web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berhenti Membanding-Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Bagi umat Islam, ada 4 ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan Allah SWT sejak sebelum dilahirkan ke dunia, iaitu rezeki, ajal kematian, amalan dan nasibnya.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 6:05PM

Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza-beza - Gambar Hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hidup ini hanyalah satu persinggahan. Sebuah perhentian sebelum menuju ke destinasi terakhir. Cuma yang membezakan perhentian ini dengan yang lain-lain adalah, kita tidak tahu tarikh dan masa untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. 

Bahkan, sepanjang tempoh persinggahan ini, kita harus bertahan, berjuang dan bergelut demi kelangsungan hidup. Inilah yang dinamakan kehidupan.

Mana mungkin hidup kita sama sahaja dengan orang lain. Setiap orang punya jalan cerita sendiri - Gambar Hiasan
Mana mungkin hidup kita sama sahaja dengan orang lain. Setiap orang punya jalan cerita sendiri - Gambar Hiasan

Setiap manusia mempunyai jalan hidup yang berbeza-beza. Ada yang hidupnya dilimpahi dengan harta melimpah-ruah, ada yang hidupnya melarat, ada yang berpangkat tinggi, dan ada yang menjadi orang bawahan. 

Inilah asam garam sebuah kehidupan. Mana mungkin hidup kita sama sahaja dengan orang lain. Setiap orang punya jalan cerita sendiri. 

Bagi umat Islam, ada empat ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak belum dilahirkan ke dunia, iaitu rezeki, ajal kematian, amalan dan nasibnya sama ada menjadi seorang yang susah atau senang. 

Bagi umat Islam, ada empat ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak belum dilahirkan ke dunia - Gambar hiasan
Bagi umat Islam, ada empat ketentuan hidup manusia yang sudah ditetapkan oleh Allah SWT sejak belum dilahirkan ke dunia - Gambar hiasan

Memang terdapat hadis yang sahih berkaitan perkara di atas dan di dalam hadis tersebut juga ada diceritakan tentang kejadian manusia. Daripada Abdullah Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. 

“Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. 

“Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. 

“Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.” [Riwayat Muslim (2643).]

Jadi, mengapa harus anda membandingkan hidup anda dengan orang lain? Baik atau buruk pengakhiran hidup anda, ada di tangan anda sendiri. Mungkin si A berbahagia di dunia, senang-lenang, kaya-raya, tetapi kita tidak tahu apakah nasibnya di destinasi terakhir nanti (akhirat). Adakah dia selamanya bahagia, atau sebaliknya?

Mengapa harus anda membandingkan hidup anda dengan orang lain? Baik atau buruk pengakhiran hidup anda, ada di tangan anda sendiri - Gambar Hiasan
Mengapa harus anda membandingkan hidup anda dengan orang lain? Baik atau buruk pengakhiran hidup anda, ada di tangan anda sendiri - Gambar Hiasan

Mungkin pandangan berlandaskan agama ini tidak boleh diterima sesetengah orang, tetapi seandainya dilihat pada sudut duniawi sekalipun, tiada kebaikan pun apabila kita sering membanding-banding hidup kita dengan orang lain. 

Lebih-lebih lagi jika ia disertai dengan sekelumit perasaan hasad dengki. Hidup anda tidak akan pernah puas apabila cuba menjadi orang lain, mengidamkan sesuatu yang di luar kemampuan anda. Hidup ini adalah saling melengkapi dan ingatlah manusia itu sifatnya tidak sempurna.

Jangan jadikan platform sosial media sebagai ukuran kebahagiaan dan kesempurnaan hidup - Gambar Hiasan
Jangan jadikan platform sosial media sebagai ukuran kebahagiaan dan kesempurnaan hidup - Gambar Hiasan

Ketika anda melihat si dia berlari riang ke sana-sini menikmati sebuah percutian mewah, mungkin anda tidak tahu yang dia sebenarnya bergelut dengan masalah kepincangan rumah tangga, begitu juga ketika anda melihat dia dipuja kerana rupa paras menawan, dia sebenarnya sunyi tanpa insan yang boleh dipanggil sahabat sejati. 

Jangan jadikan platform sosial media sebagai ukuran kebahagiaan dan kesempurnaan hidup.

Jangan sibuk mengintai kehidupan orang lain, sehingga sanggup menyebar fitnah dan kebencian terhadap orang yang anda cemburui. Raikanlah kehidupan sendiri! Bahasa kasarnya, get your own life, mind your own business! - Getaran, 28 Ogos 2022

Rujukan hadis : https://muftiwp.gov.my/

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi