Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Awie - Kemudi Empayar Wings

Beliau bukanlah ketua atau peneraju kumpulan Wings, namun legenda rock, Awie yang memiliki kepelbagaian bakat seni ini mempunyai wawasan tersendiri untuk meluaskan empayar band rock gergasi tanah air itu.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2022 11:47AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang 37 tahun penubuhan Wings di dalam industri muzik dan mula menyertai industri rakaman pada tahun 1987 menerusi album pertama Belenggu Irama, band muzik rock gergasi tanah air, Wings tidak pernah memiliki seorang pun ketua atau peneraju dalam kalangan ahli kumpulan.  

Namun vokalisnya, Datuk Awie sering dilihat lebih ke depan dalam membuat sebarang perancangan terhadap band muziknya itu.  Dan, dia punya perancangan juga besar untuk memastikan Wings kekal relevan dan teru  mengembangkan sayap sehingga tempoh 15 tahun akan datang. 

“Saya bukan ketua kumpulan Wings. Saya juga bukan abang dalam kumpulan. Saya bukan siapa-siapa pun. 

“Saya hanya sekadar anggota kumpulan muzik ini. Tapi, saya cuba untuk  merancang sesuatu yang baik untuk ahli-ahli kumpulan muzik saya.  Mereka sudah diibaratkan seperti soul mate saya. 

“Saya pernah katakan kepada mereka, jika pada tahun hadapan atau tahun satu lagi kita tidak berbuat apa-apa, lebih baik kita rehat setahun.

“Saya akan cuba dapatkan drama bersiri untuk mereka berlakon dan saya mahu mereka fokus dengan lakonan dalam tahun itu. Itu yang saya sedang rancangkan. 

“Saya juga mahu bawa mereka ke muzikal teater. Di mana, Wings akan membuat persembahan secara live sambil berlakon,” katanya sewaktu berbicara santai dengan Getaran. 

Pemilik nama sebenar Ahmad Azhar Othman yang berusia 54 tahun ini ternyata cukup bersemangat berkongsi perancangannya untuk Wings. 

“Saya tidak mahu mereka menjadi stagnant dengan suatu perkara. Bagi saya, kita kena kembangkan kreativiti seni yang ada untuk membuat perkara-perkara lain. 

“Kalau orang nak pertikaikan Wings dari sudut muzik, tidak bolehlah kerana sepanjang berada dalam industri ini, kita sudah buat macam-macam album dan konsert. 

“Wings dah buat konsert teaterikal, konsert muzikal, konsert monolog, konsert rockestra sehinggalah kepada rock tradisional yang menggabungkan band muzik tradisional. 

“Semua kami sudah buat. Apa lagi yang hendak dinafikan dengan kemampuan kami ini. Jadi sekarang ini, tumpuan seterusnya adalah dalam bidang lakonan,” katanya 

 

Tak Pernah Lupa Asal-Usul Dan Konsert Fun Fair 

Pada waktu yang sama, Awie juga tidak menafikan keutamaan Wings adalah menerusi nyanyian dan persembahan pentas. 

Bahkan, dia turut memahami harapan peminat tegar Wings yang mahukan band muzik itu kembali beraksi dalam konsert rock yang raw dan rebel seperti mana dahulu, bukannya dengan stail showcase atau duduk selesa seperti dalam konsert persembahan Wings lewat kebelakangan ini. 

Misalnya yang berlaku dalam konsert Wings baru-baru ini iaitu konsert Wings Fabulous Thursday dan Wings Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas pada 14 dan 15 Julai lalu. Wings juga bakal beraksi di Showcase Wings One Night Only Live In Kuching pada 27 Ogos ini. 

“Wings tidak pernah lupa asal-usul. Tapi, membuat persembahan di tempat-tempat yang eksklusif dan bertaraf antarabangsa adalah suatu penghormatan serta pengiktirafan buat Wings selama 37 tahun berada di dalam industri ini. 

“Kami takkan lupakan golongan marhaen. Kami tidak pernah lupa stail konsert fun fair. Kami juga asalnya adalah daripada marhaen. 

“Malah, kami memang ada perancangan untuk membuat konsert jelajah di merata tempat termasuk di Jengka, di dewan-dewan kecil sehinggalah konsert yang berskala medium dan besar.

“Saya tidak mahu janjikan bulan dan bintang. Tapi kalau tahun depan kita dapat buat konsert jelajah, perancangan untuk berlakon akan dibawa ke tahun yang berikutnya.

“Lepas buat konsert jelajah, kita akan berehat. Sebab kalau kita asyik buat persembahan, orang pun akan bosan kerana asyik dihadapkan dengan benda yang sama.

In Sha Allah, konsert jelajah itu akan dilakukan serentak dengan kemunculan album baru kami nanti,” kata Awie. 

 

Album Baharu & Sifu Datuk M. Nasir 

Sepanjang 37 tahun memperjuangkan muzik rock, Wings telah menghasilkan 13 album studio dan himpunan album kompilasi yang lain. Dan, beberapa album terawal mereka termasuk Hukum Karma sentiasa dianggap album yang terbaik. 

Awie akui jika muncul dengan album baharu, ramai yang akan pertikaikan mengapa ia tidak sama dengan Hukum Karma atau mengapa tiada lagu seperti Sejati. 

“Mana kita boleh dapat benda yang sama setiap kali buat album. Untuk album baharu kali ini ia akan diterbitkan Wings bersama sifu kami, Datuk M Nasir. 

“Sebelum masuk studio, Wings telah pun berbincang tentang hala tuju muzik kami dan kami juga telah jelaskan apa yang kami mahu. 

“Akhirnya kami mendapat penyelesaian terbaik dan apa yang menarik di dalam album kali ini, Wings bersama M. Nasir setiap hari masuk ke studio untuk menghasilkan bahan-bahan lagu baharu bersama. 

“Dulu-dulu, proses bikin lagu bersama di studio memang berlaku. Tapi tidak lagi pada waktu sekarang. Jadi, perkara ini dapat kita lakukan semula. 

”Saya percaya album kali ini akan lebih umphhh dan matang dalam segala segi dan saya harap peminat dapat terima dengan baik.

“Antara pembaharuan yang dilakukan ialah mengambil lagu-lagu ciptaan komposer baharu kerana kita perlu idea mereka yang lebih segar dan mereka lebih tahu trend terkini, malah saya juga rap di dalam album ini,” kata Awie sambil ketawa. 

 

Perancangan Bersara Wings & Umrah 

Antara sebab mengapa Awie merancang pelbagai aktiviti buat Wings dalam tempoh 15 tahun akan datang ini adalah kerana dia mahu melihat Wings tidak perlu lagi bersusah payah apabila bersara daripada industri muzik, suatu hari nanti. 

Selain Awie, Wings turut dianggotai Kamarullizam Kamarudin (Syam) – gitar utama, Edrie Hashim (Edrie) – gitar utama, Samsaidi Ulong Idris (Eddie) – pemain bass dan Azmi Hashim (Black) – pemain dram. 

“Kita nak cari rezeki lebih supaya apa yang diperolehi nanti mencukupi untuk digunakan pada waktu persaraan. Anak-anak pun ketika itu sudah besar, sudah bekerja dan mereka pun dah stabil. 

“Dan, kita sudah sepakat untuk berkongsi sama rata apa jua pendapatan yang kita perolehi menerusi konsert atau penjualan album. 

“Jadi, semua orang dapat bahagian yang sama. Setiap orang, wajib dimaki dan dihamun sama rata. Alhamdulillah, saya nampak keserasian yang sangat baik di antara kami berlima termasuk Syam dan Edrie Hashim. 

“Saya selalu doakan hubungan kami akan kekal sampai bila-bila. Banyak konsert yang akan kami jayakan bersama selepas di Sarawak nanti. 

“Dan insya-Allah, pada 16 November akan datang, kami akan ke Makkah bersama-sama,” katanya. 

 

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA – GETARAN 

Wajah TARA : Awie 

Editor Gaya Hidup & Hiburan : Shah Shamshiri 

Penyelaras & Teks: Ellyna Ali 

Suntingan Teks : Habibah Omar

Jurugambar : Noreeza Hashim 

Reka Letak : Abdul Hanif Zahari 

Lokasi: Heritage Club, Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Isu Pada

Awie - Kemudi Empayar Wings

23 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 bulan yang lalu

Wings Jual Tiket Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat

2

Selebriti 9 bulan yang lalu

Selepas 8 Tahun Tidak Bertemu, Datuk Awie Bersyukur Akhirnya Bakal Beraya Bersama Dua Anaknya Pada Aidiladha Ini

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Setelah Puas Rocking, Awie Akan Persembahkan Pula Lagu Keroncong Bersama Yusni Hamid, Khatijah Ibrahim Dan Alyah  

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ini Permainan Politik, Kelantan Sudah Lama Jahanam, Bukan Salah Wings - Awie

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat