web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerjaya Pengasuh ‘Profesional’ Menerusi Aplikasi Kiddocare

Sebuah platform yang menyediakan perkhidmatan pengasuh mengikut kesesuaian tugas dan masa yang diinginkan.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 6:10PM

Ibu bapa yang sibuk dan memerlukan bantuan pengasuh kini tidak perlu runsing lagi - Gambar ihsan Kiddocare

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai ibu bapa yang sering mengeluh kerana menghadapi kesukaran untuk mencari pengasuh yang mampu membantu untuk menjaga dan membesarkan anak mereka ketika mereka sibuk bekerja pada siang hari.  

Namun, mencari seorang pengasuh bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia tidak boleh dilakukan secara tangkap muat sahaja. Banyak perkara yang perlu ditimbangkan sesebelum ibu bapa mencari seseorang pengasuh untuk anak mereka. 

Kewujudan Kiddocare mungkin adalah jawapannya kerana ia adalah sebuah platform perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dari rumah ke rumah yang berkualiti dan dijamin selamat yang menghubung ibu bapa dengan pengasuh terlatih secara dalam talian. 

Nadira Yusoff - Gambar ihsan Kiddocare
Nadira Yusoff - Gambar ihsan Kiddocare

Platform ini dicipta sejak 2018 oleh Nadira Yusoff pengasas dan CEO Kiddocare yang menginspirasikan serta menemukan konsep pekerjaan ini semasa dia berada di Michigan, Amerika Syarikat. 

Di mana ketika itu, dia mempelajari dunia penjagaan kanak-kanak selama tiga bulan di sana bersama geran tawaran pekerjaan yang diberikan kerajaan.

Aplikasi juga terbuka kepada wanita warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas sama ada yang sudah berkahwin atau belum yang berminat untuk menjadi seorang pengasuh terlatih. 

Jangan sesekali memandang rendah  dengan pekerjaan ini kerana misi Kiddocare ini adalah untuk melahirkan ramai pengasuh wanita Malaysia yang mahu menjadikan kerjaya ini  sebagai pekerjaan ‘profesional’. 

Keseimbangan kehidupan kerja adalah perkara yang penting betul? Ini pilihan waktu dan tugasan sebagai pengasuh Kiddocare: 

- Pakej penjagaan anak mengikut jam (minimum dua jam) 

- Pakej pengasuh untuk melancong (domestic dan luar negara)

- Pengasuh Pop UP (Penjagaan di tempat ruang khas yang disediakan oleh pejabat, acara, hospital dan lain-lain)

- Pengasuh Semalaman 

- FunXplore (Aktiviti pembelajaran dan permainan untuk hiburan kanak-kanak)

- Pengasuh Harian (24 jam)

Kategori yang disediakan bertujuan untuk tidak memberi tekanan kepada pengasuh ketika menjalankan tugas dan mereka  bebas  untuk memilih penugasan yang ada mengikut kesesuaian masing-masing. 

Jadi platform ini dicipta bukan sekadar memiliki  fleksibiliti waktu kerja dan tidak terikat dengan masa, malah ia memberikan pengalaman dan perkembangan karier yang baik untuk dicemburui.

Bagi yang masih lagi tertanya-tanya sejauh mana Kiddocare boleh dijadikan sebagai kerjaya yang cemerlang, ini kelebihan dan jaminan yang perolehi:

- Setiap pengasuh akan diberi pendedahan dan latihan  pakar industri yang merupakan pelatih bertauliah dalam Kursus Asuhan Permata (KAP). KAP adalah sebuah sijil dan latihan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia untuk menyampaikan modul yang terbaik kepada bakal pengasuh. 

- Setiap individu akan disemak terlebih dahulu latar belakang mereka bagi memastikan tiada rekod jenayah yang tercatat dalam data Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi setiap pengasuh di bawah Kiddocare dijamin bebas jenayah dan sedia untuk berkhidmat dengan selamat.

- Ujian psikometrik menerusi Harrison Assessment (syarikat yang menjalankan penilaian kemahiran, kepribadian, tingkah laku dan keupayaan) turut dilaksanakan bagi memilih pengasuh yang berkualiti.

- Pemeriksaan kesihatan turut dijalankan kepada semua individu sebelum dipilih untuk menjadi pengasuh Kiddocare.

- Setiap pengasuh turut dicarumkan KWSP/SOCSO dan insuran.

Antara pengasuh berdaftar Kiddocare
Antara pengasuh berdaftar Kiddocare

Menurut Nadira, secara dasarnya idea mencipta Kiddocare ini adalah untuk menyediakan alternatif kepada pekerjaan pengasuh menjadi kerjaya profesional melalui program-program yang disediakan.

“Di sini juga, kami  mempersiapkan laluan dan perkembangan karier sebagai pengasuh. Bermula sebagai babysitter kemudian boleh jadi premium babysitter, pendidik dan sebagainya menerusi program yang kami sediakan. Jadi Kiddocare bukan sekadar menjadi pengasuh biasa,” katanya.

Jadi, Kiddocare bukan sahaja bertanggung jawab dalam membimbing setiap pengasuh malah kebajikan mereka juga menjadi kepentingan kepada organisasi. Ini bagi memastikan semua pengasuh menjalankan tugas dengan penuh komited supaya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

Setakat ini Kiddocare sudah mempunyai hampir 5,000 pengasuh berdaftar yang berada di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan bakal meluaskan lagi kawasan perkhidmatan ini.

Kiddocare menyasarkan matlamat untuk menjadi platform yang dapat membantu dan menyokong perkembangan keluarga dan anak-anak dalam jangka masa panjang.

“Kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun akan melalui pelbagai proses perkembangan yang berbeza dari penjagaan, pembelajaran, pengukuhan dan macam-macam lagi. Jadi Kiddocare akan menjadi platform yang menghubungkan ibu bapa dalam perkhidmatan yang boleh dipercayai,” ujarnya.

Konklusinya, bagi penulis, Kiddocare merupakan platform yang terbaik dengan menawarkan pelbagai kelebihan untuk wanita di luar sana yang ingin menjadi pengasuh profesional dan dijamin selamat. - Getaran, 11 September 2022

Isu Pada

Swadaya Meerqeen

10 Sep 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Kiddocare Bantu Ibu Bapa Lebih Fokus Di Tempat Kerja

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh