web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Lebih Baik Saya Fokus Dengan Hidup Saya” - Nur Fazura

Nur Fazura enggan mengulas tentang isu namanya dipetik seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama Diana sewaktu berlakunya sesi siaran langsung pasangan suami isteri terkenal.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 4:09PM

Nur Fazura - Gambar ihsan pengelola Faztival Fazura

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti dan usahawan terkenal, Nur Fazura enggan mengambil tahu perkara yang tidak penting dan tiada kaitan dengan dirinya biarpun namanya dipetik salah seorang pengguna TikTok ketika sesi siaran langsung yang dikendalikan oleh Neelofa dan PU Riz. 

“Saya rasa isu ini tiada kena mengena dengan saya. Saya ada dengar juga tentang isu ini mengenai seorang pengguna TikTok bernama Diana. Tapi saya tak tahu nak jawab macam mana kerana hal ini tiada kena-mengena dengan saya. 

“Saya rasa tak wajar juga untuk saya diajukan soalan mengenai isu ini. Kerana saya tak tahu nak cakap apa. Apa yang berlaku di luar sana, saya tak mahu ambil tahu dan lebih baik saya fokus dengan hidup saya sahaja,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura.

Nur Fazura di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura
Nur Fazura di sidang media pelancaran konsert Faztival Fazura

Pada majlis sidang media itu, Fazura membuat kejutan dengan mengumumkan bakal menganjurkan sebuah konsert yang diberi nama Faztival Fazura.

Menurut pelakon filem Langit Cinta ini, konsert yang bakal diadakan di Axiata Arena pada 11 September ini dianjurkan untuk menghargai para peminat yang sentiasa menyokong kerjaya serta perniagaannya.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana konsert ini akhirnya dapat juga direalisasikan. Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk membuat persembahan bersama dengan rakan-rakan seni yang amat saya kagumi di bawah satu acara yang gilang gemilang.

Konsert ini bakal ditunjangi dua penyanyi Indonesia yang tidak asing lagi iaitu Ahmad Band yang diketuai oleh Ahmad Dhani berserta isterinya, Mulan Jameela yang sudi membuat persembahan di konsert sulung Faztival Fazura,” kongsinya.

Fazura bersama antara pemuzik yang bakal membuat persembahan di konsert Faztival Fazura
Fazura bersama antara pemuzik yang bakal membuat persembahan di konsert Faztival Fazura

Selain Ahmad Band dan Mulan Jameela, antara barisan penyanyi terkenal tanah air yang akan turut serta dalam konsert ini ialah Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Zizi Kirana, Ruffedge, Ippo Hafiz dan Amir Masdi selain Fazura sendiri. 

“Harga tiket pula sudah tentunya harga yang mampu dimiliki kerana #miliksemua sudah begitu sinonim dengan jenama Fazura,” jelasnya. 

Tiket untuk menyaksikan konsert ini bakal dijual pada 19 Ogos 2022 dengan harga yang bermula dari RM147 melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my atau talian hotline Whatsapp (0199919055). - Getaran, 13 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh