa di sini pasti lebih menarik kerana anda juga berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa di tepian kolam renang sambil menikmati angin malam.  

Promosi bufet ini boleh didapati daripada 16 April hingga 9 Mei 2021, dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam. Harga untuk dewasa ialah RM138 bersih, RM100 bersih untuk warga emas dan RM84 bersih untuk kanak-kanak. Untuk tempahan, boleh ke sini.

5) ‘Dato’ Fazley Punya - Ramadan Set For Two’ – Mala Mala

Restoran terbaru Dato’ Fazley Yaakob, Mala Mala yang mengetengahkan makanan tradisional dari wilayah Sichuan, China memperkenalkan menu ‘Dato’ Fazley Punya - Ramadan Set For Two’ sempena Ramadan ini.

Set yang berharga RM49.90 ini menyediakan ayam goreng, kerepek teratai, kuih-muih tradisional, kurma dan Sirap Limau Ais Zero Kalori. 

Restoran ini menampilkan konsep makanan ‘Mala Dry Pot’ yang unik di mana ia menggunakan cili kering Sichuan yang dikenali dengan rasa pedas yang menyengat sebagai bahan utama. Selain set buka puasa ini, pengunjung juga boleh memesan ‘Mala Dry Pot’ yang memberi peluang kepada anda untuk memilih bahan-bahan sendiri. 

Mala Mala mempunyai tiga cawangan iaitu di IOI City Mall, Melawati Mall dan yang terkini di Mid Valley Megamall. 

6) Destinasi Rasa – Le Meridian Putrajaya

Le Mederian Putrajaya mengalu-alukan kedatangan anda untuk berbuka puasa di hotel mereka yang bertemakan ‘Destinasi Rasa’. Sepanjang bulan puasa ini anda boleh memanjakan lidah dengan pelbagai hidangan istimewa tempatan mahupun luar negara.

Tahun ini barisan chef berbakat menggabungkan kepakaran mereka menghasilkan menu buruan ramai seperti kambing golek gaya Arab, burung puyuh penyet, roti sarang burung dan daging dendeng.  

Selain mengelilingi kaunter utama, jangan lupa menjenguk di setiap gerai yang turut mempersembahkan menu-menu membuka selera.

Ada kambing opor, lok-lok, sate ayam dan daging, kari laksa, pelbagai jenis masakan panggang dan juga pelbagai pilihan makanan Jepun. Jangan lepaskan peluang menikmati pelbagai manisan untuk menyempurnakan hidangan anda, terutamanya ais krim durian Musang King.

Bufet ‘Destinasi Rasa’ berharga RM178 bersih untuk dewasa dan RM89 bersih untuk kanak-kanak. Untuk tempahan dan maklumat lanjut anda boleh melayari laman sesawang hotel ini di www.lemeridienputrajaya.com. 

Selamat menjamu selera! - Getaran, 10 April 2021

Isu Pada

Maya Karin: Saya Tak Rasa Tergugat

10 Apr 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini