web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Sebenarnya Ada Sakit Mental Stage 2” Drama Aliff Syukri Makin Merepek?

Aliff Syukri, tak penatkah jadi merepek?

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2022 2:00PM

Gambar: Instagram Baby Shima dan Aliff Syukri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah berbakul kecaman diterima usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri apabila lagu dangdut terbaharunya bersama Baby Shima yang bergelek seksi dianggap melampau, kini Aliff mengumumkan pengundurannya dari semua platform media sosial kerana sakit mental tahap dua. 

Dalam video tersebut, Aliff menangis teresak-esak di laman Instagram rasmi miliknya dan sempat memohon kemaafan kepada semua pengikut berjumlah 4.3 juta itu.

“Bye, selamat tinggal Instagram. Awak adalah permainan terindah buat saya. Bukan senang nak ada kawan banyak ini. Bukan senang nak berpisah dengan awak dan semua media sosial saya seperti IG, FB, Tiktok yang berjuta-juta.

“Saya insan kerdil yang banyak dosa. Saya sebenarnya ada sakit mental tahap dua. Saya dah tak tahan,” tulisnya dalam kapsyen video tersebut. 

Aliff telah menyahaktifkan laman Instagram dengan berhenti mengikuti sesiapa dan mengubah status privasi laman sosial peribadinya sejurus memuat naik video berkenaan malam tadi. 

Tidak berhenti di situ, perbuatan Aliff itu juga telah diselar oleh ibunya sendiri, Rozita Ibrahim yang mengaku teramat malu dengan perbuatan anaknya itu.

“Jangan angkuh, bala Allah, murka Allah jangan dijemput,” tulisnya dalam satu kapsyen video di laman sosialnya.

Sejak video klip gelek itu tular, ramai mengecam tindakan Aliff dan Baby Shima. Di laman media sosial TikTok, pengguna menyifatkan Aliff memalukan anak-anak dan isterinya. 

“Kalau nak buat pemasaran ini bukan caranya. Sampai bila nak buat kandungan sampah begini? Sampai bila engkau rasa perniagaan kau boleh naik dengan cara macam ini? Cukup-cukuplah,” kata seorang pengguna bernama Mahathir.

“Setuju, memang makin merepek,” kata seorang pengguna yang lain.

“Tak boleh bayang macam mana anak dia nak hadap semua waktu pergi sekolah,” tulis komen yang lain. - Getaran, 13 Ogos 2022

Isu Pada

Rizman Ruzaini Membina Empayar

13 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Aliff Syukri, Isteri Raikan Pekerja Sebagai Tanda Penghargaan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh