web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemunculan Yu Paus Beri Data Baharu, Bantu Konservasi Hidupan Marin Negara

Penemuan yu paus ini mengujakan kerana ia mengesahkan kawasan perairan Pulau Bidong sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 8:18PM

Yu paus merupakan ikan marin yang terbesar dalam kategori haiwan terancam - Gambar hiasan Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Yu paus berukuran kira-kira tiga meter yang dijumpai oleh sekumpulan penyelam tempatan pada 10 pagi Jumaat lepas di sekitar perairan Pulau Bidong memberikan data baharu dalam usaha konservasi hidupan marin negara. 

Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Maizah Mohd Abdullah berkata penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.  

"Yu paus ini merupakan haiwan migrasi jadi kehadiran spesies ini dapat memberi maklumat bahawa kawasan Pulau Bidong merupakan laluan migrasi, data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan yu paus ini. 

"Kawasan itu adalah rekod baharu laluan migrasi yu paus, penemuan ini merupakan satu perkara yang mengujakan kerana haiwan marin ini kerap dijumpai di Pulau Redang, namun belum pernah direkodkan di sekitar perairan Pulau Bidong," katanya kepada Bernama. 

Ketika ditanya mengenai adakah kehadiran hidupan marin itu menunjukkan indikasi perairan negara yang makin sihat, beliau menjelaskan perkara itu hanya boleh disahkan jika terdapat dua atau lebih kehadiran yu paus dijumpai di kawasan sama untuk mencari makanan.  

Beliau menambah, yu paus merupakan ikan marin yang terbesar dalam kategori haiwan terancam oleh Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sekali gus mengalu-alukan masyarakat awam untuk melaporkan jika ternampak kehadiran spesies tersebut.

"Data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan (migrasi) yu paus ini, jadi kita mengalu-alukan masyarakat awam atau nelayan jika terjumpa untuk melaporkan kepada media atau UMT," katanya. 

Sementara itu, penyelam tempatan Mohamad Hafiz Hamzah, 34, yang merakamkan momen kemunculan yu paus itu di kedalaman kira-kira 12 meter sempat berkongsi keterujaannya dengan Bernama selain berkata beliau sendiri tidak menjangkakan akan bertemu dengan hidupan marin itu. 

"Saya sedang menyelam dan tiba-tiba di depan saya kelihatan seperti tiga rakan penyelam yang lain sedang mengejar sesuatu di belakang saya, dan bila saya menoleh ke belakang ada yu paus, rasa seperti tidak percaya,” katanya. 

Mohamad Hafiz merupakan seorang daripada peserta Bidong Summit yang telah berlangsung pada 14 hingga 16 Julai lepas di Stesen Penyelidikan Alami Marin Pulau Bidong. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

2

Semasa 6 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol, Amang Seksual Adik Perempuan, Pekerja Kedai ‘Hardware’ Mengaku Tak Bersalah

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari