Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


A Night With Aina Abdul 2.0 - Persembahan Bertaraf Antarabangsa

Bagaikan menonton persembahan di Las Vegas, Aina Abdul hidangkan penonton muzik dan vokal yang mantap serta visual yang memukau pandangan.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2022 2:00PM

Aina memukau dalam konsert solonya yang pertama di Istana Budaya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila penulis mendapat perkhabaran bahawa penyanyi hebat Aina Abdul bakal mengadakan konsert solonya yang pertama di Istana Budaya, gembiranya bukan kepalang.

Mana tidaknya, penulis terlepas untuk menonton showcase A Night With Aina Abdul yang berlangsung beberapa bulan lalu. Khabarnya persembahan Aina begitu hebat ketika itu.

Jadi apabila Aina mengumumkan bahawa dia akan menganjurkan A Night With Aina Abdul 2.0, penulis pastikan kali ini peluang itu tidak akan terlepas.

Biarpun terpalit dengan beberapa isu sebelum konsert seperti harga tiket yang dikatakan mahal serta penampilan ala rahib ketika sidang media, namun itu tidak sedikit pun mengganggu-gugat persediaan Aina untuk menganjurkan konsert yang cemerlang.

Dua malam Aina menggembleng tenaga berhempas pulas di atas pentas Panggung Sari,  Istana Budaya demi memastikan setiap sen yang dilaburkan peminatnya ke konsert itu  dari serata negara berbaloi.

Penulis hadir di malam pertama. Jalan sesak dan tempat parkir kereta penuh. Panggung pada malam itu penuh dari bawah sehingga ke aras paling atas. Begitu hebat penangan Aina Abdul.

Aina membuka tirai persembahan konsertnya  dengan lagu bahasa Inggeris, Fool serta tampil dengan busana yang diperbuat daripada rambut sebenar rekaan Melinda Looi. World class! Itulah apa yang penulis boleh gambarkan. Ibarat menonton sebuah persembahan di Las Vegas.

Pelik ke Aina malam ni? Soal Aina kepada peminatnya sewaktu memberikan ucapan aluan. Lantas mengundang tawa seisi panggung. Itulah Aina. Dia akan pastikan penampilannya paling extravaganza di antara semua.

Menariknya pada malam itu, penonton disajikan dengan sesi menukar gaya Aina secara live di atas pentas. Pasukan glam Aina yang terdiri daripada penata gaya dan jurusolek naik ke atas pentas dan sekelip mata terus mengubah gaya Aina di depan mata penonton.

Semuanya dilakukan dengan begitu pantas. Ibarat silap mata. Namun, apa yang dilihat itu benar-benar memukau mata.

Untuk segmen kedua, Aina menukar busana kembang sarat berwarna jingga rekaan Zaimi Zulkafli. Kata Aina dia mahu kelihatan cantik untuk segmen ini. Rangkaian lagu yang dipersembahkan dalam segmen ini juga lebih melankolik seperti Mengapa, Listen, Nada Kalbu, Ini Yang Kau Mahu dan Mimpi Kita yang didedikasikan khas buat arwah ayahnya.

Beralih ke segmen ketiga, Aina muncul bak diva dengan menyarung adibusana bergemerlapan rekaan pereka duo terkenal, Rizman Ruzaini. Dalam segmen ini, Aina membawa penonton mengembara ke era di mana dia pernah bekerja sebagai penyanyi di kelab. Antara lagu yang didendangkan adalah At Last, You Make Me Feel Like Natural Woman, Feeling Good, Ain’t No Mountain High Enough, Shadow dan Bleed.

Turut dipersembahkan malam itu adalah rangkaian lagu yang pernah dinyanyikan Aina dalam saluran YouTube beliau seperti My All, Pangako Sa Yo, All By Myself, Cinta Sejati dan lagu popular dari kumpulan K-Pop Blackpink, How You Like That.

Penonton memberikan tepukan gemuruh buat Aina.
Penonton memberikan tepukan gemuruh buat Aina.

Aina mempersembahkan 26 lagu pada malam itu. Dari awal hingga akhir, tidak sedikit pun goyah vokal emasnya itu. Malah pemenang Vokal Terbaik AJL 36 ini mampu untuk berucap tanpa mengah setiap kali selesai menyampaikan lagu.

Pada malam itu juga, Aina ibarat melepas geram dan telah memberikan seluruh jiwa raganya di atas pentas berprestij itu. Beberapa kali dia terduduk di atas pentas. Melampiaskan emosi dari hujung kepala hingga hujung kaki. Sesekali dia kelihatan seperti naik sheikh. Tenaganya sungguh luar biasa.

Penataan cahaya  untuk konsert ini juga sangat gah. Menjadikan persembahan pada malam itu sungguh diingati dan akan dikenang sampai bila-bila.

Aina juga bijak berinteraksi dengan penonton. Tidak sekalipun dia kelihatan canggung. Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepada peminat dan penonton yang hadir memberikan sokongan di konsertnya itu.

Usai persembahan, Aina bertemu pihak media untuk sesi wawancara. Sekali lagi dia hadir dengan busana baharu untuk sesi bertemu peminat pula.

Kata Aina, dia berasa sangat puas dapat menghiburkan pengikut serta peminta tegarnya pada malam itu, bahkan dia sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan.

“Saya selalu tertanya-tanya sama ada konsert saya ini akan ada ‘isi’ ataupun tidak terutamanya daripada penonton.

“Tetapi mereka tidak pernah gagal untuk mengagumkan saya daripada A Night With Aina Abdul 1.0. Semangatnya masih sama. Saya sangat berpuas hati pada malam ini dan terima kasih kepada pasukan saya yang merealisasikan impian ini,” katanya.

Pada malam konsert itu juga, penonton yang hadir tidak dibenarkan merakam sebarang video menggunakan telefon pintar atau kamera. Malah, telefon pintar setiap penonton akan dimasukkan dalam beg plastik yang diikat sebelum memasuki panggung.

Jelas Aina, dia punya sebab tersendiri kenapa dia melakukan perkara itu selain dari peraturan dari Istana Budaya sendiri.

“Kami punya alasan sendiri dan juga kejutan. Konsert ini tidak berakhir di sini. Kejutan itu saya tidak boleh kongsikan lagi sehingga ia betul-betul pasti.

“Konsert selama dua hari ini akan dirakam. Sebab itu sapa perlukan 100 peratus tumpuan peminat di mana tiada halangan di antara saya dan peminat sewaktu persembahan,” ujarnya.

Memandangkan konsert kali ini mendapat sambutan hangat, Aina dan pasukannya merancang untuk menganjurkan A Night With Aina Abdul 3.0 tidak lama lagi dan berhajat untuk melakukan siri jelajah di seluruh Malaysia termasuklah ke luar negara.

Tahniah Aina Abdul dan pasukan di atas penganjuran konsert yang hebat dan menghiburkan. - Getaran, 3 Julai  2022

Semua gambar ihsan pengelola showcase A Night With Aina Abdul 2.0

Isu Pada

Anna Jobling – Tentang ‘Beauty Privilege’

02 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

2

Muzik 1 bulan yang lalu

AJL38: Penjelasan Ketua Juri Faktor Vokal Terbaik Milik Aina Abdul

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Istana Budaya Bawa Teater Muzikal Hang Li Po Ke Pentas Encore Melaka

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Tampil Dengan Fesyen ‘Tiang Lampu’, Aina Abdul Jadi Sorotan Netizen Lagi Dan Banyak Sungguh Komen Yang Lucu

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM