web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jom Keliling Bandar Raya Kuala Lumpur, Raikan Hari Merdeka Dengan Scooter Beam

Bermula 27 Ogos hingga 16 September, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini di setiap hab pengangkutan yang disediakan dengan caj 30 sen seminit. Baca selanjutnya!

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 4:16PM

Scooter Beam, menawarkan diskaun 30 sen seminit sempena Hari Merdeka ini. - Gambar dari Facebook Beam Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Raikan sambutan Hari Merdeka anda dengan bersiar-siar menggunakan Scooter Beam di sekitar kawasan kediaman atau bandar terutama ibu kota dengan e-skuter, yang berwarna ungu ini.

Scooter Beam yang merupakan sebuah e-skuter mudah alih yang diaktifkan pergerakannya menerusi aplikasi daripada telefon pintar, menawarkan diskaun 50 peratus sempena Hari Merdeka, bertujuan memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai teknologi berkonsepkan kenderaan elektrik.

Bermula semalam hingga 16 September ini, semua penunggang boleh menikmati e-skuter ini di setiap hab pengangkutan yang disediakan dengan caj 30 sen seminit.

Ia merangkumi 50 peratus diskaun ketika waktu puncak mulai 6 petang hingga 6 pagi pada hari biasa dan hujung minggu manakala diskaun 33 peratus pula untuk waktu biasa (6 pagi hingga 6 petang) pada hari biasa.

Apa yang menarik, penunggang yang meletak kembali Scooter Beam ini di hab pengangkutan yang disediakan menerusi peta di dalam aplikasi, akan mendapat semula pulangan RM2.

Ia sebagai usaha menggalakkan mereka meletakkan semua skuter berkenaan di tempat asalnya.

Gambar dari Facebook Beam Malaysia
Gambar dari Facebook Beam Malaysia

Menurut Pengurus Besar Beam Mobility Malaysia, Justin Tiew, pihaknya sedang berusaha untuk melancarkan lagi pergerakan skuter berkenaan di kawasan bandar. 

“Kami berusaha untuk menempatkan lebih banyak e-skuter ini di lokasi strategik dan mensasarkan penggunaannya sebanyak 40 peratus sebagai pengangkutan awam menjelang 2030,'' katanya. 

Secara keseluruhannya, sejumlah  52 peratus daripada pengguna setakat ini memberikan respon yang baik ketika menunggangnya dan ia dijadikan sebagai pengangkutan awam untuk jarak dekat. 

Selain itu, kira-kira 60 peratus rakyat Malaysia menunjukkan penilaian positif terhadap tahap perkhidmatan ini di kawasan bandar dan kediaman mereka. - Getaran, 28 Ogos 2022. 

Isu Pada

Datuk Hadi: Ledakan Meriam Gemparkan Komunis!

27 Aug 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh